Sunday, April 25, 2010 5 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

PENGURUSAN JENAZAH - satu tanggungjawab...

SABTU dan AHAD - dua hari yang agak sibuk tapi amat bermakna. Menadah ilmu selagi termampu. Selagi punya masa, umur, kesihatan dan kesempatan.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.
TEMPAT : SURAU AL UMM, SEK 1, B.B.BANGI.
TARIKH : SABTU 24/4 - AHAD 25/4/2010
MASA : 8.30 pg - 5.00 ptg.
PENCERAMAH : Ustazah Arbaiah Asmuni.

Kursus pagi Ahad diresmikan oleh ADUN Bangi - Kajang, Ustaz Shafie dengan kerjasama PAS dan JAIS. Alhamdulillah peserta yang hadir hampir 50 orang kesemuanya. Kursus ini dianjurkan hanya untuk muslimat sahaja. Seperti biasa ia dihadiri kebanyakannya dari kalangan warga emas. Penyertaan anak-anak muda amat kecil bilangannya.

Lantunan pertanyaan...apakah kematian hanya lebih pantas mengejar mereka yang sudah berusia semata. Sedangkan pekerjaan menguruskan jenazah amat memerlukan tenaga muda sebagai pelapis.

Sungguh ianya hanya fardhu kifayah namun kita sekarang ini amat kekurangan tenaga yang yang boleh diharapkan untuk menjalankan tugas mulia ini. Seorang pengurus jenazah atau tukang mandi mayat yang benar-benar mahir lagi berpengalaman. Seorang yang benar mencurah jiwa dan raganya dalam bidang ini dengan membawa bersama rasa penuh tanggunjawab, penuh keikhlasan, amanah, sabar, berani, tidak berkira dan perihatin.

Kesemua sifat terpuji ini ada dalam diri seorang Ustazah bernama Arbaiah. Penuh terisi sejuta pengalaman yang beranika ragamnya. Bukan calang-calang orang yang seberani, setegas dan secekap beliau dalam segala siluk biluk urusan pengurusan mayat ini.

Bertanyalah di mana-mana hospital khususnya Hospital Kajang serta pelbagai jabatan lain misalnya Penjara Kajang, kebanyakan beliau telah berurusan dan menyelesaikan seribu satu macam jenis dan cara kematian.

Sebutkan apa saja jenis kematian. Mati kena bunuh, bunuh diri, jatuh bangunan, gantung diri, kena hukum gantung di penjara, lemas,terbakar, kemalangan dilanggar komuter, kereta, lori dan sekian banyak kematian ngeri sudah dilaksanakan menggunakan kepakarannya.

Harus diingatkan tugas beliau tidak memilih kaum, agama, bangsa, warna kulit dan kewarganegaraan. Asal bersangkutan pengurusan mayat beliau akan dipanggil oleh pihak yang berkenaan di atas kepakaran dan sikap beliau yang tidak memilih bulu.

Menguruskan kematian juga kepada mereka yang berpangkat, berdarjat dan bergelar apatah lagi di kalangan kita orang biasa-biasa adalah tugas harian beliau. Telefon sentiasa berdering, panggilan yang memerlukan khidmat beliau tatkala kami sedang mendegar ceramahnya tak putus-putus.

Kehidupan harian beliau sebagai isteri yang bersuamikan seorang imam berserta 4 anak dan 3 menantu adakalanya amat sibuk. Kebetulan kesemua mereka juga mahir dalam mengendalikan dan mempersiapkan peralatan dan penyediaan menguruskan, memandikan dan mengkafankan mayat/jenazah.

Mendengar ceramah beliau kita akan terpaku, teruja, kagum dan terhutang budi. Sedangkah diri seorang wanita yang berusia menjangkau 60 tahun itu begitu bimbang, risau dan sangat-sangat mengharapkan agar tugas dan kepakarannya dapat digalas dan diwarisi oleh golongan muda yang bertenaga, berminat dan ikhlas memikul tanggunjawab penting ini.

Ramai yang telah beliau beri tunjukajar secara lansung atau tidak lansung namun ramai pula yang tidak sanggup dan tidak cukup berani apabila dihadapkan situasi sebenar. Al maklum, tidak semua kuat semangat bila berhadapan dengan mayat apatah lagi jika ia tidak sempurna. Pekerjaan yang mencabar ini memang untuk mereka yang terpilih walaupun ia sebenarnya tidak terlalu berlandaskan keputusan peperiksaan di sekolah dan Universiti yang cemerlang.

