Jalan jalan pergi MAHA. Bersedia dengan kaki yang kuat. Siap-siap makan tongkat ali, kacip fatimah, vitamin dan segala jamu. Kena bersemangat dan tabah nak pusing keliling meneroka satu kawasan luas menjenguk segala tok nenek pameran yang tersedia.Tok sah berangan nak pakai baju hari raya dan sarung hills sebab nak datang ke MAHA ni kena perasan jadi cowboy jadian dan petani moden yang lasak. Paling banyak dipamerkan binatang ternakan, hasil mahsul pertanian dan yang seangkatan dengannya.
Bila anda dah kepenatan, kelaparan dan kehausan boleh singgah makan-makan kat gerai yang disediakan. Kalau sesiapa yang suka beli itu ini, berangkut segala macam benda macam tak pernah jumpa, diharapkan lupakan jer.. kang masa perjalanan balik dari merayau serta membeli belah tu larat ke pikul harta karun tu sampai jumpa kereta kita kat parking lot.
Dalam sedar tak sedar, sudah berbatu-batu kita berjalan dan setakat satu hari rasanya tak daya kita nak melawat kesemua pameran dan melihat segala macam event. Yang pasti tetiba kita akan terasa letih yang amat seangat. Kata-kata yang terpacul dari bibir anak-anak ialah jom balik.
Dah puas berpanas terik, tak pasal-pasal mendung dan tetiba menderu hujan lebat turun lalu mood kita pun akan mengajak kita cepatlah sampai ke rumah, nampak bantal nak bergolek-golek melepaskan rasa penat yang amat sangat.
Letih tengok lembu kambing, bau badan kita pun dah naik sama bau lembu kambing tadi. Suami pulak padah-padah suka bermanja-manja dengan kambing dan lembu ni sebab terkenang zaman kanak-kanaknya di kampung bergelumang dengan haiwan-haiwan ni. Bermakna lamalah aku dan anak dua orang ni memaksa diri berlama-lama bergurau senda dengan mereka.
Akhirnya dengan lemah longlai berangkat pulang walaupun banyak lagi tempat yang masih belum sempat diteroka. Dahlah parking kat luar, kenderaan jam berjela-jela, nak kena bayar tiga hengget lagi, sorry kata en asben. Mujur tak gila parking jauh berhampiran Hospital Serdang macam sesetengah orang tu.
Kesian aku tengok, sanggup berpanas berhujan, parking punyalah jauh dan berangkut anak bini dengan baby kecik semata-mata nak tengok MAHA. Aku tak ada anak kecik pun rasa nak pitam berjalan. Rasa nak jerit kat diaorang tak yahlah seksakan diri bawak anak-anak kecik, baik pergi berdua jer..kesiankan bebudak tu..elok ajak gi zoo aje, seronok sikit.

Macam manapun, aku bukan reti serik. Hampir tiap-tiap tahun mesti pergi. Nanti lapang selagi MAHA belum sampai ke penghujung, aku nak pergi berdua dengan cik abang. Tapi kali ni aku pujuk dia ajak naik motor untuk nak elak jam...dan dia ketawakan aku terbahak-bahak. Ek eleh, gemuk sangat ke aku sampai dia tak sudi bawak naik motor. Bila aku tanya dia ala ala nak merajuk dia lagi ketawa mengekekeh ngekeh...dia kata tak sampai hati nak bonceng aku naik motor honda kapcai, lkalau naik Harley Davidson..bersemangat la..ek eleeeh..laki aku..









