Tuesday, November 30, 2010 20 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

JALAN JALAN PERGI MAHA 2010 SERDANG.

Jalan jalan pergi MAHA. Bersedia dengan kaki yang kuat. Siap-siap makan tongkat ali, kacip fatimah, vitamin dan segala jamu. Kena bersemangat dan tabah nak pusing keliling meneroka satu kawasan luas menjenguk segala tok nenek pameran yang tersedia.

Tok sah berangan nak pakai baju hari raya dan sarung hills sebab nak datang ke MAHA ni kena perasan jadi cowboy jadian dan petani moden yang lasak. Paling banyak dipamerkan binatang ternakan, hasil mahsul pertanian dan yang seangkatan dengannya.

Bila anda dah kepenatan, kelaparan dan kehausan boleh singgah makan-makan kat gerai yang disediakan. Kalau sesiapa yang suka beli itu ini, berangkut segala macam benda macam tak pernah jumpa, diharapkan lupakan jer.. kang masa perjalanan balik dari merayau serta membeli belah tu larat ke pikul harta karun tu sampai jumpa kereta kita kat parking lot.

Dalam sedar tak sedar, sudah berbatu-batu kita berjalan dan setakat satu hari rasanya tak daya kita nak melawat kesemua pameran dan melihat segala macam event. Yang pasti tetiba kita akan terasa letih yang amat seangat. Kata-kata yang terpacul dari bibir anak-anak ialah jom balik.

Dah puas berpanas terik, tak pasal-pasal mendung dan tetiba menderu hujan lebat turun lalu mood kita pun akan mengajak kita cepatlah sampai ke rumah, nampak bantal nak bergolek-golek melepaskan rasa penat yang amat sangat.

Letih tengok lembu kambing, bau badan kita pun dah naik sama bau lembu kambing tadi. Suami pulak padah-padah suka bermanja-manja dengan kambing dan lembu ni sebab terkenang zaman kanak-kanaknya di kampung bergelumang dengan haiwan-haiwan ni. Bermakna lamalah aku dan anak dua orang ni memaksa diri berlama-lama bergurau senda dengan mereka.

Akhirnya dengan lemah longlai berangkat pulang walaupun banyak lagi tempat yang masih belum sempat diteroka. Dahlah parking kat luar, kenderaan jam berjela-jela, nak kena bayar tiga hengget lagi, sorry kata en asben. Mujur tak gila parking jauh berhampiran Hospital Serdang macam sesetengah orang tu.

Kesian aku tengok, sanggup berpanas berhujan, parking punyalah jauh dan berangkut anak bini dengan baby kecik semata-mata nak tengok MAHA. Aku tak ada anak kecik pun rasa nak pitam berjalan. Rasa nak jerit kat diaorang tak yahlah seksakan diri bawak anak-anak kecik, baik pergi berdua jer..kesiankan bebudak tu..elok ajak gi zoo aje, seronok sikit.



Macam manapun, aku bukan reti serik. Hampir tiap-tiap tahun mesti pergi. Nanti lapang selagi MAHA belum sampai ke penghujung, aku nak pergi berdua dengan cik abang. Tapi kali ni aku pujuk dia ajak naik motor untuk nak elak jam...dan dia ketawakan aku terbahak-bahak. Ek eleh, gemuk sangat ke aku sampai dia tak sudi bawak naik motor. Bila aku tanya dia ala ala nak merajuk dia lagi ketawa mengekekeh ngekeh...dia kata tak sampai hati nak bonceng aku naik motor honda kapcai, lkalau naik Harley Davidson..bersemangat la..ek eleeeh..laki aku..

Tuesday, November 23, 2010 8 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

HADIRMU DI DUNIA INI ANAKKU...


MAK AYAH DAN ADIK-ADIK MENGUCAPKAN...SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 20 BUAT KAKAK..pesan ayah bersyukurlah kepada ALLAH kerana mengizinkan ibumu melahirkan kakak pd 25.11.1990 dan ucapkan terima kasih kepada mak yang membesar dan mendidik kakak sehingga kini. Doa mak ayah mudah-mudahan kakak menjadi anak yang solehah yang berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...SALAM KASIH SAYANG DARI KAMI..





Sunday, November 21, 2010 8 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI
Thursday, November 18, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

TOLONG....!! Jangan buang saya..Kasihani saya...

