Tuesday, August 25, 2009 1 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

RAMADHAN PESTA IBADAH - merenung ke dalam diri....

Alhamdulillah. Kalaulah dapat kekal begini. Berada terus dalam bulan yang mulia ini. Dapat beristiqomah menjalani ibadah. Berbanding bulan-bulan selain Ramadhan, banyak benar culas dan malasnya. Ada-ada sahaja alasan dan rungutan tidak punya masa. Payah sungguh hendak berlama-lama membaca al-Quran. Cepat sahaja mata jadi kuyu bila hendak berzikir panjang-panjang. Lebih-lebih lagi nak bangun sepertiga malam bertahajjud menyerah diri kepadaNya.


Alasan..... letih, sibuk, tak sempat, terlupa, syaitan kacau dan bla..bla..bla.. Aduh... pandai dan
kreatif betul kita cipta seribu satu alasan. Dalam tak sedar kita dah tipu diri sendiri dan ditipu oleh syaitan laknatullah. Termasuk hari ini sudah lima hari kita diberi peluang oleh Allah swt berada dalam bulan yang paling mulia. Bulan yang penuh ganjaran.


Mari kita jadikan Ramadhan kali ini satu turning point untuk kita menjadi insan baru yang lebih baik. Cuba kita renung dan muhasabah diri, apa yang telah kita isi dalam diri pada bulan-bulan lain selain Ramadhan. Kalau terasa kita banyak main-main, cuai-cuai, malas-malas, degil-degil ayuh kita bangun dengan azam berubah untuk lebih rajin dan gigih. Rebutlah peluang selagi ada usia yang masih bersisa.


Ramadhan masih panjang, jom kita kejar ganjaran pahala yang telah Allah janjikan untuk kita. Terasa malu merenung diri sendiri. Terlebih-lebih malu lagi rasanya dengan Allah Maha Besar lagi Maha Melihat. Cuba-cuba menghayati Ramadhan ini dengan berusaha berbuat sebaik mungkin. Cuba-cuba berusaha mempertingkatkan amal ibadah sedaya yang boleh.


Aku tidak pura-purakah?


Kalau-kalau cuma di bulan ini sahaja aku beriya-iya. Nanti bila Ramadhan berakhir aku kembali beraksi seperti sediakala - malas-malas, liat-liat, cuai-cuai, sibuk-sibuk dan degil-degil.


Masyaallah, Subhanallah!


Jauhkanlah aku dari sifat lalai dan lupa ini. Kekalkanlah aku dengan azam dan iltizam untuk berubah dan mengekalkan sepenuh jiwa sifat-sifat mulia yang sedang aku tanam di bulan yang Allah swt janjikan seribu ganjaran ini.


Ayuh! Mari kita berubah! Mari kita berpesta ibadah!
Wednesday, August 19, 2009 0 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Cik Abang Tak Sihat?...Kesiannya.....

Tiba-tiba tengahari tadi bunyi pintu pagar dibuka dan bunyi kereta masuk dalam garaj. Aik, Cik Abang balik ke? Pelik sekajap, sebab selalunya dia tak balik kalau tak ada hal-hal tertentu. Jengah dari sliding door memang sah dia . Ape ke hal agaknya.... tertinggal barang ke. Bila dah bersoaljawab apa gerangannya rupa-rupanya dia tak sedap badan, asyik buang-buang air dan dia diserang demam. Aku letak telapak tangan di dahi dan leher dia panas, sah demam.

DEMAM. Musim-musim H1N1 tengah merebak menjadi wabak ni jangan main-main. Mesti kena pergi klinik jumpa doktor ni. Setakat ni dia tak batuk dan selsema. Bila big boss dah tumbang kami agak suspen sikit. Sebabnya, dalam usia menjangkau 50 tahun dia jarang jatuh sakit ( syukur ke hadrat ALLAH SWT). Demam pun payah, setakat ni dia belum lagi dihinggapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya ( mintak dijauhkan ).

Namun sebagai kebiasaan orang lelaki agaknya dia alergi sikit bab-bab jumpa doktor, pergi klinik, pergi hospital, masuk wad. Paling alergi kalau doktor kata kena cucuk ambil darah atau suntik masuk ubat. Kalau tak terpaksa oleh ujian kecergasan dan kesihatan di tempat kerjanya jangan harap la nak serah diri. Sampai sekarang kalau kita tanya darah dia jenis ape dia jawab, ntah tak tau, A kot, O kot, OK kot. Masa anak-anak demam tempohari dia cukup alert. Sebolehnya dia suruh tulis nama kat mug dan pinggan yang di pakai si pesakit. Takut tercampur dan bimbang menjangkiti orang lain yang sihat. Aduh... leceh tu kata anak-anak.

