Sunday, December 12, 2010 6 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Datangmu tak diundang...dan tak salah menumpang sayang..


tengok perut MAY memboyot menunggu hari nak bersalin...sapalah nak jadi bidan dia ni....

Ini penghuni baru rumah aku. Datang tak pernah diundang. Setahu aku dia kucing peliharaan pelajar-pelajar IPT/Kolej yang menyewa selang beberapa pintu dari rumah aku. Sejak bebudak bujang tu balik ke kampung masing-masing kerana bercuti panjang semester, kucing betina ni dibiarkan sendirian. Melilau dan merayau ke sana ke mari kelaparan mencari makan.

Seperti kebiasaan, rumah aku memang jadi rumah persinggahan kegemaran kebanyakan kucing samada yang bertuan atau tidak. Pertamanya mereka akan singgah minum di tempayan berisi air penuh di depan laman. Puas menghilangkan dahaga, menghala ke dalam rumah pula kerana tercium bau makanan.

Melihat mereka mengiau-ngiau kelaparan mulalah timbul rasa simpati dan belas kasihan. Kadang-kadang aku cuba keraskan hati tak mahu melayan dan memberi amaran pada anak-anak supaya jangan melayan kucing-kucing mendatang ini. Tiba-tiba jauh di sudut hati terselit rasa simpati dan takut-takut aku berdosa menginaya binatang.


Akhirnya, bila kita mula beri makan...jawabnya rumah kitalah tempat paling indah untuk mereka lawati. Mula-mula datang tumpang makan..lama-lama rumah kita jadi tempat penginapan.

Tak sampai hati punya pasal dan kerana anak-anak dah jatuh sayang dengan si MAY ni, maka dilayan dibelai kucing betina yang sedang bunting ni. Aku naik ngeri tengok perut dia yang memboyot dan macam tak sanggup nak jadikan rumah aku ni wad bersalin dia. Si MAY pun dah mula meninjau dan menguis-nguis bawah katil aku dan anak-anak. Apalagi, nak cari port tersembunyi paling selamat untuk melahirkan zuriat dia la tu...Oh tidaaak...!


Bahagia betul si MAY dapat menumpang makan minum sekenyang-kenyangnya atas layanan ihsan ikhlas dari anak-anak aku. Diberi makan ikan rebus, makanan kucing basah dan kering, sesekali dapat makan ayam, keropok dan apa saja yang boleh ditelan oleh kucing-kucing ni.
.
.
Si Tatam yang hitam rentung tu pun asalnya kucing terbuang yang datang menumpang dan akhirnya jadi penghuni tetap rumah aku. Kebiasaan kucing jantan, bila sampai musim mengawan...habis sekitar rumah aku dipancut minyak wangi dia yang hancing pesing tu.
.
.
Entah-ntah si May ni membusung atas angkara si Tatam kot. Alamatlah anak-anak si May yang keluar nanti gelap gelita macam si Tatam ni....musnahlah harapan kakak Kina yang mendoakan semoga May melahirkan zuriat yang comel, cute miut, ekor kembang macam May dan warna bulunya cantik-cantik belaka. Kita 'wait and see' ye kakak...kwang..kwang..kwang...

MAY dah serba tak kena...sekejap meniarap, sekejap terlentang...macam kita gak orang pompuan bila perut dah memboyot cukup bulan menunggu hari...seksa nak duduk bangun.
Kesian pulak aku tengok...


TOM kucing kesayangan yang dibela sejak lahir. Dicurahkan sepenuh kasih sayang namun akhirnya Tom hilang entah ke mana..kehilangan Tom memang menyedihkan kami sekeluarga lebih-lebih lagi ayah angkat Tom..en asben aku le..melilau satu Bangi mencari Tom siang malam. Termenung sana termenung sini mengalahkan bini dia yang hilang...hu..hu..

nun jauh depan Tatam tu ialah musuh ketat dia, kalau dekat tu bergasak jer kerjanya...

.
Si Tatam yang hitam legam tak ada sehelai pun bulu putih ni, panjang pulak umurnya dan kekal sampai ketua hidup dalam family aku. Tatam kalau nanti May lahirkan anak-anak dia kaler hitam macam kau...sah engkau le jantan durjana itu. Peliknya kalau Tatam asben May apasal Tatam bolayan jer kat May, duduk dekat pun tak hingin...sombong semacam jer. Apakah ini yang dinamakan habis manis, sepah dibuang...kejam ek.


