Tuesday, November 9, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SANTAU...bahaya dan pendindingnya.

Seorang lelaki bernama Yazid menghantar massage di FB aku bertanyakan siapakah nama salah seorang ahli panel dalam Al Kuliyyah yang ada klinik perubatan Islam khusus menangani masalah gangguan jin dan iblis serta dengki khianat manusia sesama manusia.

Aku membalas dengan memberikan alamat laman web Ustaz Sharhan bin Shafie At Thobibi - www.zamdurrani.dumei.com. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kerana akan membawa rakannya yang terkena santau pergi berubat ke sana. Amat menyedihkan apabila En.Yazid menyatakan bahawa 3 orang sahabat rakan beliau yang sakit tadi telah pun meninggal dunia akibat terkena santau juga.

Masyallah, lihatlah kekejaman perbuatan manusia yang suka berdengki khianat. Sanggup berdendam, iri hati, dengki dan tidak takut akan balasan Allah swt. Kebetulan aku baru saja membeli dan membaca buku hasil tulisan Ustaz Sharhan berjudul PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS.

Sebagai perkongsian ilmu, dipinjam dari buku tersebut untuk pengetahuan kita bersama.

JENIS-JENIS SANTAU

Santau terbahagi kepada dua jenis:

1) Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah diubati.

2) Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan 'santau angin'. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan seperti berikut:

1) Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.

2) Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.

3) Ingin menguji tahap ketahanan batin seseorang.

4) Sebagai medan menguji kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.

5) Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan ahli keluarganya.

6) Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri tersebut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

2) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

3) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadangkala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

4) Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

5) Lenguh seluruh anggota badan.

6) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8) Mimpi bahan2 miang seperti mianh buluh dan ulat bulu.

9) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10) Mimpi kanak2 kecil seperti mimpi menyusukan kanak2 tersebut.

11) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

12) Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

13) Mimpi paderi Kristian, sami Buddha atau bermimpi pergi ke tempat2 ibadat agama bukan Islam.

KESAN-KESAN SANTAU

Antara kesan2 santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

1) Boleh membawa maut dengan izin Allah swt.

2) Hilang daya ingatan.

3) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.

4) Tabiat akan berubah seperti seorang yang panas baran.

5) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.

6) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.

7) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang selalu terganggu.

8) Terjadinya 'saratan' atau kanser dan ketumbuhan.

9) Jika pesakit hamil mungkin akan mengalami keguguran.

PENDINDING DIRI DARIPADA BAHAYA SANTAU

Terdapat beberapa amalan yang sohih bagi menghalang seseorang itu menjadi mangsa kejahatan sihir dan santau. Berkat keizinan Allah swt, segala bentuk sihir dapat dihindarkan dengan syarat kita sangat yakin dan percaya bahawa Allah swt telah menurunkan al Quran itu sebagai penyembuh bagi segala penyakit. Amalan yang berterusan pasti akan memberi faedah yang amat besar kepada kita di dunia dan di akhirat.

Pilihlah mana2 daripada amalan2 ini dan beramallah dengan bersungguh-sungguh.

1) Bacalah sebanyak 100 kali selepas solat Subuh.
Laillahaillallah wahdahulasyarikala lahulmulkuwalahulhamdu yuhyiwayumitu wahuwa'ala kulisyaiinkqadir.

2) Bacalah surah Mulk sebelum tidur. Fadhilatnya dapat menghindar siksaan kubur.

3) Hendaklah berwuduk sebelum tidur dan ketika hendak bersama isteri.

4) Amalan bacaan surah Yaasin setiap subuh.

5) Amalkan bacaan ini setiap pagi dan petang.
Bismillahilazi layadhuruma'asmihi syaiunfilardhi walaafisamaiwahuasami'ula'lim.

6) Atau baca: A'udzubikalimatillahittammatiminsyarramakholaq

7) Bacalah sebanyak 21 kali surah al fatihah pada tiap2 malam sebelum tidur.

8) Jadikan 'basmalah' sebagai wirid dalam setiap pekerjaan contohnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Bacalah sebanyak yang mampu.

9) Pasangkanlah di dalam rumah kaset/CD bacaan ayat Ruqyah - boleh didapati dari Ustaz Sharhan dan 'Tobibi Team'

10) Bacalah satu juzuk al Quran sehari seumpama yang dianjurkan oleh al Imam Hassan al Banna. Khatamkan al Quran paling lewat dalam masa satu bulan dan jangan kurang dari tiga hari.

11) Amalkan solawat tafrijiyah dan solawat syifa'.

Segala amalan-amalan di atas hendaklah diamal dengan bersungguh-sungguh. Gilapkan keyakinan yang padu bahawa Allah swt saja yang mampu menolak segala bentuk kejahatan zahir dan batin. Bulatkan tujuan kita untuk memburu redha Allah bukan semata-mata mengharap balasan pahala dan syurga saja. Jadikanlah diri kita ini benar-benar hamba yang hamba di depan Allah swt.

Firman Allah swt:

Maksudnya; Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyambah-Ku. (surah az Zariat:56)

5 comments:

Zaitun said...

Orang2 kita memang pakar dalam hal macam ni,seolah2 mereka tak takut akan balasan dikemudian hari.Semoga kita semua dijauhkan daripadanya.Kak Zai hanya mengamalkan membaca Quran setiap hari.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Pelikkan k.zai, ada org menyatakan dia jaga solat dan baca al quran tapi bab dengki khianat, iri hati dan berdendam tetap jadi pegangan. Sepatutnya bila dekat dengan Allah, hati jadi tenang, mudah memaafkan, bertolak ansur dan suka bertolong bantu.

Mudah2an hati dan iman kita tidak dibolak balikkan oleh Allah hendaknya...

Mama said...

Salam Yati

Santau mmg merbahaya. Kita di penghujung zaman. .. ramai org tak takut dosa janji hati puas. Kitalah kena beringat dan menangkis.

Suami KZ pun dh beli buku ni

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

aduaiiii k.zah, banyaknya benda yg merbahaya di sekeliling kita, hanya kpd ALLAH swt kita serahkan diri kita, mohon sungguh2 perlindungan dariNya...

Anna said...

ibu mertua saya alami batuk berlarutan lebih dari 3bulan.dah bawak pergi 2,3 pakar semua check cakap ok, paru-paru pun ok.ubat batuk dah telan berpuluh jenis.tetap tak sembuh.saya mencadangkan kepada suami agar dibawa berubat kampung (ada juga beritahu pasal santau angin).tp family suami tak percaya.jadi tak dibawa pun berubat cara kampung.selain dari batuk, sy dpt lihat dia mudah naik angin, mata sembab, dada dan leher kehitaman(katanya sebab panas minum ubat),sakit seluruh badan terutama waktu maghrib dan zohor.batuk semakin menjadi-jadi bila nak tidur dan menyukarkan untuk solat.adakah ini tanda-tanda terkena santau angin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...