Friday, October 29, 2010 6 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Anak teruna nan seorang...


Menghantar dan menjemput anak-anak pulang dari sekolah sudah menjadi rutin aku sejak dulu. Semasa tinggal di kediaman yang dekat dengan sekolah, aku guna motorsikal kapcai Honda membonceng anak-anak di belakang. Bila dah menetap di kediaman yang jauh sikit dari sekolah, kereta jadi pengganti paling selesa melindungi kami dari panas terik dan hujan.
.
.
Rutin menghantar dan menjemput anak-anak juga saat paling manis untuk dikenang. Di situ para ibu dapat berbual mesra dan bertanya khabar sedikit sebanyak tentang aktiviti dan perjalanan persekolahan anak-anak sepanjang hari di sekolah.
.
.
Dulu aku pernah cerita tentang Angah yang tak mau dijemput ibunya dari sekolah kerana mahu berjalan kaki pulang ke rumah. Tujuan utamanya yang paling cool ialah nak menguruskan badan kerana dapat exercise berjalan kaki bak kata orang sambil menyelam minum air.
.
.
Namun sejak bermula bulan puasa hingga kini, aku dah bagi warning sambil pujuk Angah agar menurut titah perintah ibu dia..tak boleh bantah. Angah mesti naik kereta mak dan mak akan tunggu Angah bawah pokok ketapang dekat Pasar Khadijah lepas hantar adik ke sekolah.
Lagipun sekolah Adik kan sama dengan sekolah Angah. Sikitpun tak menyusahkan mak sebab satu jalan jer pergi balik. SPM dah dekat, mak tak mau Angah berpanas keletihan berjalan kaki.
.
.
Semasa dalam kereta boleh sembang-sembang, tanya itu tanya ini. Kat sekolah tadi amacam, study camana, ujian boleh jawab ke, subjek sejarah boleh masuk ke, Fizik susah ke, English boleh faham ke, Add Maths, Bio, Kimia, BM, Agama bla..bla.. Hu..hu..biasanya Angah akan jawab ok, insyallah boleh, mak jangan risau...dan, mak... Angah lapar.
.
.
Bila Angah sebut lapar, ini juga peluang untuk aku menunjukkan kemesraan pada anak teruna nan seorang. Jom mak belanja Angah lunch. Sebut jer kat mana..kita makan sama-sama. Selalunya Angah ajak makan di Restoran Baling Sek 3 dan Azura, dekat jer dengan rumah atau ke Restoran mamak Warta bila kebetulan aku ada urusan ke sana.
.
.
Sambil makan sambil bercerita, cerita politik, artis, agama, semasa dan adakala jadi sessi luah perasaan Angah tentang dirinya. Antara cerita Angah hari ini.
.
.
Mak, haritu Cikgu disiplin panggil Angah ke bilik dia.
.
Haa! Kenapa...? Angah ada buat salah ape..?
.
Masa kat bilik dia, cikgu disiplin tanya. Cuba awak ingat-ingat apa salah besar yang awak dah buat. Angah suspen jugak..fikir punya fikir, Angah spisis baaaiek punyer..mana ada buat salah bukan-bukan.
.
Habis, Angah jawab ape kat cikgu..?
.
Apalagi...Angah pun tanya cikgu balik. Cikgu..ntah..ntah cikgu salah orang kot. Nama Muhammad Asnawi ada 2 orang kat tingkatan 5 cikgu..cuma bin lain-lain. Ayah saya Noordin dan Asnawi satu lagi tu..ayah dia nama Syukor.
.
So...cikgu percaya tak..?
.
Cikgu terus tekan hand phone dia, cakap dengan somebody pot pet pot pet, lepas tu dia mintak maaf dengan Angah sebab tersalah panggil orang. Kebetulan Angah pengawas, jadi dia perintah suruh Angah panggilkan budak Asnawi satu lagi yang ada masalah besar kat sekolah.
.
Ya Allah, Alhamdulillah...takut mak Angah, janganlah Abang Ngah terlibat dengan apa-apa pun yang menyalahi undang-undang sekolah. Malu mak ayah nanti. Tolonglah jaga tingkahlaku, akhlak dan pergaulan Angah dengan kawan-kawan. Hati-hati pilih kawan..Angah. Zaman persekolahan Angah pun dah tak lama lagi, lepas SPM insyallah Angah akan ke Universiti. Biarlah Angah tinggalkan sekolah dengan kenangan paling manis.
.
Ye..ye..mak jangan risau. Angah akan buktikan, Angah budak baik, Angah akan cuba buat yang terbaik SPM nanti, insyallah.
.
.
Aduaiii...anak-anak, andai kau tau betapa risau dan bimbangnya mak ayah melihat kalian membesar di sekeliling seribu satu macam dugaan dan cabaran. Sesungguhnya, kehidupan moden hari ini yang telah sekian banyak membuatkan manusia waras tumpas dan kandas.
.
.
Doa mak dan ayah setiap waktu tidak pernah lekang. Jauh di mata mak dan ayah, apalah daya kami. Hanya kepada Allah SWT mak ayah serahkan. Memohon agar Allah melindungi dan memelihara kalian dari terjebak dan terpedaya dengan realiti kehidupan yang ganas dan deras.
.
.
Jaga solatmu anakku...jaga gerak hatimu...jaga tiap langkahmu...jaga pandanganmu...jaga pergaulanmu... Ingat Allah selalu..bayangkan wajah kedua orangtua mu...Berjanji pada dirimu untuk menjadi anak muda yang soleh...dipelihara Allah di dunia dan di akhirat. Ameen.
Tuesday, October 19, 2010 6 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Aku kena tag la pulak...!



