Alhamdulillah. Kalaulah dapat kekal begini. Berada terus dalam bulan yang mulia ini. Dapat beristiqomah menjalani ibadah. Berbanding bulan-bulan selain Ramadhan, banyak benar culas dan malasnya. Ada-ada sahaja alasan dan rungutan tidak punya masa. Payah sungguh hendak berlama-lama membaca al-Quran. Cepat sahaja mata jadi kuyu bila hendak berzikir panjang-panjang. Lebih-lebih lagi nak bangun sepertiga malam bertahajjud menyerah diri kepadaNya.
Alasan..... letih, sibuk, tak sempat, terlupa, syaitan kacau dan bla..bla..bla.. Aduh... pandai dan
kreatif betul kita cipta seribu satu alasan. Dalam tak sedar kita dah tipu diri sendiri dan ditipu oleh syaitan laknatullah. Termasuk hari ini sudah lima hari kita diberi peluang oleh Allah swt berada dalam bulan yang paling mulia. Bulan yang penuh ganjaran.
Mari kita jadikan Ramadhan kali ini satu turning point untuk kita menjadi insan baru yang lebih baik. Cuba kita renung dan muhasabah diri, apa yang telah kita isi dalam diri pada bulan-bulan lain selain Ramadhan. Kalau terasa kita banyak main-main, cuai-cuai, malas-malas, degil-degil ayuh kita bangun dengan azam berubah untuk lebih rajin dan gigih. Rebutlah peluang selagi ada usia yang masih bersisa.
Ramadhan masih panjang, jom kita kejar ganjaran pahala yang telah Allah janjikan untuk kita. Terasa malu merenung diri sendiri. Terlebih-lebih malu lagi rasanya dengan Allah Maha Besar lagi Maha Melihat. Cuba-cuba menghayati Ramadhan ini dengan berusaha berbuat sebaik mungkin. Cuba-cuba berusaha mempertingkatkan amal ibadah sedaya yang boleh.
Aku tidak pura-purakah?
Kalau-kalau cuma di bulan ini sahaja aku beriya-iya. Nanti bila Ramadhan berakhir aku kembali beraksi seperti sediakala - malas-malas, liat-liat, cuai-cuai, sibuk-sibuk dan degil-degil.
Masyaallah, Subhanallah!
Jauhkanlah aku dari sifat lalai dan lupa ini. Kekalkanlah aku dengan azam dan iltizam untuk berubah dan mengekalkan sepenuh jiwa sifat-sifat mulia yang sedang aku tanam di bulan yang Allah swt janjikan seribu ganjaran ini.
Ayuh! Mari kita berubah! Mari kita berpesta ibadah!
1 comments:
NI mesti kak YATI tengah pulun ni..
lama tak hapdate..
smile..
Post a Comment