Wednesday, February 24, 2010 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

KENAL 3 T UNTUK DAPAT SYAFAAT NABI saw.



3 PROSES UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI s.a.w. :
Hendaklah kita membanyakkan istighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah bersungguh-sungguh melalui tiga proses;

1) Takhalli - mesti bersihkan diri sungguh-sungguh dari segala dosa. Berjanji tidak akan mengulangi segala kejahatan yang pernah dilakukan sama ada dosa kecil atau dosa besar.

2) Tahalli - mengisi dalam diri dengan memperkemaskan amal ibadah wajib, memperbanyakkan amalan sunat, banyakkan selawat ke atas Nabi saw dan solat malam. Semoga terbuka hijab di antara kita dengan Allah. Allah sayang, Nabi pun sayang.
Mengamalkan puasa sunat juga dapat menyucikan batin(hati) kerana hati yang sakit sukar mendapat pertolongan Allah. Jika hati sihat dan bersih, minta apa pun akan mudah dimakbulkan oleh Allah.

3) Tajalli - penghayatan, merasakan Allah berada di mana-man saja, rasa diri diperhatikan-Nya setiap saat dan ketika. Buat apa saja ingat Allah, ingat Rasulullah. Seakan ternampak malaikat Rakib dan Atid yang menjaga diri mencatat setiap perbuatan. Rindu dan kasih pada Allah dan Nabi ibarat orang yang kenal buah; dapat dipegang, dapat dirasa dan terus ingat kepada Penciptanya. Tahap ini buat apa pun asyik ingat Allah. Kasih pada Allah sangat mendalam. Melihat wajah orang yang rindu kasih pada Allah hati jadi tenang. Umpama penawar.

CINTA NABI DAN DAPAT SYAFAAT.
Kesimpulannya untuk cinta Rasul dan mendapat syafaat baginda di Padang Mahsyar sebagai jambatan menuju kesejahteraan di negeri abadi, kita hendaklah:

1) Biasakan diri berselawat untuk baginda dalam apa jua keadaan supaya berbekas di hati dan subur dalam ingatan.

2) Fahami sungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad saw insan paling sempurna dan tidak ada seorang manusia pun menyamai baginda. Tidak ada seorang pun boleh meminta syafaat selepas kewafatan Rasulullah dan hanya Allah sahaja yang akan mengizinkan syafaat itu berlaku seperti yang tersebut dalam surah al Baqarah, ayat 255. Baginda terlalu akrab hubungannya dengan Allah swt. Kasih pada Nabi bererti kasih kita pada Allah.

3) Berusaha cari jalan berguru dengan guru mussyid yang boleh beri petunjuk dalam membimbing menghidupkan amalan sunnah, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya jadi insan contoh; buat apa saja yang Rasulillah buat.

4) Ibu bapa mesti terlebih dulu jadi contoh dalam rumahtangga untuk menghidupkan sunnah Nabi saw. Kejayaan pendidikan di rumah sangat membantu ke arah membendung gejala sosial yang melanda negara. Ibarat kata pepatah, "Batang yang bengkok tidak akan dapat menghasilkan bayang yang lurus."

Semoga peringatan dari Ustaz Hj.Hassan Mahmud Al-Hafiz dapat menjadi panduan kepada kita untuk lebih mencintai Rasulullah saw, insyallah.
Tuesday, February 23, 2010 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI


Pada suatu masa... aku pernah berdoa dan mengharap sepenuh hati, beristikharah dan bermunajat memohon kepadaNya..andai telah sampai kiranya jodohku nanti.. temukan aku dengan si dia yang mencintaiku dan mencintaiMu seikhlas hati.



Dan... apabila Allah swt telah menetapkan sesuatu itu maka dengan izinNya jua, terlaksanalah semuanya. Bersatulah dua hati, berjanji ingin sehidup semati hingga ke syurga kekal abadi..



