Friday, October 29, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Anak teruna nan seorang...


Menghantar dan menjemput anak-anak pulang dari sekolah sudah menjadi rutin aku sejak dulu. Semasa tinggal di kediaman yang dekat dengan sekolah, aku guna motorsikal kapcai Honda membonceng anak-anak di belakang. Bila dah menetap di kediaman yang jauh sikit dari sekolah, kereta jadi pengganti paling selesa melindungi kami dari panas terik dan hujan.
.
.
Rutin menghantar dan menjemput anak-anak juga saat paling manis untuk dikenang. Di situ para ibu dapat berbual mesra dan bertanya khabar sedikit sebanyak tentang aktiviti dan perjalanan persekolahan anak-anak sepanjang hari di sekolah.
.
.
Dulu aku pernah cerita tentang Angah yang tak mau dijemput ibunya dari sekolah kerana mahu berjalan kaki pulang ke rumah. Tujuan utamanya yang paling cool ialah nak menguruskan badan kerana dapat exercise berjalan kaki bak kata orang sambil menyelam minum air.
.
.
Namun sejak bermula bulan puasa hingga kini, aku dah bagi warning sambil pujuk Angah agar menurut titah perintah ibu dia..tak boleh bantah. Angah mesti naik kereta mak dan mak akan tunggu Angah bawah pokok ketapang dekat Pasar Khadijah lepas hantar adik ke sekolah.
Lagipun sekolah Adik kan sama dengan sekolah Angah. Sikitpun tak menyusahkan mak sebab satu jalan jer pergi balik. SPM dah dekat, mak tak mau Angah berpanas keletihan berjalan kaki.
.
.
Semasa dalam kereta boleh sembang-sembang, tanya itu tanya ini. Kat sekolah tadi amacam, study camana, ujian boleh jawab ke, subjek sejarah boleh masuk ke, Fizik susah ke, English boleh faham ke, Add Maths, Bio, Kimia, BM, Agama bla..bla.. Hu..hu..biasanya Angah akan jawab ok, insyallah boleh, mak jangan risau...dan, mak... Angah lapar.
.
.
Bila Angah sebut lapar, ini juga peluang untuk aku menunjukkan kemesraan pada anak teruna nan seorang. Jom mak belanja Angah lunch. Sebut jer kat mana..kita makan sama-sama. Selalunya Angah ajak makan di Restoran Baling Sek 3 dan Azura, dekat jer dengan rumah atau ke Restoran mamak Warta bila kebetulan aku ada urusan ke sana.
.
.
Sambil makan sambil bercerita, cerita politik, artis, agama, semasa dan adakala jadi sessi luah perasaan Angah tentang dirinya. Antara cerita Angah hari ini.
.
.
Mak, haritu Cikgu disiplin panggil Angah ke bilik dia.
.
Haa! Kenapa...? Angah ada buat salah ape..?
.
Masa kat bilik dia, cikgu disiplin tanya. Cuba awak ingat-ingat apa salah besar yang awak dah buat. Angah suspen jugak..fikir punya fikir, Angah spisis baaaiek punyer..mana ada buat salah bukan-bukan.
.
Habis, Angah jawab ape kat cikgu..?
.
Apalagi...Angah pun tanya cikgu balik. Cikgu..ntah..ntah cikgu salah orang kot. Nama Muhammad Asnawi ada 2 orang kat tingkatan 5 cikgu..cuma bin lain-lain. Ayah saya Noordin dan Asnawi satu lagi tu..ayah dia nama Syukor.
.
So...cikgu percaya tak..?
.
Cikgu terus tekan hand phone dia, cakap dengan somebody pot pet pot pet, lepas tu dia mintak maaf dengan Angah sebab tersalah panggil orang. Kebetulan Angah pengawas, jadi dia perintah suruh Angah panggilkan budak Asnawi satu lagi yang ada masalah besar kat sekolah.
.
Ya Allah, Alhamdulillah...takut mak Angah, janganlah Abang Ngah terlibat dengan apa-apa pun yang menyalahi undang-undang sekolah. Malu mak ayah nanti. Tolonglah jaga tingkahlaku, akhlak dan pergaulan Angah dengan kawan-kawan. Hati-hati pilih kawan..Angah. Zaman persekolahan Angah pun dah tak lama lagi, lepas SPM insyallah Angah akan ke Universiti. Biarlah Angah tinggalkan sekolah dengan kenangan paling manis.
.
Ye..ye..mak jangan risau. Angah akan buktikan, Angah budak baik, Angah akan cuba buat yang terbaik SPM nanti, insyallah.
.
.
Aduaiii...anak-anak, andai kau tau betapa risau dan bimbangnya mak ayah melihat kalian membesar di sekeliling seribu satu macam dugaan dan cabaran. Sesungguhnya, kehidupan moden hari ini yang telah sekian banyak membuatkan manusia waras tumpas dan kandas.
.
.
Doa mak dan ayah setiap waktu tidak pernah lekang. Jauh di mata mak dan ayah, apalah daya kami. Hanya kepada Allah SWT mak ayah serahkan. Memohon agar Allah melindungi dan memelihara kalian dari terjebak dan terpedaya dengan realiti kehidupan yang ganas dan deras.
.
.
Jaga solatmu anakku...jaga gerak hatimu...jaga tiap langkahmu...jaga pandanganmu...jaga pergaulanmu... Ingat Allah selalu..bayangkan wajah kedua orangtua mu...Berjanji pada dirimu untuk menjadi anak muda yang soleh...dipelihara Allah di dunia dan di akhirat. Ameen.

6 comments:

eqbalzack said...

semoga Angah berjaya hendaknya dalam SPM...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Thanks EQ,

Alhamdulillah setakat ni result Trial SPM memberansangkan. Baru tau 5 paper jer Maths, BM, BI, Biology semua A, sayangnya Agama yg dia selalu score A dpt B pulak.

Berkat doa EQ mudah2an angah tingkatkan usaha dan berjaya dlm SPM dgn cemerlang, insyallah.

Zaitun said...

Salam kenal

InsyaAllah anak2 yang taat dan rapat dengan kedua ibu bapa tidak akan membuat perkara2 yang memalukan.Didik mereka untuk menjadi kawan.

Mama said...

Salam Yati

Skrg ni kita sdg berada di Universiti Anak2. Kalau mereka bermasalah, kiranya kita tak graduate dan tak konvo lah.

Semoga Angah lulus SPM dgn cemerlang

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kenal juga buat kak zaitun. Betul tu kak, anak2 adalah rakan, kawan, teman paling rapat saya..bila rapat dan dekat senang nak runding. Dia mudah berbincang, meluah perasaan dan berkongsi banyak perkara dengan kita.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k. zah,

gitulah kak dugaan membesarkan anak-anak..k.zah sudah tentunya penuh pengalaman kann..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...