Kematian pasti datang! Cepat, lambat, di mana, bagaimana...semuanya urusan Allah swt.
Yang penting..sudahkah kita bersedia. Sudah kita persiapkan cukup bekalan untuk ke sana. Alam akhirat yang kekal buat selama-lamanya....INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN....

Insyallah, ada waktu akan dikongsi sedikit ilmu yang dipelajari tadi di lain N3. Badan agak letih. Esok tugas menunggu. Tubuh dan minda mohon kerehatan..
Thursday, April 22, 2010 11 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Wah..! Pelangi la..

Pagi tadi selesai membaca al Mathurat, aku menuju ke pintu melihat cik abang start enjin kereta untuk bersiap ke tempat kerja. Cuaca selepas hujan subuh tadi membuatkan suasana di luar agak kekuningan tidak seperti selalu. Rupanya sang mentari yang mula menyinar membawa bersamanya sang pelangi yang berwarna warni.

Wah! Ada pelangi muncullah pagi ni.
Kami sama-sama teruja bagaikan tidak pernah melihat pelangi sebelum ini. Aku berlari masuk ke dalam mencapai kamera 'KAK ENON' lalu menyuruh suami tolong snapkan gambar pelangi yang cantik tu.


Sang pelangi berdiri megah betul-betul menghadap depan rumah dan di atas bumbung pusat kesihatan depan rumah aku. Bagaikan mau saja aku mempelawa dia masuk ke rumah. Mak ai..teruja macam bebudak tadika la pulak.


Bercakap pasal bebudak tadika, sesampai aku ke sekolah rasanya tak sabar-sabar aku nak tunjukkan apa yg aku bawa untuk mereka. Selesai berdoa, membaca hafazan ayat-ayat lazim serta yassin dan sebagainya kelaspun bermula.


Kebetulan tema untuk dua minggu ini ialah Nature. Para guru akan menerangkan dan berbincang tentang alam semulajadi dan fenomena yang berkaitan dengannya. Aku pun mulakan pelajaran dengan bertanyakan mereka, pernahkah melihat pelangi atau rainbow. Ada yang mengangkat tangan mengatakan pernah dan ada yang menggeleng kepala.


Jeng..jeng..jeng..aku pun keluarkan kamera dan menunjukkan kepada mereka bagaimana rupa pelangi yang sebenar. Wow...! Suara mereka bergema. Aku ke meja mereka dan menunjukkan seorang demi seorang, maklumlah melihat lalu kamera.. besar manalah boleh nampak. Pelangi tu pulak tidak keluar melengkung sepenuhnya.


Aku pun bercerita serba sedikit tentang fenomena kejadian pelangi, 7 warna yang terpancar dan bla..bla..bla..pot..pet..pot..pet. Dengan bebudak ni jangan nak cerita meleret-leret. Tak boleh juga terlalu saintifik dan sistematik. Yang penting buat dia ceria dan happy mendengar. Bila rasa dah melalut-lalut cepat-cepat behenti kalau tak nak tengok diaorang pulak jadi cikgu bersembang dengan member sebelah atau depan mereka. Mungkin ada yang conteng meja atau ketuk kepala kawan dia kalau dah boring.


Melihat wajah anak-anak yang suci dan ceria ini sebenarnya merupakan terapi dan elemen penghibur bagi aku. Tidak dinafikan ada kalanya darah tinggi aku boleh naik sampai aku rasa tak boleh drive kereta untuk ke sekolah dibuatnya.


Bila ke klinik berjumpa doktor, biasa sangat aku dapat komen campur pujian oleh para doktor tadi. Sabarnya puan/akak melayan karenah bebudak tu ye. Saya baru nak ajar anak-anak kenal ABC, 123 pun dah hangin satu badan.


Ya la doktor...agak-agak rasa nak demam atau nak pitam melayan perangai sesetengah anak-anak kecil yang agak berani lagi pandai mejawab mengalahkan guru dia, klinik doktorlah tempat mendapatkan penawar.


Ubat paling mujarab bagi cikgu cikgi ni ialah banyak-banyak bersabar dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Kuasailah kepandaian memujuk rayu dan bersifat keibuan. Tak kiralah samada cikgu tersebut masih anak dara atau memang seorang ibu sebenar bagi anak-anaknya di rumah.