Mengenang kisah lalu...manisnya menyulam kasih mengukir janji. Kini.. kita sudah pun menjadi suami dan isteri, melangkah dan terus meniti, laluan mencari kebahagiaan yang hakiki...hingga akhir nanti. (Alleycats- our favourite song- hingga akhir nanti, kau saja idaman hati..)
Friday, February 19, 2010 1 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

HAPPY 20th ANNIVERSARY..


20 tahun yang penuh bermakna.. menyelusuri onak duri ranjau kehidupan. Menempuh suka duka, susah senang bersama..yang menguji ketabahan hati dan kekuatan iman. Setiap yang mendatang kita begitu tabah menghadapi bersama..demi satu tujuan membina rumahtangga bahagia.

Abang....
I love you not just for loving me
and filling up my life with beautiful and special moments..
But I love you more for the person you are
Kind hearted, gentle, caring and understand..
And all that I ever wanted in my partner for life

The good times, the bad times, the everyday times
Have taught us...the meanings of caring
I'm so grateful..for the friendship and love..
That we're sharing

And all of the times, we were there
For each other, as partners and lovers and friends.....
Sharing life, moments by moment
Heart to heart, together everyday
Journeying..side by side
Facing the world..hand by hand
Thank you for being my husband.
Anak-anak permata hati...pengikat kasih...penambah seri... hidup ini...
Wednesday, February 17, 2010 3 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SAHABAT...pergaulan kita biarlah berkat.

Aduhai...peningnya kepala dan sakitnya telinga. Tak dilayan..bimbang mereka kecik hati. Bila dilayan mulalah meleret melalut entah ape-ape. Aduhai sahabat! Ingat-ingatlah, kita ini memang tidak pernah sempurna. Kita ini banyak sekali kekurangannya. Kenang-kenanglah dulu salah silap kita.. jangan asyik dicari dan dikorek kesilapan orang lain. Sampai bila-bilapun kita payah nak berubah kalau kerjanya nampak busuk orang dan melihat cantik moleknya kita.

Tolong!! Jangan ganggu aku dan jangan libatkan aku. Sudah aku tegur, puas aku nasihat. Hal yang kecil-kecil, usah diperbesarkan. Latihlah diri mudah memaafkan orang. Jangan disimpan jangan didendam. Jangan diungkit jangan diputarbelitkan. Jangan suka berburuk sangka dan jangan suka bermuka-muka. Nanti akhirnya, buruk padahnya.

Mari kita baca petikan daripada: KITAB BIMBINGAN MUKMIN-HUJJATUL ISLAM AL IMAM AL GHAZALI. KITAB ADAB PERGAULAN PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN.

Antaranya sebahagian;

* Hendaklah anda menyayangi sahabat itu sebagaimana anda mencintai diri sendiri.
* Jangan sekali-kali menyakiti mereka dengan perbuatan dan percakapan anda.
* Sentiasa merendah diri setiap kali bercakap dengan teman sejati , jangan sesekali menyombongkan diri terhadap mereka.
* Jangan sampai tidak bertegur sapa dengan mereka lebih dari tiga hari berturut-turut, walaupun perasaan marah terhadapnya membara.
* Hendaklah anda berusaha mendamaikan perselisihan faham antara sahabat jika ada peluang untuk mendamaikan mereka.
* Hendaklah anda menolong sahabat yang mempunyai hajat dan keperluan mereka. Jika anda tidak mampu maka perkenalkan kepada orang lain yang boleh memberi pertolongan kepada mereka. Cuba menolongnya dan memenuhi hajat serta keperluannya sekadar termampu.
* Hendaklah anda memulakan salam terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengajaknya berborak. Sesudah itu berjabat tangan sebelum mengundurkan diri.
* Jika anda diperlukan untuk memberi nasihat, berilah perhatian bersungguh-sungguh. Cubalah menggembirakan hatinya.
* Hendaklah anda menziarahi jika sahabat ditimpa kemalangan, dijangkiti penyakit dan ditimpa musibah. Doakan mereka cepat sembuh. Adab menziarah pesakit, pendekkan masa ziarah, kurangkan banyak pertanyaan, melahirkan rasa belas kasihan dan memalingkan pandangan dari melihat aurat pesakit.
* Selain menghormati mereka sebagai sahabat, anda perlu juga menghormat orang tua dan ahli keluarga mereka.
* Walau mereka sahabat baik kita tetapi apabila mahu memasuki ke dalam rumahnya perlulah meminta izin. Jangan terus masuk ke dalam rumah tanpa memberitahu mereka.
* Andai suatu masa sahabat kita terlebih dulu meninggalkan kita buat selama-lamanya, hendaklah kita menghantar dan menziarahi kubur-kubur mereka. Memohon doa bagi yang mati dan mengambil iktibar serta menginsafi diri.

