Monday, August 16, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Penyakit Sosial Kian Berleluasa..


Masyallah..! Kerana duit, wang, pulus, money hidup ramai orang boleh jadi tunggang langang, terbalik terbongkang dan lintang pukang. Surat kabor hari ini, suami penyangak kaki dadah mintak bini RM30 tak dapat.. simbah anak isteri dengan cuka getah. Lelaki tak berhati perut, suami tak bertanggung jawab, pengecut, makan hasil bini yang hidup susah menjual sayur untuk membesarkan anak-anak.
Di bulan yang mulia ini banyak betul memperlihatkan sikap manusia Islam yang tidak berpandukan iman. Semalam berita suami mengamuk menetak isteri sampai mati, anak-anak cedera parah. Sedih bercampur geram melihat manusia Islam yang kejam tidak berperikemanusiaan.
Kes pembuangan bayi, kedajjalan bapa memperkosa darah daging sendiri bertahun-tahun, guru dan ustaz mencabul muridnya sendiri, merompak, mencuri, merasuah, zina dan maksiat, pemimpin mengkhianati rakyat dan seribu satu keruntuhan akhlak berlaku setiap detik waktu.
Penyakit sosial bagaikan tidak terkawalkan lagi.
Benar-benar kita sedang menghampiri akhir zaman. Kiamat kecil sudah lama berleluasa.
Ke mana kesudahan kita..
Firman Allah swt; "Sesungguhnya kepada Tuhan(Allah) kesudahan kamu(tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali."
Tak larat memikirkan ini semua. Mari kita awasi orang terdekat dengan kita, anak-anak kita, pewaris kita yang juga penentu nasib jatuh bangunnya agama, bangsa dan negara. Mari bina benteng sekukuh mungkin kerana anak-anak kita sedang berada di zaman paling mencabar.
Untuk memastikan dan mengajak ahli keluarga berubah kita harus memastikan perubahan pada diri, maka kita perlu membaiki diri sendiri, persekitaran dan orang lain di di sekitar kita.
Allah swt berfirman bermaksud;
"Amat besar kemurkaan Allah apabila kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu sendiri tidak melakukannya." (Surah al-Saff 61:3)
Kewibawaan dan kehebatan diri akan terserlah disebabkan amal-amal kebaikan yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan pujian, wang, status dan sebagainya. Tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah.
Orang yang hebat ialah orang yang mampu menundukkan perasaan ego dan sombong kepada orang yang lebih rendah daripada kita. Apabila berjaya menundukkan perasaan ego semata-mata untuk menghormati orang lain kerana Allah, maka ia akan mengundang suasana positif, ceria, produktif , bahagia dan mendengar kata. Kehebatan yang hakiki ialah kehebatan yang dipandang baik si sisi Allah swt. Dengan cara ini, insyallah dapatlah kita memotivasikan diri dan orang lain serta memperbaiki diri dan persekitaran.
Akhirnya, marilah kita bertaubat. Andai kita melakukan dosa kerana kejahilan..lalu segeralah bertaubat.
Firman Allah, maksudnya;
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa' 4:17)
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang mereka lakukan; dan Dia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." ( Surah al-Syura 42:25)

2 comments:

Mama said...

Salam Yati
Pagi2 selepas sahur baca N3 yg memberi kesedaran terasa amat bermanafaat... T.kasih.

Semoga kita tidak termasuk di dlm gulungan org2 yg dibenci Allah

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.Zah,
Apa kabar Ayim agaknya. Smg Ayim dan k.zah sekeluarga dlm perlindungan Allah selalu hendaknya.

Memperingatkan diri khususnya, langsung kpd yg terbaca moga2 kita semua dipermudahkan Allah dlm melakukan kebaikan dan sentiasa bermuhasabah diri, insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...