SELAMAT HARI GURU bulan depan. Hargailah jasa para guru yang pernah mendidik kita dan anak-anak kita hingga menjadi orang yang berilmu.
Friday, April 16, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Insaflah...bina hidup baru...

Anak dara aku pulang bercuti dari kampusnya ke rumah untuk seminggu kerana sekarang study week. Tiada kuliah bermakna boleh study di kampus atau di rumah. Nanti selesai final exam hujung bulan ini, insyallah boleh balik rumah untuk cuti semester.

Bila kakak ada di rumah pastinya riuh dan meriahlah rumah ni dengan gelak tawa, usik mengusik dan aneka ragam mereka bertiga. Walau anak tak ramai tapi kalau anak-anak hidup dalam harmoni dan kasih sayang, biasanya suasana dalam rumah terasa lapang dan bahagia. Biar tidak kaya raya, rumah seadanya dan makan minum semampunya namun rasa bahagia dan berlapang dada itu bukan semua orang boleh rasai. Bersyukur sebanyak-banyaknya kehadrat Illahi yang melimpahkan rasa ni'mat barkasih sayang kepada kita semua.

Pagi ni kakak dah bersiap-siap untuk ke Damansara bersama beberapa teman sekampus untuk ke majlis perkahwinan rakannya Z. Dalam n3 yang lepas, aku pernah menulis tentang dugaan hidup yang menimpa gadis ini. Bertapa kami simpati dan risau mengenangkan keadaan gadis itu yang sedang mengandung akibat terlanjur dengan kekasihnya. Kami bimbang akan keadaannya yang tertekan mengakibatkan dia akan bertindak di luar dugaan kerana keliru dan cemas.

Alhamdilillah, akhirnya dia mengambil jalan yang terbaik. Hari ini dia akan dinikahkan dengan kekasihnya yang bakal menjadi bapa kepada anak dalam kandungannya yang telahpun berusia 5 bulan. Syukur juga akhirnya ayah kandung gadis itu dapat dikesan dan bersetuju datang untuk mewalikan anaknya nanti.

Memang anak ini bersalah kerana terlanjur dalam usia mudanya. Akibat tekanan hidup dan tak berupaya meneruskan studynya lalu meninggalkan kampus dan bekerja meneruskan kelansungan hidup sendirian.

Tiada ibubapa disisi memberi nasihat dan kata-kata peransang, tiada sumber kewangan dan tempat tinggal yang sesuai dan selesa seperti yang anak-anak kita kecapi. Tidaklah mustahil jika dia menerima dan menumpang kasih pada yang sudi. Walaupun akhirnya dia mungkin tertipu dengan janji-janji manis dan akibatnya terbang iman dan melayangnya mahkota diri.

Siapalah kita kalau hanya pandai mencaci dan menjatuhkan hukum kepada kesemua mereka yang pernah terlanjur, termengandung dan sampai akhirnya akibat malu dan takut yang amat sangat lalu membuang bayi mereka. Sudahkah kita menyelami masalah dan tekanan hidup mereka. Selagi kita tidak berada di tempat mereka..jangan mudah-mudah kita membenci dan mencaci. Selagi kita sendiri belum Allah uji sedemikian peritnya erti sebuah kehidupan...simpanlah sedikit rasa simpati.

Ingat.. kita juga punya anak-anak. Jangan hanya anak-anak perempuan sahaja dipersalahkan tidak tahu menjaga maruah diri. Apa pula tugas anak-anak lelaki yang sepatutnya wajib menjaga iman di dada dan berusaha melindung maruah anak-anak gadis di sekeliling mereka. Khususnya kita yang beragama Islam ini.

Sekali lagi memang mereka bersalah melanggar syariat agama. Melanggar tata susila kehidupan. Demikianlah kita jadi manusia, tak lepas dari membuat salah dan dosa. Namun yakinlah bahawa Allah swt maha pengampun, pengasih dan penyayang.

Buat Z dan suami, setelah kalian dinikahkan pohonlah sebanyak banyak kesyukuran juga keampunan. Pohonlah rahmat dan petunjuk Allah swt sebanyak banyaknya. Bertaubat atas dosa besar kalian dan binalah hidup baru kalian dengan sabar dan tabah.