Si jantan kuning ni pun kucing liar yang datang menumpang rumah aku. Mula-mula tumpang, lama-lama jadi penghuni tetap. Kali pertama dia menjenguk rumah aku, ingatkan mesti dia ni garang dan buas sebab kuat bergaduh dengan kucing-kucing jantan lain. Kerana garangnya dia kami gelar dia taiko Bangi. Rupa-rupanya bila dah kenal, si Bambang Hudoyono ni romantik dan manja..tak pernah kami dicakarnya.
.
.
Adik bagi nama dia Bambang sebab dia cukup besar,macho dan handsem macam Presiden Indonesia...perasan ape.. Peliknya sejak beberapa bulan berlalu, kami sudah tidak bertemu Bambang lagi, hilang entah ke mana.
.
.
Nasib dia sama macam Tom, tiba-tiba tidak lagi pulang ke rumah. Entak ke mana hilangnya mereka, kalau mati ada bangkainya. Mungkinkah si Tom kucing kesayangan paling comel dicuri orang dan si Bambang pulak dibuang orang kerana tak tahan dengan tingkahnya yang dianggap jahat kerana suka bergaduh.
.
.
Biar apapun yang berlaku, yang pasti kucing-kucing ini adalah haiwan ciptaan Allah..makhluk yang berkongsi hidup dengan kita di atas dunia ini. Baik dia kita perlakukan maka pahala yang kita dapat, sebaliknya jika kita berlaku kejam ke atas mereka...silap haribulan kita mendapat bala. Belajarlah berkasih sayang sesama manusia dan binantang, insyallah berkemungkinan haiwan-haiwan ini mendoakan yang baik-baik untuk kita sekeluarga..dengan doanya juga berkemungkinan kita dimasukkan ke syurga...ameen..



Wednesday, December 8, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Detik terakhir alam persekolahan...

Tinggal adik jer yang masih bersekolah, bermakna mak dia masih ada tugas menghantar dan menjemput anak di sekolah.
Semalam hari terakhir angah mengenakan baju sekolah, selamat tinggal alam persekolahan...


Semalam Selasa 8.12.2010 jam 4.00 ptg.

Menjemput Angah pulang dari sekolah setelah selesai menduduki kertas Biology - kertas dan subjek terakhirnya dalam peperiksaan SPM 2010.

Entah kenapa hati dijentik rasa sayu...melihat angah dengan baju sekolah coklat cair, seluar panjang coklat pekat, bersongkok dan berkasut hitam berserta bag sekolah tersandang dibahu. Nanti pasti aku akan merindui saat menghantar dan menjemput dia pergi dan pulang dari sekolah. Perasaan yang sama dirasa sewaktu kakaknya meninggalkan alam persekolahan dan kini meneruskan study di universiti.

Rutin seorang ibu, kerja ikhlas yang digalas bertahun-tahun..tanpa rasa jemu. Buat kaum ibu yang diamanahkan suami bertugas menghantar dan menjemput anak pergi dan pulang dari sekolah..diharap janganlah mudah mengeluh. Lakukan dengan sepenuh tanggungjawab tanpa mengungkit-ungkit akan susahpayah kita itu. Anak-anak kita tanggungjawab kita.

Betapa lega hati apabila anak yang kita jemput dari sekolah, selamat kembali ke pangkuan kita. Tak perlu risau pening kepala memikirkan keselamatan mereka. Tenang hati apabila dari jauh sudah nampak kelibat mereka. Lapang dada bila dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana bersyukur kita ibunya sanggup bersusah payah menjemput dia. Walau dalam hujan dan terik matahari.

Inilah kenangan paling abadi yang pasti akan dikenang oleh anak-anak dan kita sendiri. Nanti tugas harian ini akan berhenti tatkala dia sudahpun meninggalkan alam persekolahan. Sekali lagi kita akan nikmati suasana yang sedikit berlainan apabila anak-anak berpeluang menyambung pelajaran ke IPT dan sebagainya. Masih menghantar dan menjemput mereka mencari ilmu tapi pada suasana dan waktu yang berbeza. Lalu saat-saat manis berulang lagi menjadi memori paling indah dalam diari hidup kita sebagai ayah dan ibu.

Kepada teman-teman yang anak-anak mereka dijemput pergi dan pulang sekolah oleh orang lain menggunakan van, bas atau apa saja..anda juga seorang ibu dan ayah yang perihatin. Mengamanahkan seseorang dan harus membayar dengan ongkos yang bukan sedikit, merupakan suatu pengorbanan yang bukan calang-calang. Nanti anak-anak anda juga akan terkenang-kenang dan berterima kasih atas pengorbanan anda.
Saturday, December 4, 2010 12 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

MAHA 2010 - jumpa lagi tahun depan...