Lama sungguh tak up date blog aku, apsal ntah cam tak de mood jer. Banyak nak dicerita tapi semangat nak menulis kureng. Tup..tup..bukak blog ada makcik nak tag..tag kita lak..saje dia nak susah payahkan otak aku suruh buat exercise agar jangan cepat nyanyuk di hari tua... kesian kat dia.. kita layaaan jerlah ek. Hayatilah jawapanku ini Kak Pah ye...


1) Gambar kesukaan.


Antara berjuta-juta gambar yang aku suka tu haa..kek ateh nun..hu..hu.. rindunya di kala tidur dalam pelukan ibu, terasa nyaman, manja dan selamat. Orang tua dah tak ada..nasib ada pengganti..ehem..ehem..nyaman nyer...


2) Adakah anda rasa hot?


Kalau merujuk pada cuaca sekarang, memang aku hot sebab kereta aku aircond dia dah kong. Bila drive tengah panas buta..terasa mengelegak macam dalam oven. Satu lagi aircond kat kelas pun tengah meragam..akibatnya time mengajar, aku siap bersauna sekali sampai ketiak aku bermandi peluh dan wajah ku tegang berkilat-kilat menambahkan kejelitaanku dan awet muda. (yeah..yeah..boss nak ganti aircond baru..tak sabar..i like..)


Selain tuu..masa di alam remaja aku memang hot..meletup-letup macam Altantuya..ngee..


3) Cerita pasal gambar di atas.


Laaa...kan dah cerita kot tadi..tak ingat eh..?


4) Bila kali terakhir makan pizza.


2 bulan lepas kot..makan pizza hut yang ada meat ball bulat-bulat keliling dia. Ek eleh..iklan lebih..rasa hampeh. Aku memang bukan peminat fanatik pizza hut..heavy sangat..kalau dah sejuk keras, liat dan muak. Pizza Pah tak per..aku suka, lembut, sedap dan yang penting harga amat berpatutan.


5) Lagu terakhir yang anda dengar.


Tengah demam Maher Zain kan la ni..tengah tanda exam paper lepas sekolah kat kelas mesti layan lagu-lagu dia..For the rest of my life, Insyallah, Barakallah..lalu my new Nokia C3 lagi..


6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.


Macam-macam yang telah, sedang dan akan dibuat. Punya siksa nak mengabiskan jawab tag ni sampai en asben ajak gi makan-makan kat Wong Solo pun aku tolak tau..hu..hu..nyesal gak ni kak pah oii..


