Sunday, May 29, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Makan buah berangan sambil berangan-angan...

Hari Ahad lepas Zohor aku, suami dan Sakinah ke jemputan kawin di rumah Hj Roslan Sek 15. Selesai menjamu selera dan bersalaman dengan tuan rumah, kami menuju ke PKNS untuk mencari barang-barang keperluan rumah.

Sampai hujung bulan pepandai jer aneka barang keperluan kat rumah ni menyusutkan diri. Sabun basuh, pencuci lantai, pencuci toilet, shampoo, bawang kecik, besar, putih, merah, kentang, gula, beras, milo dan seribu macam jenis benda dah tinggal ciput dan kehabisan. Makanya encik suami kenalah menjalankan tugasnya memenuhi keperluan seisi rumahtangga yang digelar nafkah zahir.

Sila penuhkan troli di pasaraya dan kayakan tokey Billion tempat aku selalu bershopping keperluan rumahtangga. Senang ke sini sebabdekat rumah dan semuanya ada. Lagipun kami dah hafal semua rak yang perlu dituju. Biasanya barang yang nak dibeli lebihkurang itu juga tiap bulan. Inilah masa nak capai apa saja untuk diselit-selitkan bagi memenuhkan troli, itu encik suami yang pesan. Hari lain tawaran ditutup, ek eleh..

Dah bertolak balik sempat lagi suruh suami singgah jap beli buah berangan kat tepi jalan. Ini buah febret aku sejak kecil. Buah berangan yang digoreng dengan pasir/batu kecil-kecil dalam kuali di atas api kebiasaannya dikuasai peniaga Cina. Kini dah ramai orang kita yang mengambilalih perniagaan ini. Eloklah tu, cuma.. carilah buah yang bermutu dan pastikan yang fresh.

Pernah aku terkena peniaga melayu dan cina, menjual buah berangan yang isinya agak kecut dan kering. Akibatnya rasa isinya sudah tidak lemak manis lagi. Hilang keenakan memakannya. Sedangkan isi buah berangan yang bermutu, tatkala disuapkan ke mulut lalu dikunyah..masyallah sedapnya tidak terkata. Lemak..manis.. memang membuatkan aku di awang-awangan. Sedikitpun aku tak terasa jemu dan penat mengopek kulitnya yang yang tebal dan ada kalanya agak payah dibuka.

Mengunyahlah aku dengan ni'matnya sambil berangan-angan sepuas-puasnya. Cuma satu masalah setelah isi buah berangan ini hadam dalam perut, ia akan menghasilkan angin-angin semulajadi yang keluar agak kerap walaupun perut kita tidah terasa kembung. Eloklah tu kan..kan.. dan jaga diri baik-baik agar tidak dipandang kurang adab apabila berada di hadapan orang ramai. Sebenarnya kalau orang tak ramai lagi bahaya.. ek..!

Tak pasal-pasal dah berpuluh tahun makan buah berangan, tetiba dapat idea baru. Nampak adik syok makan cheese depan mata, kecurlah pulak. Mulut tengah kunyah buah berangan, masukkan pulak sepotong cheese dan kunyah sekali rap. Masyaallah... teramat sedaplah pulak. Bertambah-tambah rasa lemak manis masin buah yang dah sedia sedap tadi. Geleng kepala suami dan anak-anak tengok. Dasar kuat makan dan tak reti berpantang. Pantang jumpa pandai laa..

Memang pantang jumpa buah berangan. Aku boleh mengadap sorang-sorang, sambil tengok tv. Sepeket buah berangan berharga 5 atau 10 henggit aku kunyah sampai letih. Dah diaorang kat rumah ni tak berapa minat sapa suruh. Kang tak habis suami kata aku kaki membazir. Maka layan jerlah..penat aku stop kejap..kang lapang sambung makan lagi..

Makan buah berangan juga mengingatkan zaman bebudak aku. Bila kami makan sebiji buah cempedak di rumah, bijinya mak suruh kumpul. Lepas tu dia cuci, rebus dalam air campur sedikit garam. Bila empuk, panas-panas lagi aku dah berebut nak makan. Bestnya makan ramai-ramai, waktu tu bukan senang nak makan buah berangan. Kena beli dengan apek cina tepi kedai kat bandar dan harganya mahal loh.. Oleh itu jangan membazir buang biji cempedak begitu saja.


Pandai-pandai anak dara aku layan maknya makan, siap tolong kopekkan kulitnya dan gulungkan dengan cheese.. kasi up grade ini buah berangan. Kalau gini gayanya dihidangkan kat hotel mesti melambung-lambung harganya sebiji.

Kepada sesiapa yang juga peminat makan buah berangan, cubalah resepi dan teknik baru ni. Aku yakin ia tidak mengecewakan citarasa anda, cuma pastikan tekak kalian boleh terima chesee keping-keping yang sesuai untuk bebudak nak membesar. Banyak sangat makan kang badan yang dah sedia membesar cam aku ni akan mengembang biak macam bini king kong pulak. Makanlah dengan berpada-pada. Selamat mencuba.

4 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak..:)

owhh!!mmg tak pernah try makan camtuu
buah berangan + cheese yaaa..:)

Tapi kan...dah lama tak jumpa buah tuu..nampaknya sekadar boleh berangan-angan jekk lah nii..huhuu

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Wa'alaikumussalam Tinie..:)

try jgn tak try tinie, cari jgn tak cari sampai jumpa..
kalau nak berangan tunggu masa tengah mengunyah isinya yg lemak manis..

YIN-WONG KHOO LAI said...

Dulu masa budak2...biji nangka pun boleh rebus dan rasanya pun ok. Teringat dulu masa saya dgn arwah abah...lepas makan cempedak yg dibeli, kami tanam. Bila pokok tu berbuah...arwah abah hanya pernah rasa sekali sahaja sebelum dia meninggal. Pokok tu setiap musim biar pun cuma sepokok tapi lebat buahnya...terima kasih abah. Al-Fatehah...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Bahreyn, saya memang minat makan cempedak..ada cempedak madu klu tak silap, isinya tebal dan rasanya manis masyallah.. tak rugi kita berbakti pd tanah, contohnya abah awak..sampai anak cucu cicit dpt merasa..alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...