Setahun sekali pergi MAHA, apa salahnya berduyun-duyun menempuh traffic jam (menguji kesabaran dan keimanan..hu..hu..). Selalunya hari Sabtu pergi MAEPS Serdang, tempat yang sama, ke pasar tani membeli ulam-ulaman dan barang basah untuk dimasak. Bersantai-santai beli sarapan dan makan sekeluarga di tepi tasik sekitar MARDI..seronoknya tak pernah sekali pun jalannya jam. Kalau dah jutaan manusia bertumpu nak ke MAHA mestilah kena sabar mengikut giliran ke parking lot.

Kalau malas pergi pasar beli sayur, cuba usahakan menanam sayur dengan cara praktikal macam ni. Jimat tempat, jimat air sebab di bawah pokok sayur tu ada kolam kecil untuk bela ikan..sekaligus hidangan makan tengahari dan malam kita lengkap. Bilalah aku nak buat projek ni ek..

Nombor wahid pergi MAHA kali kedua ni ialah nak ke Dewan D tempat terhidangnya beraneka jenis makanan pelbagai negeri. Bukan mengidam, cuma nak merasa...sedap tidaknya.


Kata nak pergi makan tak pasal-pasal terbeli sekaki payung, tergoda dengan warna pelanginya dan tak mahal cuma 15 hinggit jer..kebetulan dapat berlindung dari hujan..



Alahai nak cerita bab makan, muncul pulak tembikai empat segi ni..pernah tengok di TV macamana tembikai ni dibetuk. Bermula ia berbuah mereka bubuh acuan empat segi supaya bila buah membesar ia terpaksa ikut acuan dan tak boleh bulat atau membujur macan tembikai biasa. Kesian gak ek... tapi tembikai ni boleh berbangga sebab harga dia mahal dari biasa.


Aku memang jelous betul kalau tengoh buah ke, sayur ke boleh ditanam dalam ruang yang terhad...selalu tertanya-tanya, pegawai yang tayang benda-benda ni semua, diaorang praktikkan ke kat rumah sendiri...( tak baik sibukkan hal orang la makcik..kalau teringin belajor, tanya dan buat sendiri..jangan pandai cemburu jer..) Siapalah yang membebel tu ah..!


Geraaaam..segar-segar, rasa macam nak bawak balik semua...beli tak nak..bagi free nak ler...



Di sini rupanya makanan yang teringin aku rasa. Ini mee calong Beserah dari Kuantan, Pahang. Ala...rasanya macam bakso atau mee sup gitu..sedap-sedap biasa jerlah, harga RM4.00.
Merasa juga puding diraja dari Pekan, semangkuk RM5.00, tak boleh lawan kesedapannya semasa dihidang di majlis perkahwinan anak sedara aku di Kuantan dulu.
Tak puas hati betul bila makam roti kacang pool. Kita orang Johor, janganlah nak kelentong. Dengan harga mahal RM6.00 satu set, isinya cuma kuah kacang pool dan rotinya saja..mana pergi telor mata sebijik tu..janganlah kerana nak berjimat lalu kauorang kata memang set dia macam tu. Hoi...nasib anak aku dah terbeli, kalau aku tau sorry...baik aku buat sendiri.


Lompat lagi gambar2 ni..malas nak edit..lantak le... Ini foto aku dengan Hang Tuah dari Melaka kononnya. Sesaja dia buat-buat berdiri kejong macam patung nak tarik perhatian orang ramai agar datang ke booth Kopi Hang Tuah. Biasa gak minum kopi Hang Tuah ni rasanya boleh tahan. Hang Tuah dulu-dulu lagi dah pakai jam tangan Petaling Street tau tak..sapa kata dia kuno dan kolot..wakakaka..


Yang ni en asben jangan jelous...tak berniat nak menggatal atau memiangkan diri dengan pengacara terkenal Mat Cermin Aziz Desa. Ajak en asben bergambar sama malu-malu konon..


Ok le...sebenarnya ada banyak lagi foto nak ditayang tapi malas sebab lembab bebenor gambornya nak keluar..orang ada banyak kerja lain nak buat. Cukup-cukup le cerita bab MAHA ni...panjang umur tahun depan pergi lagi.












Friday, December 3, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Ke MAHA 2010 lagi....?




Esok Sabtu 4 Dec 2010 - en asben janji nak meronda MAHA Serdang sekali lagi untuk kali kedua. Nak kata suka sangat...biasa-biasa jer, nak kata tak nak ikut...hati cam teringin jer. Kalau nak ikut en asben pesan, mesti bertolak pagi-pagi. Lewat dari pukul 9.00 pagi, bye..bye selamat tinggal romeo..!