Kejam, tak berperikemanusiaan....kata-kata yang pasti terhambur dari mulut kita. Tak sanggup melihat..kasihan...sedih..geram.. Gejala yang semakin menjadi-jadi..menghantui kita...insaflah...ZINA..satu dosa besar...akibatnya bayi-bayi comel ini jadi mangsa..dibuang merata-rata...di mana erti KEMANUSIAAN...ke mana terbangnya IMAN....
Anas yang comel, rambut terpacak, mata yang bulat, mudah tersenyum..pasti terpersona...
.
.
Ahad 14 Nov 2010 - selepas solat zohor..aku, suami dan anak bongsu bertolak ke UITM Segamat menjemput anak sulung pulang bercuti semester. Dari Segamat meredah Chaah, Labis, Yong Peng, Ayer Hitam dan terus ke Rengit, Batu Pahat.
.
.
Tujuan utama menziarah ibu mertua. Alhamdulillah..dalam usia lanjut 82 tahun, mak nampak sihat dan ceria. Malam itu kami tidur di sana dan esok tengahari terpaksa balik ke Bangi kerana suami bertugas dan Angah tinggal di rumah. Kami memohon ribuan ampun maaf kerana tidak dapat meraikan Aidil Adha bersama di kampung.
.
.
Sebelum pulang, kami singgah ke rumah kakak aku di Solok berhampiran BP Mall. Alahaaai..Bandar Batu Pahat, tempat lahirku. Terlalu banyak perubahan disebabkan pembangunan yang pesat. Dalam perjalanan ke rumah kakak, tertinjau-tinjau dan tercari-cari lokasi kenangan lagi nostalgik..namun sebahagian besarnya telah ditelan oleh kepesatan deretan perumahan, rumah-rumah kedai, pusat membeli belah dan sebagainya. Aku boleh sesat di daerah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Kawasan permainan dan laluan seharian ke sekolah kesemuanya telah ditelan zaman.
.
.
Niat ke rumah kak Na yang tua dua tahun dari aku adalah untuk berziarah sambil membeli produk-produk frozen food yang diusahakan oleh Kak Na sekeluarga. Hampir 20 tahun Kak Na bersusah payah membangunkan bisnesnya di samping membesarkan 7 orang anak lelaki. Terkejar-kejar berniaga di pasar malam sekitar BP dengan jualan paling larisnya Cha Kuey dan roti canai sambil membawa anak-anak yang masih kecil.
.
.
Kini atas usaha yang tak mengenal jemu, Kak Na sudah boleh berehat di rumah. Anak-anak lelaki yang membesar sudah menjadi hero menggantikan tempat ibu dan ayah mereka. Perniagaan yang semakin kukuh telah merubah hidup mereka. Benar-benar hasil usaha atas tangan sendiri diberkati Allah. Hidup Kak Na senang lenang sebagai taukey Frozen Food.
.
.
Tidak sia-sia dia berkahwin dalam usia muda selepas SPM. Dalam usia 47 tahun, dia telah mempunyai dua menantu dan dua orang cucu. Kesemua cucunya juga lelaki. Ramai sungguh jejaka di rumahnya selain dua orang menantu perempuan termasuk dirinya.
.
.
Terbaru muncul seorang lagi insan kecil, seorang baby boy yang dipelihara Kak Na sejak lahir. Atas dasar kasihan belas Kak Na sanggup menerima Anas hadir dalam keluarganya. Mendengar cerita sedih Anas, aku dan anak-anak jadi insaf and terharu.
.
.
Ibu Anas yang masih remaja, mengetuk pintu rumah seorang lagi kakak aku Kak Mik, guru sekolah menengah di Pontian. Terpinga-pinga Kak Mik bila si gadis meminta tolong dihantarkan ke hospital kerana tak tahan kesakitan hendak bersalin. Entah darimana gadis yang tak dikenali ini datang.
.
.
Dipendekkan cerita sampailah mereka ke hospital. Di sana sebelum gadis itu bersalin, Kak Mik menelefon Kak Na bertanyakan kalau-kalau dia ingin/sanggup membela seorang bayi yang bakal lahir bila-bila masa. Dimaklumkan ibu bayi itu tidak mahu memelihara anaknya dan mahu memberikan kepada sesiapa saja yang sanggup mengambilnya. Kak Na dan suami masih belum dapat memberikan keputusan segera.
.
.
Suaminya bertindak pantas menelefon kawan-kawan yang masih tidak punya zuriat walaupun telah berkahwin selama 8 hingga 10 tahun. Sayangnya mereka tidak terbuka hati kerana tidak mahu memelihara anak-anak yang tidah sah taraf yang tak berbapa atas perbuatan keji kedua remaja tadi. Kak Mik sendiri tidak sanggup menerimanya atas alasan kesihatan dan kesibukakannya dengan tugas dan keluarga.
.
.
Akhirnya dengan mudah Anas dilahirkan di hospital dan pihak hospital memaklumkan bayi tadi adalah bayi perempuan. Perkahabaran gembira disampaikan kepada Kak Na yang selama ini memang menginginkan bayi perempuan. Mereka bergegas ke Hospital Pontian. Sesampainya mereka, tiba-tiba petugas menyatakan baby itu sebenarnya bayi lelaki dan suami Kak Na terus mengazankan ke telinga Anas.
.
.
Semasa diazankan bayi comel itu membuka mata dan tersenyum seolah-olah mengucapkan terima kasih. Hati Abang N terus terpikat dan terharu lalu mengambil keputusan dan berazam akan membesarkah dia hingga menjadi orang berguna. Walaupun dia suami isteri sudah punya sederet anak lelaki namun dia menganggap ini sebagai rezeki dari Allah. Bukan rezekinya untuk mendapat bayi perempuan nampaknya, mudah-mudahan seorang lagi cucu yang bakal lahir tidak lama lagi adalah cucu perempuan doanya.
.
.
Tak sampai hati dia mengenangkan betapa ramainya bayi menjadi mangsa dibuang dan dibiar mati oleh ibunya sendiri. Keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu Islam benar membakar hati dia dan kita. Selesai berurusan dengan pihak hospital, Polis, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akhirnya Anas sah menjadi anak angkat mereka.
.
.
Syukur bayi comel ini selamat mendapat perlindungan kak Na yang menjaganya sepenuh hati. Diberinya sepenuh kasih sayang dan bayi yang diberi nama Anas itu telah berusia 5 bulan. Sepanjang aku di sana Anas kelihatan sihat, keletah dan cerdik. Kenapalah pasangan yang tak punya zuriat sekian lama tadi tidak sudi menerima bayi suci ini. Rupanya mereka bimbang memelihara anak yang tak ketentuan keturunanan dan takut jika perbuatan terkutuk ibu bapa si bayi akan berterusan 7 keturunan.
.
.
Memang mereka berhak berfikiran negatif begitu. Lalu sebelum berangkat pulang selain mengucapkan terima kasih, aku mengucapkan tahniah kepada Kak Na suami isteri kerana sanggup memelihara Anas. Aku juga memberi kata-kata semangat agar dia membesarkan Anas dengan sempurna hingga menjadi anak yang soleh. Insyallah, suatu masa dia akan berbakti kepada kita dan akan mendoakan kita apabila kita telah kembali menemui Yang Esa. Mudah-mudahan Anas menjadi anak yang soleh dan mengenang budi hendaknya.






