Thursday, October 15, 2009 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

ISI HATI SI KECIL..siapa yang tahu.

Nak kata lucu, ada terselit rasa sayu di hati. Nak kata sedih, bibir masih boleh mengukir senyuman. Ringkas kata terharulah paling tepat.

Pagi tadi aku telefon ayah seorang murid kelas aku, En Z. Bertanyakan perihal ketidakhadiran anak perempuan dia hari ini ke sekolah. Bukan apa, dia dan seorang lagi kawannya orang kuat/pelakun utama dalam persembahan kelas untuk konvokesyen sekolah minggu depan. Kalau diorang tak ada parah dibuatnya.

Hari-hari serbelumnya, dia hadir ke sekolah. Cuma..aku dapat kesan sedikit perubahan pada dia. Sungguhpun dia tak banyak cakap orangnya tapi dia pelajar yang pintar. Apa saja benda baru yang diajar, dia cepat tangkap. Cerdik, baik, cekap. rajin dan mendengar kata. Beruntung ibu ayahnya punya anak sebigini rupa. Kalaulah semua murid kelas aku macam dia alangkah bahagianya. Tahun depan boleh dapat ke, insyaallah.

Masalahnya, semenjak kelas 6 tahun yang ada 3 kelas di sekolah ni sibuk menghafal lagu-lagu perpisahan sempena konvo nanti, rupa-rupanya dia sangat perihatin. Sebagai guru kami mengajarlah macam biasa lagu-lagu evergreen bertemakan perpisahan.

Khususnya lagu khas sekolah ciptaan komposer merangkap penyanyi ( tak pernah keluar 1 album pun lagi rasanya) iaitu Pn. Latifah Hanim (bukan Liza Hanim tu ). Entah kerana lagu ni sayu sangat ke.... ( dalam bahasa orang putih lak tu ) atau suara cikgu kelas dia sedap sangat kot sampai mendayu-dayu (perasan!), Aku pun tak tau.

Yang aku pelik tu, bila mula praktis nyanyi aje, anak murid aku yang satu-satu ni ajelah yang tangkap leleh. Tersedu-sedu, teresak-esak sambil tutup-tutup muka dan terkesat-kesat air mata.

Mulanya aku pelik juga. Tak ada angin, tak ada ribut tak pasal-pasal dia melalak. Aku pun tanya - Ainul, ada kawan usik kamu ke? Dia geleng. Kamu tak sihat ke? Dia geleng. Cikgu marah kamu ke? Dia geleng juga. Dah tu ape kena ek?

Bila dia tiba-tiba cuti hari ni, aku pun cepat-cepat telefon ayah dia, sebab hari-hari ayah dia yang dah pencen tu hantar dan jemput dia pergi balik.
Soaljawab pun bermula. Kata ayah dia, Ainul sihat cuma... jeng..jeng..jeng! Suspen tu. Anak dia ada mengadu betapa dia sedih sangat bila cikgu Yati kata tak lama lagi sekolah tadika dah habis.

Memang pun semua murid akan ke sekolah rendah, tentu payah nak jumpa mereka lagi. Berpisah jualah kita nampaknya. Kata ayah dia lagi, Ainul ingat lepas konvo sekolah tutup, tamat tak boleh pergi sekolah lagi dah. Itu ha dia dekat ruang tamu tengah melukis gambar diri dia dengan Cikgu Yati kat sebelah dia. Sambil melukis air mata meleleh-leleh. Pilu sungguh rasa di hati.

Kih..kih..kih aku terketawa lak mujur ayah dia join gelak sekali. Masyaallah, betapa halusnya perasaan seorang anak kecil. Nun jauh di lubuk hatinya punyalah touching dalam begitu sekali.
Patutlah bila praktis nyanyi mata dia terkebil-kebil, air muka berubah, lepas tu uhuk..uhuk.. teresak-esak dia menangis. Sampai aku naik risau campur pelik.
Begitu ramai anak murid, takkan dia sorang aje cam tu. Yang lain, buat dek aje. Kalau tak suruh nyanyi serious sikit sambil tune lentok-lentok, mula la nak buat rentak rock. Nak laju je, puas mengajor.

Takkan nak hantar kelas vokal kot, mana sempat. Tu yang Kak Pah hangin bila lagu dia orang kasi rosak sama dia. Buat penat jer dia perah otak cipta lirik dan melodinya. Ahak..!
Alahai.... pengalaman. macam-macam. Buat anak-anak muridku yang tercinta. Walau bagaimanapun kamu, kamu tetap teristimewa. Cikgu SA..........YANG KAMU!

2 comments:

Pn Kartini said...

SAlam...
Tersenyum pagi2...:):)
Itulah kehalusan jiwa anak2 kecil yg comel..:):)

ashley said...

kat Perdana ni pun sama...
RAMAI YANG tangkap leleh nampakya...
UMMI TIE nye pun cam tangkap leleh dongar cikgu Hidayah nyanyi dengan suara ELLA ROCK..ha ha ha ( suara aku serak kak YATI ooooiii...selsema batuk tak habis lagi!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...