Alahai... pakcik ku sayang, jauh sangat ke Serdang dari Bangi ni..sampai kelangkabut takut MAHA tu hilang dari muka bumi. Relaks la bro...
En suami bilang...tak kuasa menunggu orang pompuan bersiap, leceh..pegang sana pegang sini, touch up sana touch up sini...lembab punya hal, tak pasal-pasal kena parking jauh beribu-ribu kilometriko...kang orang pompuan juga yang mula komplain penat la, jauh la, tak tau cari parking la...bosan. Esok mesti cepat. Kalau dulu masuk lalu pintu dua, esok dah plan nak masuk lalu pintu satu.


Aku dah pesan sejak balik dari operasi pertama meninjau MAHA hujung minggu lalu. Kali kedua nanti jom kita pergi naik motor. Mudah, simple dan romantik gitu. Terbayang-bayang saat dia ketawakan aku kononnya tak sesuai naik kapcai @ scooter Honda kecik yang ado. Naik Harley Davidson baru sesuai dan bersemangat dia nak bonceng aku kat belakang. Baru ada class gitu. Ek eleeeh...nyampah..!


Sekarang aku tujuk gambar suruh dia pilih, mana satu motorsikal terbaik yang paling sesuai untuk bonceng aku di belakang dia masa pergi MAHA esok pagi. Paling pasti..sudahnya naik kereta jugak sebab tak pasal-pasal aku terdengar teriakan yang nyaring dari kanak-kanak comel kat belakang aku...
Mak ayah nak pergi MAHA eh esok...nak ikuuuuuuuuut...! Hoi..! Tak serik-serik ke korang haaa...! Potong stim betul. Bagi la mak ayah berdua-duaan berdating...kacau daun..!
Thursday, December 2, 2010 4 comments By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Cuti-cuti Malaysia sempena cuti sekolah. Orang pergi cuti jauh-jauh baru best. Bagi aku sekeluarga cuti-cuti tepi rumah pun dah seronok. Bukan tak biasa bawak anak-anak cuti keliling Malaysia. Sejak dia orang dapat tengok dunia kami dah ajak berjalan cuti-cuti Malaysia ni.
Disebabkan Angah sedang berjihad berperang dengan SPMnya, maka kami bagi sokongan penuh untuk tidak berseronok jauh-jauh meninggalkan dia keseorangan. Ke mana kami ajak pun dia menolak waima nak pergi makan-makan sekalipun, apalagilah nak seksakan diri ke MAHA Serdang.


Pagi minggu haritu, kami teringin nak ke Taman Botani, Putrajaya menghirupkan nyamannya udara dan hijaunya taman dalam bandar. Oleh kerana Bangi dan Putrajaya jiran sebelah rumah maka kami bagaikan bersantai-santai sebab perjalanannya pun dekat sangat.


Lama dulu pernah beberapa kali ke sini dan bila menjejakkan kaki kali ini terasa bagaikan tempat baru. Pokok-pokok yang menghijau dah besar-besar, bunga-bungaan berwarna warni menceriakan Taman Botani nan indah. Suatu hari nanti kami berniat nak berjogging dan berkelah sambil bersarapan nasi lemak, cokodok dan menghirup kopi dan milo panas yang dibekal dari rumah. Wah..! Macam romantik jer bunyinya.


Cuma satu yang menjengkelkan, bila melangkah masuk ke Taman Botani.
Pandangan yang indah pasti terganggu melihat kelibat pekerja-pekerja am yang bertugas mencantikkan serta membersikan taman ini. Begitu ramainya pekerja asing Bangladesh dan Indon sedang bekerja sambil bersembang dalam bahasa masing-masing. Sambil mereka bekerja juga bersembang, mata mereka melingas memerhatikan kita apalagi anak dara kita. Alamak, aku sedang melancung dalam negara sendiri atau ke negara mereka.


Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang kami belum sempat jengah. Nanti bila Angah dah selesai menjalani SPMnya pada 8 December, ada juga cadangan nak ronda-ronda tempat menarik di KL dan Selangor. Paling best nak bercuti ke tempat paling cantik di Johor. Manalagi, ba...lik kampung..ho..ho..ba..lik kampung..hati girang.


Haritu sebelum hari raya korban cuma dapat menjenguk mertua sekejap sangat. Aku dah tak ada orang tua jadi nak menziarah mereka ke kuburan yang permai. Suami beruntung masih dapat menatap wajah kasih seorang ibu dan kami juga akan ke pusara bapa mertua. Biar hati anak-anak sentiasa terkenang betapa di kampung halaman mak dan ayah mereka ada insan-insan tersayang yang masih perlu mereka jengah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...