7) Selain nama sendiri anda dipanggil apa.

Alamak..secret ni..nak cakap ke tak nak ek, em..ok kita terpaksa pecah tembelang. Sebenarnya kan..selain bernama Yati, sejak kecik di rumah aku dikenali oleh kaum keluarga, kerabat dan jiran terdekat dengan panggilan Zakiah..kah..kah..kah..sampai sekarang pun aku cam tak percaya.

Suami dan anak2 gelak-gelak ketawakan aku..diaorang kata tak relevan. Tapi ini nama pilihan dan gelaran khas dari mak saudara yang bela aku sejak kecik. Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa suka...tapi lagu Ramli Sarip - Zakiah..Zakiah..ala dangdut padang pasir tu aku suka sangat2. Kini nama tu masih dipanggil oleh sebahagian kecil sanak sedara aku sebab yang tua2 dah ramai yang telah tiada.

8) Tag lagi 8 orang.

Amvoii...Sesedap rasa jer perintah-perintah orang ek. Sapa la yang sudi ni..

1. Rahmah (Akak Too)

2. Linda (Semuanya manisss)

3. Ayu

4. Pn. Kartini (Cetusan Minda)

5. Bahreyn (Wong Khoo Lai)

6. Kak Zah

7. Eqbal

8. Farid

9) Siapakah no 1 kepada anda.

Sahabat blogger, jiran tapi lain seksyen..aku 3 dia 5. Punya cerita diri yang menarik kerana ketabahan dan kemeriahan beliau menjalani hidup seharian. Jarang berjumpa namun dekat di hati.

10) Kata sesuatu tentang no 5.

Teman sepengajian di ITM S.Alam 86-90. Terpisah sejak lepas grad hinggalah bertemu kembali tahun ini dalan FB. Segak orangnya, dia Guru Besar,bertubuh besar, kereta besar, rumah besar dan semuanya besar-besar belaka kan Cikgu Bahreyn. Dia dah kawin tau...

11) No 3 ada hubungan dengan siapa.

Beliau tak ada hubungan dengan sesapa dalam senarai di atas melainkan sedara sesama Islam tapi dia adalah bersaudara dengan dua orang yang sangat terkenal sekarang yang menghasilkan buku-buku hebat!

12) Bagaimana pula dengan no 4.

Sis Kartini seorang guru yang dedikasi, blogger yang aktif dan rajin menyelitkan gambar2 yang cantik dan menarik bersama tulisannya yang berimformasi.

13) Pesanan kepada orang no 6.

Lama tak berinteraksi dengan K.Zah.. sekali lagi jauh di mata namun dekat di hati. Ape kabor Ayim anak teruna K.Zah. Mudah2an dia semakin sihat dan kembali bersemangat meneruskan pengajiannya.

14) Kata-kata cinta untuk no 2.

Hai..Linda..teruskan meransang rasa cinta dan kasih sayang suami isteri paling romantis dalam blog anda..sesungguhnya cinta suci itu anugerah paling indah dari Allah.

15) Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan.

Yup..mereka lelaki, masih bujang trang tang..tang..bersemangat tinggi dalam menuntut ilmu dan berwawasan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

16) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang meng-tag anda.

1. Dia - my BIG BIG BIG BOSS kat sekolah (orangnya kecik jer..)

2. Kalau main masak-masak mesti jadi punyer...sodap lak tu..!

3. Penyabar nyer bukan main...uji la dia ape saja..penyayang, pemurah...

4. Dia suka bebenor snap sana snap sini, ke hulu ke hilir bawak kamera gedabak dia..cuba suruh dia snap gambor ular selain gambor siput babi...he..

5. Dah bercucu pun tapi aktif kan main..sama aktif cam cucu dia..tak lama Faris ada sepupu baru..insyallah bakal timang cucu pompuan lah pulak kan....

17) Persamaan antara kambing dengan lembu.

