Saturday, October 9, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Ujian Allah...bila-bila..di mana-mana..

Tengahari, bersama suami kami ke Hospital Serdang. Menziarah sahabat baik suami yang sedang terlantar di bilik no 5, wad CCU. Beberapa hari yang lalu beliau masih cergas bersama kawan-kawannya bermain badminton sehinggalah tiba-tiba sesak nafas di rumah dan kini terbaring di katil hospital.

Terdapat dua sumbatan pada salur darah menuju ke jantung. Inilah penyebab beliau mendapat heart attack. Syukur beliau masih sempat memandu sendirian ke klinik swasta. Dengan pemeriksaan ala kadar beliau dibiar berehat di sofa klinik. Tidak puas hati dengan layanan diberi lalu beliau menghubungi menantu lelaki dan minta dihantarkan ke Hospital Serdang.

Doktor hospital amat kesal atas kelewatan beliau mendapatkan rawatan intensif kerana jika terlewat sedikit mungkin sesuatu tidak diingini akan berlaku. Tertanya-tanya di minda, apakah para doktor di klinik swasta tadi tidak berlaku sewajarnya. Merawat ala kadar dan membiarkan pesakit jantung kritikal bersandar-sandar di sofa. Tidakkah sepatutnya dia segera dibawa dengan ambulan ke hospital.

Amat simpati melihat si isteri dalam kesedihan, bimbang dan agak tertekan. Berseorngan menjaga si suami di ruang menunggu siang dan malam. Cuba untuk berihat di rumah sebentar namun katanya hati jadi lebih risau dan sayu..lebih mudah menangis berbanding menunggu di hospital.

Di hospital walaupun tidak selesa kerana letih bersandar dan sukar melelapkan mata di kerusi namun terasa dekat dengan suami tercinta. Terasa sedikit lega bila dapat berbual-bual dengan mereka yang juga menunggu insan tersayang di wad ICU dan CCU. Risau juga si isteri akan kesihatannya sendiri yang tidak lalu makan, tidak lena tidur dan bimbang mengenangkan suami yang terbaring kaku dan amat lemah.

Ya Allah, aku membayangkan diri sendiri. Setabah manakah aku mental dan fizikal menghadapi situasi seperti itu. Terlintas juga andai aku sendiri yang terlantar..siapakah yang akan menjaga aku selain misi-misi di wad hospital.

Setelah memberi sedikit semangat kepada isteri Abang MA, kami minta diri dan melangkah pula ke wad ICU untuk menjenguk kawan sekolah Angah yang sedang koma kerana terlibat dengan kemalangan motor - van berdekatan Warta semalam. Kebetulan ibunya bertugas di tempat kerja suami.

Suatu lagi tragedi pilu kerana anak muda belasan tahun itu bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Kini akibat kemalangan tersebut beliau cedera parah di kepala dan patah kaki. Ya Allah.. lindungi dan selamatkan kami dari diuji musibah sebegini. Ampuni kelalaian kami dan bantulah kami yang lemah ini.

Aku dan suami mendoakan, mudah-mudahan kedua-dua insan yang sedang diuji Allah ini kembali sembuh dan pulih secepat mungkin. Semoga ahli keluarga terdekat banyak-banyak bersabar dan berdoa kepadaNya. InsyaAllah..kedua-dua mereka akan cepat sembuh dan kembali ceria di samping keluarga tercinta.

5 comments:

ibundo said...

ujian ada di mana2. tanpa kita tau bila datangnya dan bagaimana caranya...
aku cukup banyak diuji tahun ni.
Subhanallah!!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Demikianlah k.pah terperincinya Allah mengatur perjalanan hidup kita. Sangka kita, kita telah merancang sebaik mungkin..namun perancangan Alah tidak mampu kita tandingi.

Andai berita gembira yang diberi, bersyukurlah kita sebanyak2nya kepadaNya sebaliknya jika kabar duka yg diterima..bersabarlah kita menghadapinya.

Dr Singa said...

aikkk....
suruh dok rehat kat sofa....???

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam Dr.. lama tak menyinggah.. tu le..pelik ek, mungkin diaorang ingat sakit sesikit jer..small matter, jap lagi ok le tu.. Mujur bro tu sempat call menantu dia..

ibundo said...

ti, kau kena tag. jawab jangan tak jawab..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...