Hargailah bayi dalam perut isterimu walau ia terjadi atas hilangnya kewarasan dan iman kamu ketika itu. Dia bayi suci yang tidak bersalah. Tebus kesilapan kalian dengan memberinya kasih sayang dan didikan agama yang teguh. Jangan kamu persia-siakan dia dengan membencinya, membuangnya dan mendera mental dan fizikalnya. Jangan ditambah dosa yang lain seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini. Yakinlah,apabila dia membesar dengan sempurna menjadi anak yang soleh dan solehah....doa-doa suci darinya akan mengiring kalian masuk ke syurga, insyallah.

Untuk kakak dan teman-temanmu sekalian, raikanlah majlis perkahwinan Z dengan kata-kata peransang yang membina dan doakan mereka kekal bahagia hingga akhir hayat. Ingat anak-anakku, jadikan kisah ini pelajaran dan pengajaran. Sesungguhnya hidup ini sangat keras dan banyak sekali onak duri yang harus kamu tempuh.

Jaga agama, iman dan taqwa kalian pada yang Esa. Perhatikan pergaulan dan tingkahlaku mu. Pelihara maruah diri dan nama baik kedua orangtua kalian. Hormati dan sayangi kedua ibubapa. Kenanglah selalu akan susah payah kedua-duanya membesar dan mendidik kita. Hadiahkan mereka dengan kejayaan kalian dalam pelajaran. Persembahkan kejayaan kalian dengan menjadi anak-anak muda Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.
Friday, April 9, 2010 9 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

KASUT SEKOLAH PALING POWER!!










Mak, kasut sekolah angah dah koyak.

Aik! Koyak lagi..rasanya baru jer beli hari tu.

Mesti aa..tiap-tiap hari angah jalan kaki balik sekolah ape, mesti cepat koyak.

Tu la..mak ajak balik naik kereta tak mau, nak jalan kaki. Konon nak eksesais.
Tengok kulit angah dah hitam legam.

Angah suka jalan kaki, angah tak banyak masa nak eksesais. Walaupun jalan kaki penat..
tapi seronok. Angah tak nak gemuk, bila jalan kaki..keluar banyak peluh, badan sihat.


Boleh caya ke alasan bebudak ni. Diam diam aku beberapa kali skodeng dia dan tunggu tepi jalan. Sesaja nak spot chek kot kot dia menyinggah tempat lain atau jalan dengan mak we. Setakat ni dia budak baik..singgah pun cuma beli air tepi jalan. Bila terserempak dengan aku terpaksalah dia naik kereta.


Lain kali mak jangan tunggu angah cam ni tau..angah tak nak naik kereta.
Angah suka jalan kaki...mak jangan bimbang,bila angah haus angah beli lah air tepi jalan tu.


Aduhai..pelik betul hobi anak jantan aku sorang ni..


Mak tak sampai hati tengok angah penat. Nak tuisyen lagi..nanti cam mana nak study kalau badan dah lepak.


No hal lah, mak jangan risau.


Ok, petang ni kita gi beli kasut baru.


Petang aku ajak angah ke kedai kasut kat Billion PKNS, Bangi. Kalau cari saiz sebut jer yang paling besar. Kakinya kan main panjang lebar macam tongkang. Tinggi mengalah menonjang. Setakat kasut ayah dia..kirim salam..tak kan muatnya.Puas cari kasut hitam yang sesuai, jumpa yang berkenan..saiz kecik pulak.


Sebagai pengawas sekolah dia boleh pakai kasut jenis apa pun asal warna hitam. Tunjuk yang berkilat dia tak mau, kasut kulit tak berkenan dan jenis kain tak ada saiz.


Akhirnya salesgirl ala-ala tomboy tapi cute kat kedai tu bagi cadangan..
(angah sempat menjeling pesen rambut dia yang stylo macam hero dalam feveret komik dia)


Dik, cuba kasut ni, rasanya saiz dengan kaki adik tu.


Angah pun cuba, aku siap suruh dia jadi model kejap berjalan ke depan ke belakang.


Ha..! Ini selesa mak..walau berat sikit. Tapi sesuailah dengan misi angah untuk jalan kaki sambil bereksesais. Bila berat..kena guna banyak tenaga dan lagi banyak keluar peluh.

A..ah..pandailah kau ngah, kang kalau kau terpengsan tengah jalan kepenatan..jangan salahkan mak, pagi pagi makan pengat sendiri mau ingat!


