Thursday, November 18, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

TOLONG....!! Jangan buang saya..Kasihani saya...

Kejam, tak berperikemanusiaan....kata-kata yang pasti terhambur dari mulut kita. Tak sanggup melihat..kasihan...sedih..geram.. Gejala yang semakin menjadi-jadi..menghantui kita...insaflah...ZINA..satu dosa besar...akibatnya bayi-bayi comel ini jadi mangsa..dibuang merata-rata...di mana erti KEMANUSIAAN...ke mana terbangnya IMAN....
Anas yang comel, rambut terpacak, mata yang bulat, mudah tersenyum..pasti terpersona...
.
.
Ahad 14 Nov 2010 - selepas solat zohor..aku, suami dan anak bongsu bertolak ke UITM Segamat menjemput anak sulung pulang bercuti semester. Dari Segamat meredah Chaah, Labis, Yong Peng, Ayer Hitam dan terus ke Rengit, Batu Pahat.
.
.
Tujuan utama menziarah ibu mertua. Alhamdulillah..dalam usia lanjut 82 tahun, mak nampak sihat dan ceria. Malam itu kami tidur di sana dan esok tengahari terpaksa balik ke Bangi kerana suami bertugas dan Angah tinggal di rumah. Kami memohon ribuan ampun maaf kerana tidak dapat meraikan Aidil Adha bersama di kampung.
.
.
Sebelum pulang, kami singgah ke rumah kakak aku di Solok berhampiran BP Mall. Alahaaai..Bandar Batu Pahat, tempat lahirku. Terlalu banyak perubahan disebabkan pembangunan yang pesat. Dalam perjalanan ke rumah kakak, tertinjau-tinjau dan tercari-cari lokasi kenangan lagi nostalgik..namun sebahagian besarnya telah ditelan oleh kepesatan deretan perumahan, rumah-rumah kedai, pusat membeli belah dan sebagainya. Aku boleh sesat di daerah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan. Kawasan permainan dan laluan seharian ke sekolah kesemuanya telah ditelan zaman.
.
.
Niat ke rumah kak Na yang tua dua tahun dari aku adalah untuk berziarah sambil membeli produk-produk frozen food yang diusahakan oleh Kak Na sekeluarga. Hampir 20 tahun Kak Na bersusah payah membangunkan bisnesnya di samping membesarkan 7 orang anak lelaki. Terkejar-kejar berniaga di pasar malam sekitar BP dengan jualan paling larisnya Cha Kuey dan roti canai sambil membawa anak-anak yang masih kecil.
.
.
Kini atas usaha yang tak mengenal jemu, Kak Na sudah boleh berehat di rumah. Anak-anak lelaki yang membesar sudah menjadi hero menggantikan tempat ibu dan ayah mereka. Perniagaan yang semakin kukuh telah merubah hidup mereka. Benar-benar hasil usaha atas tangan sendiri diberkati Allah. Hidup Kak Na senang lenang sebagai taukey Frozen Food.
.
.
Tidak sia-sia dia berkahwin dalam usia muda selepas SPM. Dalam usia 47 tahun, dia telah mempunyai dua menantu dan dua orang cucu. Kesemua cucunya juga lelaki. Ramai sungguh jejaka di rumahnya selain dua orang menantu perempuan termasuk dirinya.
.
.
Terbaru muncul seorang lagi insan kecil, seorang baby boy yang dipelihara Kak Na sejak lahir. Atas dasar kasihan belas Kak Na sanggup menerima Anas hadir dalam keluarganya. Mendengar cerita sedih Anas, aku dan anak-anak jadi insaf and terharu.
.
.
Ibu Anas yang masih remaja, mengetuk pintu rumah seorang lagi kakak aku Kak Mik, guru sekolah menengah di Pontian. Terpinga-pinga Kak Mik bila si gadis meminta tolong dihantarkan ke hospital kerana tak tahan kesakitan hendak bersalin. Entah darimana gadis yang tak dikenali ini datang.
.
.
Dipendekkan cerita sampailah mereka ke hospital. Di sana sebelum gadis itu bersalin, Kak Mik menelefon Kak Na bertanyakan kalau-kalau dia ingin/sanggup membela seorang bayi yang bakal lahir bila-bila masa. Dimaklumkan ibu bayi itu tidak mahu memelihara anaknya dan mahu memberikan kepada sesiapa saja yang sanggup mengambilnya. Kak Na dan suami masih belum dapat memberikan keputusan segera.
