ALHAMDULILLAH. Lega, dah selesai satu tanggungjawab besar. Konvokesyen Tadika Aulad dah selesai. Mesti ada yang kata apa hal nak buat report basi. Bagi cikgu-cikgu yang bertanggungjawab benda-benda macam ni sentiasa segar di ingatan. Mana-mana yang boleh dibuat post mortem tu akan cuba diatasi segala masalah di masa depan, insyaallah.
Syukur sekali lagi sebab masa konvokesyen tu aku sihat walafiat. Balik dari ESSET terus ajak cik abang pergi jalan-jalan cari makan. Kami tinjau ke Seksyen 7 kot ada restoran lain yang best. Kebanyakannya aku dah pernah cuba.
Tetiba ternampak satu restoran terpampang nama Restoran Telaga Buruk. Mak oii! Sedapnya nama. Baik-baik nak tuju restoran lain lansung tertekan brek depan kedai dia. Jom try, ok ke tak. Aku tengok satu family besar tu makan penuh berselera. Orderlah nasi campur, kuahnya lemak cili api, lauknya paru berlada sos tiram, sayur urap/kerabu. Cik abang jamah ikan keli berlada, cendawan apa ntah lebar dan kerinting, warna kehitaman masak lemak.
Orang tengah lapar, makan punyalah berselera mujur sempat baca doa makan. Alamak! Sedaplah pulak, siap bangun ceduk sendiri nasi tambah separuh curah kuah lemak, kongsi berdua sebab lauk dalam pinggan masing-masing ada berbaki lagi. Minum air limau jeruk istimewa dan air suam. Dah kenyang alhamdulillah.
Aku ke kaunter nak bayar. Konon dua tiga hari ni nak tunjuk baik, belanja suami dan anak-anak. Maklum dah gaji, kebetulan baru kejap tadi lepas konvo boss kitaorang bagi duit jajan - terima kasih le...
Tengah nak bayar, ada satu brother agaknya ayah pada satu famili besar tadi bangun. Dia sibuk bertanyakan mana tuan punya kedai sebab dia nak bagi komen sikit. Anak perempuan taukey kedai pun keluar sambil tanya apa halnya. Pakcik tu kata, tolonglah tukar nama restoran ni. Tak sedaplah nama buruk tu, bimbang atas sebab nama kedai ni jadi perkara-perkara buruk pulak di belakang hari. Yang aku ni sibuk juga nak menyampuk. Aku kata, sebab nama pelik nilah aku singgah makan. Kah!kah!kah! Aku, pakcik tu dan taukey kedai ketawa berdekah-dekah.
Sebenarnya dalam hati aku dan suami dah berdetik lama sejak kami ternampak nama kedai ni awal tadi. Pakcik tu cadang tukarlah nama Restoran Telaga Geliga, Telaga Emas atau apa-apalah yang molek sikit.
Kebetulan dia orang Johor sama kapal dengan aku. Ada ke patut dia kutuk kuih batang buruk, kuih tradisional Johor. Kata dia, tengok kuih batang buruk mana nak laku, budak-budak semua tak suka. Tulah bubuh lagi nama buruk!
Ini aku tak berapa setuju tapi memang aku tak berapa gemar makan kuih ni. Punyalah berhabuk sampai tersembur-sembur kalau makan sambil berborak. Nak-nak kalau tengah batuk atau terbersin mau besepoi muka member depan kita dengan habuk dia.
Itulah pasal dah lama tak order masa Hari Raya. Inilah kuih favourite mak aku waktu raya dulu, kalau tak buat tak sah. Jangan sampai pupus nanti generasi akan datang tak kenal kuih tradisi ni. Ala... orang Kelantan tu ada kuih taik itik tak kecoh pun!
OK la, aku kena rehat betul-betul hari ni. Baru tadi sms K.Pah mohon cuti. Mana taknya, balik dari makan kat restoran tu petang tu jugak aku tumbang. Kena serang demam, batuk dan selsema ditambah terbitnya bendera Jepun yang dah terlewat 3 bulan. Dahsyatkan! Asal jangan tuduh aku kena badi restoran tu sudah! Kih..kih..kih.
Kejap lagi ingat nak pergi klinik Az Zahrah, dah masuk 3 hari demam tak kebah-kebah, malam tadi berselimut sampai 3 helai, sejuk gila mengiggil. Anak murid ada yang kena chicken pox ni, jangan sampai berjangkit cikgu dia pulak. Aku dah plan nak pergi malam nikah Kak Ngah dan kenduri kawin dia esoknya Jumaat ni. Kang kalau dak melepuh-lepuh hilanglah keayuan dan keglamouran aku!
2 comments:
Nama ada maknanya. Kata orang hatta nama yang kita punya juga mencerminkan peribadi kita.
Salam Sis..
How r U my dear sis?Dah sihat demamnya..selsema dah ok?Batuk dah kurang??ermm..after 3 months??ermm..akak dah jumpa doktor?Hrp semua OK sis...:):)
Errm...berselera akak..kiranya ini yg dikatakan cinta pandang pertama..try sekali..terus terkenang2 restoran Telaga Buruk..:):)Take care sis..jgn lupa makan ubat!
Post a Comment