Tapi dik..tak ada orang beli kasut ni untuk bawak pergi sekolah.


Aku pandang angah, angah pandang aku. Apa ke hal pulak...kasut ni ok apa, nampak kukuh dan tahan lasak. Bawah tapak kasut tu siap tertulis oil and asid resistant lagi.


Acik tengok ok jer..harga RM50 berpatutan, ingatkan mahal sangat tadi.


Harga asal seratus lebih nih, tapi ini offer dan satu satunya yang tinggal. Kalau adik dah berkenan tak kisah sebab ini sebenarnya safety shoes..depan dia siap ada besi lagi.


Ha..! Elok la tu ngah. Kalau ada anjing kejar...kau bagi penyepak sekali dengan kasut besi kau ni..mau jalan anjing tu. Safety la tu..kah..kah..kah! Mak suka....sangat.
(terbayang safety shoes ayah dia yang selalu dipakai pergi site di tempat kerjanya)


Safety shoes pun tak per..angah no hal, janji ada kasut lasak dan tak mudah koyak. Cepat bayar mak. Lepas ni belanja angah makan pizza Pah.







Angah ni memang selamba dan tak banyak karenah. Tak cantik tak per janji selesa.
Besar harapan aku semoga kasut sekolah angah kali ini akan kekal tak koyak-koyak sampai dia habis exam SPM hujung tahun ni, insyallah. Belajar rajin-rajin abang ngah...ada duit sendiri sok belilah kasut mahal mana pun yang angah berkenan. Jangan lupakan mak sudah. Sa..yang Angah.
Saturday, April 3, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Kawin..kawin..kawin..nikah dan kawin...

SELAMAT PENGANTIN BARU....buat anak saudaraku
Juliana Abd. Jalil dengang pasangannya Hamdan Muhammad pada hari Sabtu 27 Mac 2010 di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian, Jln Kuchai Lama, K.Lumpur.
Hari ini majlis sebelah pengantin lelaki di Tmn Samudera, Bt Caves, Selangor.



Selamat berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.







Walaupun tidak disaksikan oleh kedua ibubapa Julie yang telah kembali ke rahmatullah, namun majlis berjalan lancar dan meriah.










Alhamdulillah, seperti selalunya berkumpullah sanak saudara dan kaum keluarga bagi meraikan majlis. Yang jauh dan dekat, bertemu dan bermesra. Ikatan persaudaraan bertambah erat, silatulrahim bertambah kuat.
Aku sebagai adik dan anak paling bongsu, ada waktu masih komfius nak mengingat turutan usia mereka. Maklum kebanyakan kami dah berusia.


Kak Jamaliah, kakak aku yang punya kembar seirasnya kak Juriah.

Kak Juriah tinggal di JB, tak dapat hadir.


Abang Rahman, abang aku tinggal di Felda Sg. Koyan, Raub.. berjiran dengan mak ayah Chef Wan.




Datin Khasidah, kakak aku dari Kuantan dan

Abang Bakar, abang aku dari Petaling Jaya.







Abang Rahman dan aku...terkenang makan burung merpati goreng

rumah abg Man dulu..yummy! Bawak balik Bangi, rambutan berguni-guni. Apa kabar pokok cengkih, pokok kulit kayu manis abang, tentu subur-subur belaka...

Abang Hamzah, abang aku dari Kg. Pandan. Selera sungguh dia

malam tu. Hidangan nasi beriani, dalca, acar buah, daging dendeng, sambal sotong, ayam goreng, udang,bubur kacang durian dan buah-buahan memang terangkat.




Abang Zulkifli, abang aku dari Felda Lui Muda, Bahau.

Paling rajin mencari saudara mara dgn tujuan mengeratkan silaturahim. Wah..baru pulang dari Jakarta ya pak. 2 minggu di sana...t.kasih atas ole-olenya tempohari.
Entah bila aku berpeluang menjenguk saudara mara di Jakarta, Tanjung Balai dan sekitar Riau, Indonesia.
Kepada Kak Sharila, Kak Nordina dan Kak Juriah di Johor yang tak dapat hadir, bila agaknya kita dapat berjumpa. Khas buat Abang Jalil dan kak Pon yang telah mendahului kita kembali menemui Illahi...al Fatihah semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat hendaknya. Al Fatihah jua buat kedua ibu bapa kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...