Wednesday, November 3, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

PESTA KONVO AULAD 2010.

Ahad 31 oktober 2010 - berlangsung dengan sukses dan cerianya Majlis Konvokesyen anak-anak didik kami di Dewan Anwar Mahmud, UKM, Bangi. Terima kasih atas kerjasama kesemua para guru, murid dan ibubapa.
Selepas selesai majlis, kami para guru AULAD dijemput khas ke majlis jamuan makan-makan di rumah salah seorang murid cilik lagi comel si Aqil Falah. Memang rezeki kami selepas berpenat lelah dan sampai masa makan tengahari, diundang makan free beranika lauk pauk yang lazat... apalagi memang tak lepas peluang. Berbanyak terima kasih pada tuan rumah, mudah-mudah ditambah lagi rezeki oleh Allah.




Jenuh bergambar sesama para guru, diajak bergambar oleh makayah murid dan paling ekslusif dapat bergambar dengan Puan Pengetua Pn Latifah dan suami Prof Dr Hamirdin. Insyallah, tahun depan berpesta konvo lagi.
Kepada anak-anak yang bakal menempuh alam baru persekolahan tahun depan, cikgu mendoakan kalian menjadi anak yang soleh solehah serta berjaya dunia akhirat. Ameen..






6 comments:

Zaitun said...

Yati ni cikgu di Aulad Jannah rupanya.
Meriah nampak makan... syukur rezeki yang melempah ruah.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Saya memang mengajar di Aulad Jannah. Orang sudi jemput kita kak Tun..alhamdulillah.

Mama said...

Salam Yati

Seronok tengok anak2 didik konvo. Hilang segala penat lelah membimbing mereka. Semoga segala usaha murni diberkati Allah

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah,

Alhamdulillah...begitulah harapan agar usaha murni kami para pendidik mendapat rahmat Allah.

Paling terharu bila para ibubapa dgn ikhlas bersungguh2 mengucapkan t.kasih atas sumbangan kami memberi tunjuk ajar hingga anak2 comel mereka berupaya menulis, membaca dan mengira. Semuanya atas izin Allah jua..

YIN-WONG KHOO LAI said...

Agaknya kurang tekanan mengajar anak2 di tadika yek...agaknye la...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Bahreyn,

Tekanan tetap ada..namun pengalaman banyak mengajar kita bagaimana nak mendekati dan memikat hati mereka. Maklum anak kecil zaman milineum ni, mereka agak bijak2 belaka. Lagipun kebanyakan ibubapa mereka golongan elite dan terpelajar bermakna para guru kena pandai2lah handle kedua2nya sekali jika ada masalah.

Yang pasti seronok sangat mendidik anak2 comel yg masih suci lagi putih bersih hatinya. Syukur jadi antara insan pertama selain ibubapa mereka mendidik mereka mengenal Allah,mematuhi syariatnya, membaca al quran selain mengajar mereka membaca, menulis dan mengira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...