Ek..eleh..ape punye soalan da...dua-dua ada anu untuk keluarkan susu, ada bulu-bulu, ada ekor, kaki empat, ada mata, telinga, hidung, mulut..suka makan rumput dan semua bla..bla..

18) GAY or less

Ini soalan paling sukar difahami. Gay..Lesbian..gi tanya Adam Lambert yang baru datang menghiburkan rakyat Msia yang tak cukup-cukup berhibur ok...

Fu Yoo...sakit pinggang dan punggung den nak mengabiskan soalan pelik tapi benar dari K.Pah ni tau..ape-ape pun, harap akak berpuas hati la ye..selalu-selalu le meng-tag kami yang mulia nih.



Saturday, October 9, 2010 5 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Ujian Allah...bila-bila..di mana-mana..

Tengahari, bersama suami kami ke Hospital Serdang. Menziarah sahabat baik suami yang sedang terlantar di bilik no 5, wad CCU. Beberapa hari yang lalu beliau masih cergas bersama kawan-kawannya bermain badminton sehinggalah tiba-tiba sesak nafas di rumah dan kini terbaring di katil hospital.

Terdapat dua sumbatan pada salur darah menuju ke jantung. Inilah penyebab beliau mendapat heart attack. Syukur beliau masih sempat memandu sendirian ke klinik swasta. Dengan pemeriksaan ala kadar beliau dibiar berehat di sofa klinik. Tidak puas hati dengan layanan diberi lalu beliau menghubungi menantu lelaki dan minta dihantarkan ke Hospital Serdang.

Doktor hospital amat kesal atas kelewatan beliau mendapatkan rawatan intensif kerana jika terlewat sedikit mungkin sesuatu tidak diingini akan berlaku. Tertanya-tanya di minda, apakah para doktor di klinik swasta tadi tidak berlaku sewajarnya. Merawat ala kadar dan membiarkan pesakit jantung kritikal bersandar-sandar di sofa. Tidakkah sepatutnya dia segera dibawa dengan ambulan ke hospital.

Amat simpati melihat si isteri dalam kesedihan, bimbang dan agak tertekan. Berseorngan menjaga si suami di ruang menunggu siang dan malam. Cuba untuk berihat di rumah sebentar namun katanya hati jadi lebih risau dan sayu..lebih mudah menangis berbanding menunggu di hospital.

Di hospital walaupun tidak selesa kerana letih bersandar dan sukar melelapkan mata di kerusi namun terasa dekat dengan suami tercinta. Terasa sedikit lega bila dapat berbual-bual dengan mereka yang juga menunggu insan tersayang di wad ICU dan CCU. Risau juga si isteri akan kesihatannya sendiri yang tidak lalu makan, tidak lena tidur dan bimbang mengenangkan suami yang terbaring kaku dan amat lemah.

Ya Allah, aku membayangkan diri sendiri. Setabah manakah aku mental dan fizikal menghadapi situasi seperti itu. Terlintas juga andai aku sendiri yang terlantar..siapakah yang akan menjaga aku selain misi-misi di wad hospital.

Setelah memberi sedikit semangat kepada isteri Abang MA, kami minta diri dan melangkah pula ke wad ICU untuk menjenguk kawan sekolah Angah yang sedang koma kerana terlibat dengan kemalangan motor - van berdekatan Warta semalam. Kebetulan ibunya bertugas di tempat kerja suami.

Suatu lagi tragedi pilu kerana anak muda belasan tahun itu bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Kini akibat kemalangan tersebut beliau cedera parah di kepala dan patah kaki. Ya Allah.. lindungi dan selamatkan kami dari diuji musibah sebegini. Ampuni kelalaian kami dan bantulah kami yang lemah ini.

Aku dan suami mendoakan, mudah-mudahan kedua-dua insan yang sedang diuji Allah ini kembali sembuh dan pulih secepat mungkin. Semoga ahli keluarga terdekat banyak-banyak bersabar dan berdoa kepadaNya. InsyaAllah..kedua-dua mereka akan cepat sembuh dan kembali ceria di samping keluarga tercinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...