Saturday, May 14, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Giliran Angah pula...

tanda lahir di tangan angah menjadi panduannya sejak kecil bahawa itulah tangan kanan sebab angah kidal dan selalu keliru antara tangan kanan dan kiri...



bakal mendiami salah satu bilik di kolej kediaman ini..nikmati dan tempuhi alam baru sebagai siswa universiti.. mak, ayah dan kakak kina telah melaluinya..


Abang Ngah rasa bersyukur sangat bila ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UITM, Jengka Pahang. Lama sangat rasanya duduk tidur baring tanam anggur kat rumah. Beberapa kali dia mengeluh dan berharap agar cepat-cepat dapat sambung belajar samada di IPTA/IPTS atau mana-mana kolej. Janji belajar dan relevan dengan bidang yang diminatinya iaitu sains atau IT.

Sebenarnya dia juga sedang menunggu panggilan ke PLKN kerana namanya tersenarai bagi panggilan ke 3 bermungkinan pada bulan sepuluh nanti. Oleh kerana panggilan ke IPTA telah tiba maka jawabnya, PLKN terpaksa ditangguhkan sehingga dia tamat belajar dan bukan dibatalkan. Habis belajar nanti dia tetap dipanggil semula menjalani latihan, demikian katanya undang-undang baru PLKN.

Dalam suka, angah tetap berdebar-debar untuk menempuh alam baru. Paling dia gemuruh kerana terpaksa berjauhan dari ibu kesayangannya. Walau sudah 17 tahun, sebagai satu satunya hero dalam rumah ini selain ayahnya dia merupakan anak yang manja. Sikit-sikit mak itu, mak ini. Walaupun ayahnya tak garang tapi payah betul dia nak cakap direct pada ayahnya bila hendakkan sesuatu. Seboleh-bolehnya kena melalui mak dia dulu sebagai orang tengah. Malu dan segannya lebih kepada ayahnya. Agaknya benarlah kata orang anak lelaki selalunya jadi anak emak.

Untuk menghilangkan resah angah, hujung minggu lalu kami membawa dia survey meninjau ke UITM, Jengka. Kami sebenarnya selalu mengharapkan andai anak-anak ditawarkan ke IPTA, janganlah terlalu jauh sangat. Syukurlah perjalanan yang menempuh pemandangan yang cantik dan melintasi penempatan peneroka Felda Jengka, tidaklah sejauh mana. Lebihkurang 2 jam, kami sudah sampai ke destinasi. Aku dan suamipun belum pernah sampai ke sana, nanti bila dah tau jalan dan tempatnya mudah kiranya apabila nak menghantar angah pada hari Sabtu 21.5.11 nanti. Tidaklah sesat terlajak meraban entah ke mana-mana membuang masa.

Sebelum sampai masuk ke daerah Jengka, kami dah pun terbelok masuk susur ke Termeloh. Mujur semasa membayar tol sempat ayahnya bertanyakan gadis tol jalan sebenar menghala ke Jengka. Walaupun boleh melaui jalan Termeloh tetapi perjalanan akan jadi lebih jauh sebab melaui jalan lama.

Keputusan terus dibuat untuk masuk ke Termeloh dan singgah makan di gerai berdekatan sebab perut masing-masing dah berkeroncong. Terbuka selera dapat menjamu ikan patin masak gulai tempoyak. Sebelum makan kami bertanya dulu berapa harga seketul ikan, dibimbangi terkena RM30 seketul mau pitam dibuatnya. Mujur cuma 6 hinggit aje sebab bukan patin sungai. Alahai... cuma nak makan ikan patin jer, besar mana le beza rasa isi ikan patin sungai dan pantin sangkar. Jangan bau hanyir dan bau tanah sudah. Berselera betul suami makan sampai tambah nasi lagi sepinggan.

Selepas bertanyakan penduduk tempatan jalan sebenar menghala ke UITM, Jengka.. kami keluar semula ke tol dan menuju hala ke Kuantan. Tidak berapa jauh sudah kelihatan signboard jalan masuk ke Bandar Pusat Jengka dan ke UITM. Akhirnya kami pun sampai ke tempat yang dituju. Di pintu masuk kampus, kami ditahan Pengawal Keselamatan/Pak Guard yang bertanyakan tujuan nak masuk ke dalam. Al maklum sekarang pelajar sedang bercuti panjang. Mak aii.. bertanya dengan muka serius macamlah kami ada sembunyikan Osama bin Ladin dalam kereta. Suami jawab sesaja nak survey sebab akan daftar anak hujung bulan nanti. Akhirnya kami dibenarkan masuk.

Puas pusing-pusing bawa angah tengok sekitar kampus biar dia rasa cam bestnya kena duduk kolej. Terkebil-kebil dia bila kami tunjukan asrama siswa yang bakal dia diami. Bibir angah tersenyum tapi hati siapa yang tau. Kakaknya sakat dan mengusik angah, baik-baik ada hantu Anjasmoro dan Nyiang rapik kat bilik air kolej. Kah..kah..kah.. kami ketawa guling-guling tengok bulatnya mata angah.

Habis sesi pusing-pusing kampus, kami mula beredar untuk pulang ke Bangi. Angah kata dia suka dan tak sabar nak mulakan pengajian. Syukur alhamdulillah...kami berpesan agar nanti angah belajar bersungguh-sungguh. Pandai-pandai suaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan. Jaga disiplin diri, jaga sahsiah dan akhlak sebagai pelajar, jaga solat serta hormat kepada para pensyarah.

Anak mak Muhammad Asnawi - tujuan angah ke universiti adalah untuk belajar maka belajarlah dengan niat kerana ALLAH. Disamping itu kutip dan galilah ilmu sebanyak mungkin sehingga angah berjaya. Berjaya membentuk diri menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara tercinta.


8 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak Yati:)

Tahniah dan syabas buat Angah kerana berjaya melanjutkan pelajarannya..Moga Allah permudahkan perjalanan Angah dalam menimba ilmu..:)

Untuk akak..
Moga akak sihat2 dan ceria di sana:):)

kakpah said...

tahniah pada angah. tak dapeklah bekepit bawah ketiak omak lagi ye...

selamat hari guru. terima kasih kerana menjadi warga aulad yang setia.

WONG KHOO LAI said...

Tahniah kerana dikurniakan anak yang pintar...Tahniah buat Angah.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

waalaikummussalam Tinie,

T.kasih.. doa akak juga mudah2an Tinie sekeluarga dilindungi Allah swt setiap waktu..amin.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

T.kasih kak pah,

dah bosar panjang.. pandai-pandailah belajar hidup berdikari,menimba pengalaman buat bekalan masa depan..

selamat hari guru bosar buat kak pah juga.. t.kasih menjadi boss yg paling baik hati. Semoga hidup k.pah sekeluarga dirahmati Illahi..amin.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Terima kasih Cikgu Bahreyn,

Selamat Hari Guru. Doa saya mudah2an anakanda kesayangan kalian juga akan menjadi anak yg cerdik serta berjaya dunia akhirat..amin.

Mama said...

Salam Yati

Tahniah tahniah buat Angah dan juga ibu bapaknya. Kalau anak nak belajar, seperti kata org putih... half the battle won! Kira selesai satu masalah

KZ doakan kejayaan Angah... anak bujang sorang? Hmmm... serupa mcm Ayim

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

T.kasih KZ,

anak teruna sorang, tak biasa berenggang..itu belum jauh mcm Ayim sampai ke negara org.. KZ dah merasa semuanya..susah dan senang di samping Ayim..belum pasti saya setabah KZ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...