Banyak lagi panduan yang boleh kita ikuti dan amalkan tidak tersenarai di sini. Malah dalam pergaulan kita sehari-hari, banyak sekali terkandung pelajaran dan pengajaran boleh kita perolehi secara tidak lansung.

Pokoknya jagalah lidah kerana ia lebih tajam dari sebilah pedang. Jagalah iman kerana ia boleh memperlihatkan siapa diri kita yang sebenar di mata orang lain.

" Wahai Tuhan kami, kami sudah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dalam kalangan orang yang rugi ." - AI A'raaf, 23.
Friday, February 12, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

MENUMPANG KASIH PADA YANG TIADA...

INIKAH PENGGANTI TOM!
Setiap hari singgah ke rumah. Meninjau, memerhati dan mengintip kami di tingkap dapur. Cuba-cuba menggoda dan meraih simpati. Merayu dan merintih dengan suara sayu. Aksi bagaikan dirinya teramat lapar dan dahaga. Jangan...jangan si kuning merintih, merayu. Kami bimbang kalau-kalau tergoda dan jatuh kasih. Cinta hati kami masih pada Tom... sentiasa kami tunggu dan rindui, setiap detik dan saat. Pilunya menunggu, menanti dan merindu..sungguh penantian itu suatu penyeksaan. Apa kabarmu Tom? Di mana dikau? Pulanglah...
Sudah kami ingatkan, jangan si kuning merintih, merayu... Kami mudah jatuh kasih. Bermula dengan kasihan simpati, ditegur, diusap. Akhirnya, disuakan makanan dan minuman. Kini, si kuning semakin berani. Setiap hari dia hadir dan mengiow simpati.
Dan akhirnya, si kuning berjaya menambat hati kami. Si kucing tua, berbadan besar dan wow! Beratnya bila dikendung. Pastinya dia ada tuannya, takkan mungkin dia membesar dengan sihatnya. Kini kami sudah sudi membelainya dan sesekali dibawa masuk ke rumah. Si kuning memang manja, lansung tidak takut orang. Lihat saja aksi manjanya, pandai betul mengada-ngada.
Aduhai si kuning... kau teringin menumpang kasih dan izinkan kami sesekali mencurah kasih. Menghilang dan melepas rindu pada Tom yang pergi, membawa diri entah ke mana. Kalau si kuning berbuat sama meninggalkan tuannya hingga singgah ke teratak kami, kupohon si kuning pulanglah... jangan biarkan tuanmu tercari-cari dan merinduimu.
Andaikata, si kuning sengaja dibuang maka boleh saja tumpang bermanja dan mendapatkan sedikit alas perut dari kami. Kita sama-sama makhluk Tuhan, bezanya kami manusia dan kamu haiwan. Namun yang pastinya, kita sama-sama perlukan sebuah kehidupan.....




Saturday, February 6, 2010 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

IBU AYAH - CERMIN SI ANAK

Malam tadi rumah kami ada tetamu. Lepas Maghrib tengah duduk atas sejadah tunggu Isyak masuk tetiba bunyi loceng ting tong. Sekali jenguk rupanya abang aku terjonggol depan gate. Terkejut juga sebab selalunya dia mesti call dulu bagitau nak singgah.