Hari ni bila tengok cik abang terbaring longlai jer sampai tertidur sambil berselimut terasa kesian pulak.. Si dia memang susah ambil cuti walau MC sekalipun. Sampai hujung tahun cuti dia masih berbaki banyak lagi. Kita pelawa jom gi klinik saya temankan, dia jawab nanti la tadi dah telan Panadol kejap lagi ok la. Ha! Kan dah kata bukan senang dia nak gi jumpa doktor. Aku biarkan dia berehat selepas dia minum air mineral dengan banyak tidur lagi hingga azan Asar berkumandang. Kebetulan dia dah terbangun dari lena dan alhamdulillah demamnya berkurang lalu minta si anak yang baru pulang dari sekolah agama belikan goreng pisang. Kami minum petang bersama-sama sambil menghirup secawan teh o.

Lega rasanya melihat dia kembali ceria. Alhamdulillah dapat kami solat Asar berjemaah bersama. Suamiku isterimu dan anak-anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Teruslah menjadi pemimpin dan pembimbing kami ke jalan yang di redhai ALLAH SWT. Sampai nanti kita semua berkumpul di syurga ALLAH yang paling indah.....
Friday, August 14, 2009 1 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

ANAK KITA PUN SUSPEK H1N1?

H1N1. Malaysia catat kematian tertinggi di Asean dan no 9 di dunia. Anak sulung di UITM Segamat di arah doktor di klinik kampusnya supaya pulang ke rumah. Cuti dengan MC 8 hari diberi. Kalau tak nak balik kena kuarantin di kampus. Dengan suara lemah dan rasa badan tak keruan dia bercadang nak balik hari ini menaiki keretapi. Aku pesan pastikan pakai mask dan jangan lalai asyik tertidur pulak. Keselamatan kena jaga maklum balik seorang diri. Banyak betul yang kena dirisaukan oleh mak ayah bila melepaskan anak sedirian. Doa dah tentu tak lekang di mulut dan hati agar anak dilindungi ALLAH SWT setiap masa. Anak seorang lagi baru baik demam tapi batuk dan selsemanya payah benar nak sembuh. Kesian anak-anak banyak tugas-tugas mereka terganggu. Pelajaran, kuliah, aktiviti malah ujian dan peperiksaan turut tertunda. SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA WABAK YANG SEMAKIN MENULAR NI CEPAT-CEPAT PERGI.
Saturday, August 8, 2009 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

berita sedih dari JOHOR.....

Balik mesyuarat persatuan penduduk PKDI malam tadi lebih kurang jam 11.00 malam, terima berita sedih anak buah suami kemalangan di Simpang Ranggam. Anak muda berusia 19 tahun yang sedang menjalani praktikalnya belajar di ILP PASIR GUDANG. Kemalangan berlaku dalam pukul 8.00 malam tadi. Disebabkan tak lepas memotong sebuah kereta motornya bergesel dan dia terjatuh di atas jalan raya. Dalam keadaan tidak berdaya dan mungkin pengsan sampai pula sebuah kereta WAJA yang sempat membrek dengas cemas.

Malangnya dalam saat yang paling kritikal itu tiba pula sebuah lori yang dipandu laju lalu melanggar kereta WAJA tadi. Dalam sekelip mata kereta tersebut terdorong ke depan dan mangsanya adalah pelajar yang masih terbaring tadi. Kemalangan ngeri ini mengakibatkan perginya seorang anak muda yang aku kenali sebagai seorang anak yang baik,pemalu dan menghormati orang tua. Selaku anak bongsu dalam keluarga seramai lima beradik tentu sekali pemergiannya begitu dirasai oleh keluarganya. Terutama ibunya yang baru kehilangan bapanya. Sekian lama kematian suami kini kehilangan anak bongsu yang dikasihi. INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN.

Kemalangan berlaku setiap hari di jalanraya. Tak perlu tunggu lumba haram kerana apabila sudah sampai ajal kita pasti dijemput olehNya. Sama ada kita sangat berhati-hati atau orang lain pula yang cuai kemalangan akan terjadi juga bila tuan punya dunia menghendakinya. Sayu hati kami melihat ketabahan si ibu. RAMADHAN bakal tiba tidak lama lagi, SYAWAL pula akan menjelma. Perasaan sayu dan hiba pasti bercampur baur dengan rasa gembira menyambut kemenangan menempuh sebulan berlapar dahaga di bulan RAMADHAN. Nanti akan menyambut kemeriahan SYAWAL sambil mengenang orang yang kita sayang sudah tiada di sisi bersama kita. Hanya doa dikirimkan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

Buat K.Long sekeluarga tabahkan hati kalian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...