Thursday, December 2, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Cuti-cuti Malaysia sempena cuti sekolah. Orang pergi cuti jauh-jauh baru best. Bagi aku sekeluarga cuti-cuti tepi rumah pun dah seronok. Bukan tak biasa bawak anak-anak cuti keliling Malaysia. Sejak dia orang dapat tengok dunia kami dah ajak berjalan cuti-cuti Malaysia ni.
Disebabkan Angah sedang berjihad berperang dengan SPMnya, maka kami bagi sokongan penuh untuk tidak berseronok jauh-jauh meninggalkan dia keseorangan. Ke mana kami ajak pun dia menolak waima nak pergi makan-makan sekalipun, apalagilah nak seksakan diri ke MAHA Serdang.


Pagi minggu haritu, kami teringin nak ke Taman Botani, Putrajaya menghirupkan nyamannya udara dan hijaunya taman dalam bandar. Oleh kerana Bangi dan Putrajaya jiran sebelah rumah maka kami bagaikan bersantai-santai sebab perjalanannya pun dekat sangat.


Lama dulu pernah beberapa kali ke sini dan bila menjejakkan kaki kali ini terasa bagaikan tempat baru. Pokok-pokok yang menghijau dah besar-besar, bunga-bungaan berwarna warni menceriakan Taman Botani nan indah. Suatu hari nanti kami berniat nak berjogging dan berkelah sambil bersarapan nasi lemak, cokodok dan menghirup kopi dan milo panas yang dibekal dari rumah. Wah..! Macam romantik jer bunyinya.


Cuma satu yang menjengkelkan, bila melangkah masuk ke Taman Botani.
Pandangan yang indah pasti terganggu melihat kelibat pekerja-pekerja am yang bertugas mencantikkan serta membersikan taman ini. Begitu ramainya pekerja asing Bangladesh dan Indon sedang bekerja sambil bersembang dalam bahasa masing-masing. Sambil mereka bekerja juga bersembang, mata mereka melingas memerhatikan kita apalagi anak dara kita. Alamak, aku sedang melancung dalam negara sendiri atau ke negara mereka.


Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang kami belum sempat jengah. Nanti bila Angah dah selesai menjalani SPMnya pada 8 December, ada juga cadangan nak ronda-ronda tempat menarik di KL dan Selangor. Paling best nak bercuti ke tempat paling cantik di Johor. Manalagi, ba...lik kampung..ho..ho..ba..lik kampung..hati girang.


Haritu sebelum hari raya korban cuma dapat menjenguk mertua sekejap sangat. Aku dah tak ada orang tua jadi nak menziarah mereka ke kuburan yang permai. Suami beruntung masih dapat menatap wajah kasih seorang ibu dan kami juga akan ke pusara bapa mertua. Biar hati anak-anak sentiasa terkenang betapa di kampung halaman mak dan ayah mereka ada insan-insan tersayang yang masih perlu mereka jengah.

4 comments:

aliaaroslan said...

jalan-jalan dalam malaysia pon best kak..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

benar tu aliaa..tapi teringin juga jalan2 ke luar negara macam aliaa sekeluarga..teringin nak main salji..ngeee..

Ibu n Abah said...

yati...
baguslah idea u pergi taman botani... dapat idea nak bwk anak2 kesini....
dah pergi MAHA? saya mmg tak sanggup kesana.. nanti minum byk bila penat...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

aduaiii Mah..walaupun penat pergi MAHA tapi saya dan suami tak serik, insyallah pagi2 esok nak meninjau lagi.

pergi haritu tak dpt pusing semua, letih dan faktor masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...