Saturday, May 1, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Hukum bulu kucing yang tertanggal....


Hobi aku no 1 ialah membaca. Pantang nampak kedai buku. Kecil, besar semua aku teringin nak singgah. Ada-ada saja yang nak dibelek. Mana-mana buku atau majalah(bukan picisan atau hiburan semata) yang aku berkenanan pasti aku tak teragak-agak membelinya. Membacalah apa saja, asal memberi ilmu dan maklumat berguna. Paling pasti, jangan lalai dan lupa membaca ummul kitab Al-Quran. Berusaha juga untuk membaca maknanya.
Hujung minggu ni, selain menghadiri majlis kawin aku peruntukkan masa membaca dan merujuk majalah SOLUSI sebuah majalah Islam, selain Anis, Al Islam dan selainnya. Solusi komited dengan misi "Panduan Hidup Bersyariat" sebagai wadah dakwah dan tarbiah untuk ummah.
Cari, beli atau pinjam dan baca, anda tidak rugi membayar RM9.00 sebulan untuk membantu sebuah syarikat penerbitan Islam Telaga Biru yang berhempas pulas bersaing dengan lambakan majalah picisan berunsur hedinisme, tahyul dan seks bebas.
SOLUSI - bertujuan ingin memantapkan perlaksanaan syariat Islam berasakan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knomledge) - tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) - sains, matematik, sejarah dan geografi. Tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardhu Ain, tetapi mengaitkannya dengasn unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu semasa dan kes-kes yang berlaku dalam masyarakat.
Promosi aku ni tak berbayar sesen pun, saja mengajak kengkawan, anak-anak dan diri sendiri menyahut kempen suka membaca. Ramai yang masih teragak-agak nak cuba membeli kerana belum tahu isi kandunganya. Jangan cuak dan jangan malas membaca sebab budaya hedonisme seperti filem, lagu, rancangan TV dan lain-lain telah banyak meragut masa dan tenaga umat Islam leka dengan hiburan yang keterlaluan.
Apa pulak kaitan dengan gambar 2 ekor kucing di atas? Jawabnya sebab aku nak berkongsi imformasi yang mungkin aku dan kengkawan lain tak tahu selama ini.
Ramai sungguh di antara kita yang meminati makhluk comel ini. Ada yang suka tengok aje sebab takut dan geli nak pegang. Ada pulak terlalu minat lalu dibela, dibelai, dicium, didukung dan ditimang bagai anak sendiri. Puas dipeluk, diriba dan dibawa tidur sekali.
Bila aku membaca soal jawab fiqah dalam Solusi yang dijawab oleh Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani, terkejut beruk juga dibuatnya. Sebagai peminat kucing, dah puas bermain dan bergelumang dengan si comel ni tadi kita tak berapa kisah pun bulu-bulunya yang bertabur, luruh dan pasti melekat pada pakaian, karpet, sofa malah kenkadang atas sejadah serta telekung pun ada.
Menjawab pertanyaan seorang pembaca samada dikira najis bulu-bulu kucing yang teranggal dan melekat pada tubuh dan pakaian kita. Jawapan ustaz - menurut mazhab Syafi'i, bulu kucing yang tertanggal daripada tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada badannya, samada semasa hidupnya atau selepas matinya.
Sekiranya terdapat bulu kucing pada pakaian maka solatnya tidak sah. Oleh itu ambillah sikap peka dan berhati-hati sekiranaya anda peminat kucing. Sebelum mengerjakan solat, pastikan tiada sebarang bulu kucing pada pakaian dan tempat solat anda.
Kalau selama ini kita tak tahu hukumnya, cam man ek. Ni aku pepandai jawab sendiri. Insyallah, Allah itu Maha Pengampun, semoga Dia maafkan kelemahan dan kejahilan kita itu. Lain kali pilihlah jenis kucing yang kita nak bela (lihat gambar contoh di atas). Nak pilih yang berbulu lebat, separa lebat atau lansung tak berbulu. Tepuk dada tanya selera....

10 comments:

umi_e said...

Salam... kak e pun telah diberitahu hal ini sebelumnya dan anak kak e pun baca tentang itu dan kini kami berhati2 dan cuba sebaik mungkin sebelum menunaikan solat...

*Thanks for sharing*

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Kak e,
Nampaknya klu kita tak berhati-hati tentang hukum hakam agama ni, perkara kecil dan biasa2 rupanya besar implikasinya kepada kita. Tak rugikan kalau kita banyak membaca.

kakpah said...

errkk... nasib baik kucing aku tak meleser kat ruang solat.

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)
Aduhaii..mmg tk bela kucing..kata org bulu leh buat lelah/asthma ..betul ke???:):)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah,
bulu kucing ni halus, kalau sesapa mata rabun cam kita ni memang tak perasan le dibuatnya.

Ada sesetengah kucing tu masa kita solatlah dia nak meleset dan siap landing atas sejadah lagi. Manja semacam..

Tini,
Mujur Tini tak bela kucing, taklah bimbang akan hal ni. Memang bulu kucing antara penyebab alahan pada mereka yg lelah.

Macamanapun ramai pula si pengidap penyakit lelah ni minat bela kucing. Kalau dah suka, mereka sanggup tanggung risiko. Kalau kena attack..ubat, klinik dan hospital semua ada. Apapun sebenarnya mereka mesti berhati-hati.

DrSinga said...

eikkk... geli tengok Sphinx cat tu!!!
bela yang itu ok...
no bulu..
:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Tak sampai hati nak bela, cam sakit jer. Tp harga dia kalau beli boleh capai belas-belas ribu u..
Org taksub mana la yg giler meroyan perabis duit tak tentu pasal tu kan...

Anonymous said...

salam,
habis jubah rasullullah saw yang duduk diatasnya tu macammana pulak ceritani?

Anonymous said...

salam,
habis jubah rasullullah saw yang duduk diatasnya tu macammana pulak ceritani?

Anonymous said...

boleh tahu, solusi keluaran ke berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...