Tuesday, November 9, 2010 5 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SANTAU...bahaya dan pendindingnya.

Seorang lelaki bernama Yazid menghantar massage di FB aku bertanyakan siapakah nama salah seorang ahli panel dalam Al Kuliyyah yang ada klinik perubatan Islam khusus menangani masalah gangguan jin dan iblis serta dengki khianat manusia sesama manusia.

Aku membalas dengan memberikan alamat laman web Ustaz Sharhan bin Shafie At Thobibi - www.zamdurrani.dumei.com. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kerana akan membawa rakannya yang terkena santau pergi berubat ke sana. Amat menyedihkan apabila En.Yazid menyatakan bahawa 3 orang sahabat rakan beliau yang sakit tadi telah pun meninggal dunia akibat terkena santau juga.

Masyallah, lihatlah kekejaman perbuatan manusia yang suka berdengki khianat. Sanggup berdendam, iri hati, dengki dan tidak takut akan balasan Allah swt. Kebetulan aku baru saja membeli dan membaca buku hasil tulisan Ustaz Sharhan berjudul PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS.

Sebagai perkongsian ilmu, dipinjam dari buku tersebut untuk pengetahuan kita bersama.

JENIS-JENIS SANTAU

Santau terbahagi kepada dua jenis:

1) Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah diubati.

2) Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan 'santau angin'. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan seperti berikut:

1) Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.

2) Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.

3) Ingin menguji tahap ketahanan batin seseorang.

4) Sebagai medan menguji kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.

5) Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan ahli keluarganya.

6) Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri tersebut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

2) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

3) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadangkala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

4) Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

5) Lenguh seluruh anggota badan.

6) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8) Mimpi bahan2 miang seperti mianh buluh dan ulat bulu.

9) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10) Mimpi kanak2 kecil seperti mimpi menyusukan kanak2 tersebut.

11) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

12) Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

13) Mimpi paderi Kristian, sami Buddha atau bermimpi pergi ke tempat2 ibadat agama bukan Islam.

KESAN-KESAN SANTAU

Antara kesan2 santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

1) Boleh membawa maut dengan izin Allah swt.

2) Hilang daya ingatan.

3) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4) Tabiat akan berubah seperti seorang yang panas baran.

5) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.

7) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang selalu terganggu.

8) Terjadinya 'saratan' atau kanser dan ketumbuhan.

9) Jika pesakit hamil mungkin akan mengalami keguguran.

PENDINDING DIRI DARIPADA BAHAYA SANTAU

Terdapat beberapa amalan yang sohih bagi menghalang seseorang itu menjadi mangsa kejahatan sihir dan santau. Berkat keizinan Allah swt, segala bentuk sihir dapat dihindarkan dengan syarat kita sangat yakin dan percaya bahawa Allah swt telah menurunkan al Quran itu sebagai penyembuh bagi segala penyakit. Amalan yang berterusan pasti akan memberi faedah yang amat besar kepada kita di dunia dan di akhirat.

Pilihlah mana2 daripada amalan2 ini dan beramallah dengan bersungguh-sungguh.

1) Bacalah sebanyak 100 kali selepas solat Subuh.
Laillahaillallah wahdahulasyarikala lahulmulkuwalahulhamdu yuhyiwayumitu wahuwa'ala kulisyaiinkqadir.

2) Bacalah surah Mulk sebelum tidur. Fadhilatnya dapat menghindar siksaan kubur.

3) Hendaklah berwuduk sebelum tidur dan ketika hendak bersama isteri.

4) Amalan bacaan surah Yaasin setiap subuh.

5) Amalkan bacaan ini setiap pagi dan petang.
Bismillahilazi layadhuruma'asmihi syaiunfilardhi walaafisamaiwahuasami'ula'lim.

6) Atau baca: A'udzubikalimatillahittammatiminsyarramakholaq

7) Bacalah sebanyak 21 kali surah al fatihah pada tiap2 malam sebelum tidur.

8) Jadikan 'basmalah' sebagai wirid dalam setiap pekerjaan contohnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Bacalah sebanyak yang mampu.

9) Pasangkanlah di dalam rumah kaset/CD bacaan ayat Ruqyah - boleh didapati dari Ustaz Sharhan dan 'Tobibi Team'

10) Bacalah satu juzuk al Quran sehari seumpama yang dianjurkan oleh al Imam Hassan al Banna. Khatamkan al Quran paling lewat dalam masa satu bulan dan jangan kurang dari tiga hari.

11) Amalkan solawat tafrijiyah dan solawat syifa'.

Segala amalan-amalan di atas hendaklah diamal dengan bersungguh-sungguh. Gilapkan keyakinan yang padu bahawa Allah swt saja yang mampu menolak segala bentuk kejahatan zahir dan batin. Bulatkan tujuan kita untuk memburu redha Allah bukan semata-mata mengharap balasan pahala dan syurga saja. Jadikanlah diri kita ini benar-benar hamba yang hamba di depan Allah swt.

Firman Allah swt:

Maksudnya; Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyambah-Ku. (surah az Zariat:56)
Wednesday, November 3, 2010 6 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

PESTA KONVO AULAD 2010.

Ahad 31 oktober 2010 - berlangsung dengan sukses dan cerianya Majlis Konvokesyen anak-anak didik kami di Dewan Anwar Mahmud, UKM, Bangi. Terima kasih atas kerjasama kesemua para guru, murid dan ibubapa.
Selepas selesai majlis, kami para guru AULAD dijemput khas ke majlis jamuan makan-makan di rumah salah seorang murid cilik lagi comel si Aqil Falah. Memang rezeki kami selepas berpenat lelah dan sampai masa makan tengahari, diundang makan free beranika lauk pauk yang lazat... apalagi memang tak lepas peluang. Berbanyak terima kasih pada tuan rumah, mudah-mudah ditambah lagi rezeki oleh Allah.




Jenuh bergambar sesama para guru, diajak bergambar oleh makayah murid dan paling ekslusif dapat bergambar dengan Puan Pengetua Pn Latifah dan suami Prof Dr Hamirdin. Insyallah, tahun depan berpesta konvo lagi.
Kepada anak-anak yang bakal menempuh alam baru persekolahan tahun depan, cikgu mendoakan kalian menjadi anak yang soleh solehah serta berjaya dunia akhirat. Ameen..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...