.
.
Suaminya bertindak pantas menelefon kawan-kawan yang masih tidak punya zuriat walaupun telah berkahwin selama 8 hingga 10 tahun. Sayangnya mereka tidak terbuka hati kerana tidak mahu memelihara anak-anak yang tidah sah taraf yang tak berbapa atas perbuatan keji kedua remaja tadi. Kak Mik sendiri tidak sanggup menerimanya atas alasan kesihatan dan kesibukakannya dengan tugas dan keluarga.
.
.
Akhirnya dengan mudah Anas dilahirkan di hospital dan pihak hospital memaklumkan bayi tadi adalah bayi perempuan. Perkahabaran gembira disampaikan kepada Kak Na yang selama ini memang menginginkan bayi perempuan. Mereka bergegas ke Hospital Pontian. Sesampainya mereka, tiba-tiba petugas menyatakan baby itu sebenarnya bayi lelaki dan suami Kak Na terus mengazankan ke telinga Anas.
.
.
Semasa diazankan bayi comel itu membuka mata dan tersenyum seolah-olah mengucapkan terima kasih. Hati Abang N terus terpikat dan terharu lalu mengambil keputusan dan berazam akan membesarkah dia hingga menjadi orang berguna. Walaupun dia suami isteri sudah punya sederet anak lelaki namun dia menganggap ini sebagai rezeki dari Allah. Bukan rezekinya untuk mendapat bayi perempuan nampaknya, mudah-mudahan seorang lagi cucu yang bakal lahir tidak lama lagi adalah cucu perempuan doanya.
.
.
Tak sampai hati dia mengenangkan betapa ramainya bayi menjadi mangsa dibuang dan dibiar mati oleh ibunya sendiri. Keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu Islam benar membakar hati dia dan kita. Selesai berurusan dengan pihak hospital, Polis, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akhirnya Anas sah menjadi anak angkat mereka.
.
.
Syukur bayi comel ini selamat mendapat perlindungan kak Na yang menjaganya sepenuh hati. Diberinya sepenuh kasih sayang dan bayi yang diberi nama Anas itu telah berusia 5 bulan. Sepanjang aku di sana Anas kelihatan sihat, keletah dan cerdik. Kenapalah pasangan yang tak punya zuriat sekian lama tadi tidak sudi menerima bayi suci ini. Rupanya mereka bimbang memelihara anak yang tak ketentuan keturunanan dan takut jika perbuatan terkutuk ibu bapa si bayi akan berterusan 7 keturunan.
.
.
Memang mereka berhak berfikiran negatif begitu. Lalu sebelum berangkat pulang selain mengucapkan terima kasih, aku mengucapkan tahniah kepada Kak Na suami isteri kerana sanggup memelihara Anas. Aku juga memberi kata-kata semangat agar dia membesarkan Anas dengan sempurna hingga menjadi anak yang soleh. Insyallah, suatu masa dia akan berbakti kepada kita dan akan mendoakan kita apabila kita telah kembali menemui Yang Esa. Mudah-mudahan Anas menjadi anak yang soleh dan mengenang budi hendaknya.






4 comments:

ibundo said...

bayi itu tidak berdosa. yang berdosa ibu bapanya. semuga mereka mendapat keampunan.
alhamdulillah siibu tidak membuang anak itu dan insyaallah ada ganjaran pada siibu dan bapa angkat yang sudi menyelamatkannya.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

kesiaaan Anas dan syukur dia ada ibu baru dan ada mak sedara sebaik kita..kan..kan..

Zaitun said...

Semoga Anas menjadi anak yang soleh.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam kak Tun,

insyallah..kakak saya dan suami siang2 dah plan nak hantar Anas ke sek Tahfiz bila dia mula brsekolah nanti seperti sebahagian anak2 mrk yg lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...