Kami mempersilakan masuk dan menghidangkan teh dan cokodok serta roti canai mamak Bistro berlaukkan dalca dan daging rendang mamak style. Kami pun bersembang dengan mesranya. Pada asalnya abang Z tak ada plan pun nak singgah ke rumah. Tujuan sebenar nak ke Nilai dan USIM nak tengok Karnival untuk pelajar dan lepasan sekolah meninjau pameran dan penerangan dari pelbagai universiti awam dan swasta, agensi-agensi yang berkaitan dengan pendidikan dan sewaktu dengannya.

Selesai berkarnival hari dah lewat petang, selepas tolong menumpangkan sekaligus menghantar sekumpulan pelajar perempuan yang menunggu bas pulang ke USIM dia berpusing-pusing mencari jalan balik ke Seremban. Pendekkan cerita dia tersesat sampai ke Bangi Lama dan setelah puas bertanya orang sampailah dia ke rumah aku akhirnya. Mujur dia biasa datang ke rumah dan dah faham jalan BBBangi ni.

Dari seramai 5 orang abang aku, abang Z ni aku puji dari segi sikapnya yang mengambil berat soal pelajaran anak-anak. Dia sekeluarga warga Felda Lui menghala ke Jempol. Anak seramai 7 orang paling kecil tingkatan 3. Isterinya baru pencen sebagai Pegawai Pertanian di Kuala Pilah. Kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. 4 orang perempuan lepasan UM- guru, UPNM- tentera bakal Major, UPSI- guru dan USM- sedang belajar. 3 lelaki,seorang bertugas sambil belajar di KUITHO, dua masih belajar bakal menduduki STPM dan PMR tahun ini.

Walau tinggal jauh di Felda tetapi sejak anak pertama hingga kini dia cukup mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya. Kalau tinggal di asrama akan selalu dijenguk dan diberi motivasi. Anak-anak kesemuanya dididik bukan sahaja menekankan akademik namun terdidik dengan asuhan agama. Aku perhatikan anak-anak beliau begitu mendengar kata dan penampilan terjaga. Anak perempuan bertudung labuh namun tidak membataskan mereka bergiat aktif di sekolah dan universiti. PALAPIS pastinya lasak bagaikan tentera sebenar dan inilah minat mereka sehingga menyandang pangkat kapten. Akhirnya Angah lepasan Uni Pertahanan Malaysia berjaya bertugas sebagai seorang tentera wanita yang bakal dikurniakan pangkat major di salah sebuah kem di KL walaupun baru saja melahirkan anak kedua.

Mereka cukup cekal dan bersemangat atas asuhan kedua ibu bapa. Cerita anak-anak buah aku, semasa zaman persekolahan, waktu cuti sekolah, mereka mesti pergi ke kebun membantu keluarga. Masa-masa terluang semasa menunggu keputusan peperiksaan keluar, seberapa boleh akan diusahakan anak-anaknya menyertai kem-kem motivasi pelajar baik berbentuk akedemik maupun agama. Kelas-kelas kemahiran bagi anak perempuan seperti belajar menjahit dan memasak adalah wajib. Untungnya mereka semua boleh menjahit sendiri baju terutama tatkala menjelang hari raya. Sekian banyak wang dapat mereka jimatkan.

Abang Z sentiasa memastikan dirinya mendapat informasi terkini untuk memilih tempat belajar terbaik untuk anaknya menyambung pelajaran setelah tamat alam persekolahan. Beliau sendiri akan melayari internet dan akan ke karnival dan pameran yang diadakan. Akhirnya kini mereka suami isteri amat bersyukur dan tersenyum puas melihat anak-anak berjaya dan tidak melupakan mereka. Anak-anak yang masih belajar sudah pasti terdorong menggapai kejayaan seperti adik beradik yang lain.

