Balik mesyuarat persatuan penduduk PKDI malam tadi lebih kurang jam 11.00 malam, terima berita sedih anak buah suami kemalangan di Simpang Ranggam. Anak muda berusia 19 tahun yang sedang menjalani praktikalnya belajar di ILP PASIR GUDANG. Kemalangan berlaku dalam pukul 8.00 malam tadi. Disebabkan tak lepas memotong sebuah kereta motornya bergesel dan dia terjatuh di atas jalan raya. Dalam keadaan tidak berdaya dan mungkin pengsan sampai pula sebuah kereta WAJA yang sempat membrek dengas cemas.
Malangnya dalam saat yang paling kritikal itu tiba pula sebuah lori yang dipandu laju lalu melanggar kereta WAJA tadi. Dalam sekelip mata kereta tersebut terdorong ke depan dan mangsanya adalah pelajar yang masih terbaring tadi. Kemalangan ngeri ini mengakibatkan perginya seorang anak muda yang aku kenali sebagai seorang anak yang baik,pemalu dan menghormati orang tua. Selaku anak bongsu dalam keluarga seramai lima beradik tentu sekali pemergiannya begitu dirasai oleh keluarganya. Terutama ibunya yang baru kehilangan bapanya. Sekian lama kematian suami kini kehilangan anak bongsu yang dikasihi. INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN.
Kemalangan berlaku setiap hari di jalanraya. Tak perlu tunggu lumba haram kerana apabila sudah sampai ajal kita pasti dijemput olehNya. Sama ada kita sangat berhati-hati atau orang lain pula yang cuai kemalangan akan terjadi juga bila tuan punya dunia menghendakinya. Sayu hati kami melihat ketabahan si ibu. RAMADHAN bakal tiba tidak lama lagi, SYAWAL pula akan menjelma. Perasaan sayu dan hiba pasti bercampur baur dengan rasa gembira menyambut kemenangan menempuh sebulan berlapar dahaga di bulan RAMADHAN. Nanti akan menyambut kemeriahan SYAWAL sambil mengenang orang yang kita sayang sudah tiada di sisi bersama kita. Hanya doa dikirimkan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.
Buat K.Long sekeluarga tabahkan hati kalian...