Thursday, May 13, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SELAMAT HARI IBU + SELAMAT HARI GURU

ibu mertuaku..ibu dan guru paling unggul.


Ada orang kata hari ibu dah lepas. Bagi aku hari ibu tiap-tiap hari. Ibu perlu dihargai dan diingati tanpa sempadan masa. Hari ini, esok dan selamanya.

Bersempena bulan ini kita menyambut Hari Ibu dan kini Hari Guru, aku lebih suka merangkumkan kedua-duanya. Esok 16 May kebanyakan sekolah menyambut Hari Guru maka terdapat pelbagai acara dijalankan bagi memperingati jasa para guru.

Hari Ibu dan Hari Guru sebenarnya sama besar ertinya. Ibu kita semua adalah guru paling unggul yang dalam diam telah mendidik kita sejak kita dari dalam rahimnya lagi.

Ibu selalu bebisik dan berkata-kata. Sambil mengusap perutnya yang semakin berat dia sentiasa berdoa, berzikir dan mengalunkan ayat suci al quran. Kadangkala dia bernyanyi, berselawat dan bernashyid.

Menghibur hati yang gundah bercampur bahagia. Berangan-angan dan berjanji akan mendidik anaknya menjadi insan yang berguna dan berilmu.

Ibu sebagai guru sentiasa menghambur nasihat berguna sedangkan kita copkan ia hanya sebagai bebelan yang membosankan. Ibu marahkan kesilapan kita sedangkan kita anggap ibu membenci diri kita.

Kita lupa bahawa segala kata-kata nasihat dan tunjukajar ibu adalah ilmu. Ilmu yang paling ikhlas, spontan dan natural dari hati seorang ibu dan guru paling agung.

Selamat Hari Ibu buat mak yang melahirkan aku Hajjah Asiah Ismail dan ibu saudaraku Hajjah Bee Ibrahim yang telah memelihara dan membesarkan aku sejak dilahirkan. Al Fatihah buat kedua-duanya. Dikaulah ibu dan guru paling mulia dalam hidup ini.

Tidak lupa, ibu mertuaku Hajjah Fatimah yang telah melahirkan dan berjaya mendidik suamiku sehingga dia menjadi suami yang bertanggunjawab dan penyayang terhadap anak isteri dan ahli keluarganya.

Dalam usia mak 82 tahun, syukur mak masih sihat dan diberi kesempatan terus memberi tunjukajar, bimbingan dan nasihat kepada anak, menantu dan cucu cicit mak. Hanya mak yang masih ada menjadi penawar rindu aku kepada kedua-dua ibu yang telah kembali ke rahmatullah.

Ucapan Selamat Hari Guru dan jutaan terima kasih atas jasa para guru dan pensyarah yang telah mencurah ilmu dari sekolah rendah, menengah hingga ke universiti. Hanya Allah yang membalas jasa bakti kalian.

Selamat Hari Guru juga buat teman-teman setugas dan semua yang bergelar cikgu. Semoga kalian tabah berbakti dengan tulus ikhlas mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

6 comments:

Mama said...

Salam Yati....
Selamat Hari Ibu & Guru buat Yati. Mak Mertua sama mcm mak kita juga ...sayangilah dia selagi dia masih ada. Sekurang2nya dia dpt mengganti ibu Yati yg sudah tiada.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah,
T. kasih atas ucapan. Betul kak, bila org tua kita dah tak ada terasa rindu mendengar nasihat dan bebelannya, tercium bau enak masakannya dan rindu pada semua kenangan bersamanya.

Ibu n Abah said...

salam yati..
juga diucapkan selamat hari guru dan hari ibu buat Yati...

kakpah said...

selamat hari guru kepada kita cikgu2 aulad ni hehe..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

T.kasih Mah,
Semoga kita semua selamat menjadi ibu yg mithali, disayangi anak2, suami, kengkawan dan semua makhluk di langit dan di bumi.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Selamat hari guru buat guru bosar kita..big boss Aulad dan teman2 seperjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...