Terdengar perbualan mesra dalam telefon seorang ayah dan anak lelaki bongsunya di asrama malam tadi. Belajar sungguh-sungguh, solat fardhu jangan dilewat-lewatkan, bangun awal, jaga akhlak, jaga hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan, makan jaga, hormat guru dan sebagainya. Tidak hairanlah kalau abagng Z dikurniakan anak-anak kurang bermasalah. Ibarat cermin kebiasaannya ia pasti membalikkan gambaran yang sama apabila dilihat.
Thursday, February 4, 2010 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

TOLONG CARI TOM..Please...










TOM..! DI MANA KAU MENGHILANG ?



PULANG LAH .. KAMI MERINDUI MU......
Wednesday, February 3, 2010 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

ADUHAI KAUM HAWA!

Semalam dalam pukul 2.00 petang, aku singgahlah ke salah sebuah klinik terkenal di BBBangi ni. Tujuannya nak aturkan temujanji aku dengan doktor pakar menggunakan GL syarikat suami aku bekerja. Klinik pakar dermatologi baru berpindah ke tingkat atas penghujung bangunan. Buat masa ni, klinik hanya dibuka sampai 12.00 tengahari.

Aku pun ketuk pintu cermin klinik, cuma ada tinggal dua orang pekerja sahaja. Doktor semua dah balik atau menyambung tugas di klinik-klinik lain yang berkenaan. Kira buat duit betullah para doktor ni, itu pekerja dia yang kata.

Dua orang staf yang tinggal tadi seorang anak gadis dan seorang lagi berusia 50 tahun. Layanan memang perfect, oleh kerana tiada doktor jadi tinggal kami bertiga. Aku nak buat urusan rasmi menentukan tarikh appointment dan doktor mana yang aku pilih. Staf dua orang ni terutama yang membahasakan dirinya kakak punyalah peramah, sa...ngat peramah. Aku ni dipanggil adik aje macamlah aku ni muda sangat. Mulutnya becok betul bila bercakap, belum habis bercakap satu perkara dia dah bercerita benda lain pula. Baru aku bertanya yang ini, dia jawab sekerat jalan dia bertanya benda lain kat staf muda tadi. Tak habis budak tu nak menerangkan jawapannya dia dah berpaling kat aku dan tanya balik apa persoalan yang aku tanya tadi. Pendek kata gamat jugalah dalam klinik tu dengan suara mereka berdua.

Akhirnya jadi kecoh, benda penting untuk mengisi borang dan daftar masuk maklumat tak selesai lagi. Aku pun tak kurang peramahnya, orang buat baik kita layan ajelah. Dia tanya aku tinggal kat mana, kerja apa, asal usul orang dan kampung mana dan seperti biasa tak habis aku cerita, dia pulak buka cerita dia sendiri.

Kata dia asalnya dia tinggal di P.Dickson bersama suami dan anak-anak. Kebetulan aku pun pernah tinggal di PD selama lapan tahun. Bertambah hangatlah cerita, dia kata tak pernah nampak aku pun dan aku pun tak pernah nampak dia. Hoi! Makcik PD tu luas, dahlah aku tak pernah kenal dia. Tapi muka dia cam pernah nampak jer, kot la pernah berselisih kat pantai atau pasar malam bt 4, kat pekan PD atau pun masa Pesta PD dulu-dulu.

Aku yang tak kurang peramah ni pun bertanya, apasal lak akak ada kat Bangi ni. Bila kena jolok dia pun bukak story. Inilah kelemahan orang pompuan. Peramah tak bertempat, mudah sangat percaya kat orang. Baru kenal seminit dua dah boleh luah perasaan.

Dengan bersemangatnya dia bercerita tentang masalah rumahtangga dia. Kena tinggal suami, tak nak diceraikan tapi dibiar tergantung tak bertali. Dia dan anak-anak bawa diri dan suami pun bawak diri masing-masing. Aku pun sebenarnya bukan suka sangat nak dengar. Seperti yang aku kata, baru cerita pasal rumahtangga dia, dah sambung cerita tentang kereta dia kat bengkel rosak dan tak pasal-pasal dia kena keluar duit RM400. Tanya pulak kat aku agak-agak dia tak kena tipu ke dengan cina yang betulkan kereta kat bengkel dia hantar pagi tadi.

