Tiba-tiba tengahari tadi bunyi pintu pagar dibuka dan bunyi kereta masuk dalam garaj. Aik, Cik Abang balik ke? Pelik sekajap, sebab selalunya dia tak balik kalau tak ada hal-hal tertentu. Jengah dari sliding door memang sah dia . Ape ke hal agaknya.... tertinggal barang ke. Bila dah bersoaljawab apa gerangannya rupa-rupanya dia tak sedap badan, asyik buang-buang air dan dia diserang demam. Aku letak telapak tangan di dahi dan leher dia panas, sah demam.
DEMAM. Musim-musim H1N1 tengah merebak menjadi wabak ni jangan main-main. Mesti kena pergi klinik jumpa doktor ni. Setakat ni dia tak batuk dan selsema. Bila big boss dah tumbang kami agak suspen sikit. Sebabnya, dalam usia menjangkau 50 tahun dia jarang jatuh sakit ( syukur ke hadrat ALLAH SWT). Demam pun payah, setakat ni dia belum lagi dihinggapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya ( mintak dijauhkan ).
Namun sebagai kebiasaan orang lelaki agaknya dia alergi sikit bab-bab jumpa doktor, pergi klinik, pergi hospital, masuk wad. Paling alergi kalau doktor kata kena cucuk ambil darah atau suntik masuk ubat. Kalau tak terpaksa oleh ujian kecergasan dan kesihatan di tempat kerjanya jangan harap la nak serah diri. Sampai sekarang kalau kita tanya darah dia jenis ape dia jawab, ntah tak tau, A kot, O kot, OK kot. Masa anak-anak demam tempohari dia cukup alert. Sebolehnya dia suruh tulis nama kat mug dan pinggan yang di pakai si pesakit. Takut tercampur dan bimbang menjangkiti orang lain yang sihat. Aduh... leceh tu kata anak-anak.
Hari ni bila tengok cik abang terbaring longlai jer sampai tertidur sambil berselimut terasa kesian pulak.. Si dia memang susah ambil cuti walau MC sekalipun. Sampai hujung tahun cuti dia masih berbaki banyak lagi. Kita pelawa jom gi klinik saya temankan, dia jawab nanti la tadi dah telan Panadol kejap lagi ok la. Ha! Kan dah kata bukan senang dia nak gi jumpa doktor. Aku biarkan dia berehat selepas dia minum air mineral dengan banyak tidur lagi hingga azan Asar berkumandang. Kebetulan dia dah terbangun dari lena dan alhamdulillah demamnya berkurang lalu minta si anak yang baru pulang dari sekolah agama belikan goreng pisang. Kami minum petang bersama-sama sambil menghirup secawan teh o.
Lega rasanya melihat dia kembali ceria. Alhamdulillah dapat kami solat Asar berjemaah bersama. Suamiku isterimu dan anak-anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu. Teruslah menjadi pemimpin dan pembimbing kami ke jalan yang di redhai ALLAH SWT. Sampai nanti kita semua berkumpul di syurga ALLAH yang paling indah.....
0 comments:
Post a Comment