Ha.. sesuai sangatlah tanya pasal masalah kereta kat aku. Dahlah kereta aku sendiri tu suami yang uruskan segala mak neneknya. Bayaran bulanan, road tax, insurance, tukar dan pam tayar, isi air dan ape benda perkakas dalam dan luar engine banyak yang aku tak tau. Yang aku tau drive kereta dan sesekali isikan petrol bila dah nak kering tangkinya. Kalau rajin cuci dan vacum kereta. Selainnya drive hati-hati, ikut peraturan jalanraya, jangan langgar orang, sesekali langgar lampu merah kira dimaafkan. Begitu baiknya akupun tetap ada orang gesel kereta aku masa aku parking kat pasar malam ituhari. Mentang-mentang aku tak nampak, dia blah cam tu jer, tak pe..aku maafkan.

Akhirnya dah puas dia becok itu ini dia pesan pulak suruh aku carikan seorang pekerja untuk klinik tu. Kalau boleh secepat mungkin, kalau dapat lepas interview dengan doktor dah boleh mula kerja Jumaat ni. Tak kisah kelulusan apa asal ada SPM dan tau serba sikit pasal komputer cukup, janji nak kekal bekerja jangan kekejap nak berhenti. Gaji boleh runding paling kopak starting RM 700 atau 8oo tak termasuk over time.

Ha..banyakpun peluang kerja untuk rakyat Malaysia. Kalau tak memilih, kat Bangi ni pun melambak. Aku dah nak angkat kaki namun ada banyak benda lagi dia nak cerita. Aku takut-takutkan diaorang kot la pihak pengurusan klinik ada pasang CCTV. Maklum la kerja diaorang office hour, sekarang dia orang berborak sakan punyalah santai macam rumah sendiri, kalau tertangkap kang nyanya kena buang kerja. Sikit pun dia orang tak takut, tergelak-gelak lagi buat jokes. Siap boleh jawab masa doktor tak ada nilah kita lepak, masa kerja kita serious tak ada kerja kita enjoy! Kuang! Kuang! Kuang! Aku sengih jer.

Dah la tu, aku pun letih nak layan mereka berdua ni, banyak lagi urusan di rumah menunggu. Itupun dia ajak aku minum kat restoran bawah sambil minum dan sembang-sembang. Ha! Sambung berborak lagi, mintak ampun. Dari tadi pun aku lebih banyak mendengar, angguk-angguk dan jawab mana yang perlu. Aku jaga tuturkata dan tak perlu nak cerita bukan-bukan lebih-lebih lagi hal rumahtangga.

Sepatutnya sebagai pekerja, bertugaslah sebaik mungkin, sejujur yang boleh. Memanglah boss tak ada depan mata dan kita boleh buat apa suka tapi.. harus diingat kita ada lagi The big, big boss di atas sana , yang sentiasa memerhati dan menilai kita. Kerja bukan nak cari duit semata-mata tetapi nak kena ikhlas mengejar pahala dari Maha Esa. Habuan yang kita inginkan bukan semata-mata di dunia saja tapi biarlah sampai ke akhirat kelak, insyaallah.

Buat kaum hawa jagalah perilaku, tuturkata dan akal fikiran. Sebelum bertindak berfikirlah dengan waras berpandukan ilmu dan iman. Kalau-kalau kita tersasar dan terlanjur jangan mudah pula menyalahkan orang lain. Perhatikan di dada-dada akhbar betapa meningkatnya keruntuhan akhlak dan rendahnya martabat kaum wanita. Tidak mengira yang masih muda belia malah sudah bergelar isteri, makcik dan nenek pun masih juga terjerumus ke lembah hina.

Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah swt selalu dan dikurniakan rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Sentiasa dalam rahmah dan mawaddah hendaknya, Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...