Wednesday, September 29, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Tiupan semangat buat Angah..

Aidilfitri masih berbaki beberapa hari lagi. Masih sempat kalau nak berpuasa sunat Syawal bagi yang belum menunaikannya. Hujung minggu ini Sabtu dan Ahad penuh dengan pelbagai jemputan. Kiranya masih meriah Syawal ini walaupun kebanyakan ibu bapa sedang berdebar-debar menghadap anak-anak yang menduduki peperiksaan. UPSR dan berlalu, PMR pada 5 Oktober dan SPM masih ramai pelajar yang sudah dan sedang bertungkus lumus menjawab kertas Trial SPM.

Angah anak teruna aku nampak cool aje menduduki trial SPM di sekolahnya. Kalau ditanya macam mana paper tadi..boleh buat ke..? Dengan selamba dia kata ok, no problem. Kita tanya susah ke senang soalannya. Dia jawab, biasalah exam..mestilah keluar soalan susah-susah..kalau senang bukan exam namanya.

B.Melayu 1&2, English 1&2, Maths, Agama dan Add Maths dah lepas. Esok Biology menunggu. Aduh.. kenapa hati ibu sering gundah. Tak banyak sedikit pun tetap ada kebimbangan dan kerisauan. Berdoa dan mengharap mudah-mudahan anak-anakku akan berjaya menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang dan memuaskan, insyallah.

Tiba-tiba aku dapat idea macam mana nak happykan hati angah. Tak mau dia tertekan menghadap trial exam dan tak lama nanti akan menduduki SPM sebenar. Mengenangkan kerap kali terdengar angah mengeluh telefon NOKIA miliknya, model kuno bekas ayahnya asyik meragam, aku terfikir nak menggantikan dengan yang baru. Aku dan ayahnya nak surprisekan angah konon.

Angah tidak pandai meminta-minta kalau tidak betul-betul perlu. Walau apa saja keperluan dia sangat bersederhana. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekolahnya, telefon angah paling ketinggalan. Teman sekolah angah kebanyakannya anak orang berada maka segala macama gadget mereka ada. Setakat telefon yang harganya ribu riban dua tiga biji seorang bukan perkara pelik.

Akhirnya semalam, kami hadiahkan dia sebuah telefon NOKIA X2 yang harganya amat berpatutan. Hari ini angah amat gembira bila dia dapat melayari face book dan internet hanya melalui telefon bimbitnya tanpa sebarang bayaran. Anak-anak remaja zaman ini cukup banyak idea dan ilmu bab mengendalikan pelbagai gedget. Maka idea menarik ini bakal kami kongsi dengan mereka, maklum generasi berusia macam aku kebanyakannya banyak benda yang kami tidak tahu.

Melihat betapa gembiranya angah membuatkan aku terharu. Kata angah dia rasa bagaikan bermimpi dan tak percaya sebab dulu kami janjikan selepas SPM baru kami belikan telefon baru. Dengan senyum lebarnya dia berjanji akan cuba berbuat yang terbaik dalam SPM nanti. Mudah-mudahan tiupan semangat yang kami beri ini tidak sia-sia dan mendoakan agar angah lebih bersungguh-sungguh menghadap peperiksaan besar alam persekolahannya yang akan berlangsung sedikit masa lagi.

Anakku..berusahalah menggapai kejayaan demi masa depanmu yang gemilang. Walau apapun keputusan akhirnya nanti... mak dan ayah tetap menerima dengan hati terbuka. Paling penting, mak dan ayah mahukan angah berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dn negara.

4 comments:

WONG KHOO LAI said...

Untung anak2 zaman sekarang... apa tah lagi mendapat ibu seperti anda.Kegembiraan anak adalah kegembiraan kita. Kejayaan anak adalah juga kejayaan kita juga. Tiada yang lebih membahagiakan ibu bapa sekirangnya anak2 cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Pn Kartini said...

Salam to my lovely Sis Yati:)

Utk Angah..mungkin website ini blh membantu dalam berusaha utk SPM:)

:)
http://www.banksoalanspm.com/soalan.html

http://koleksisoalan.blogspot.com/

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Betul tu bahreyn, anak2 skrg mmg sgt beruntung berbanding kita. Sebenarnya saya dan suami tidaklah terlalu beri muka dan menurut melulu kehendak anak2 ni. Kalau betul2 perlu dan relevan baru boleh ditunaikan. Biar mereka tahu susah senang ibu ayah membesarkan mereka.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Terima kasih sis tini,
Nampaknya kedua-dua sahabat kita ni guru dan kalian amat arif saat-saat murid akan menduduki peperiksaan besar SPM tak lama lagi.

Ibu bapa berdebar2 dan apa kurangnya para guru yg telah bertungkus lumus mencurah ilmu. Pasti hanya kejayaan yg diharapkan kepada anak didik.

Semoga website yg cikgu tini lampirkan akan membantu anak akak membuat latihtubi dan rujukan. Terima kasih sis tini, mudah2an kesemua anak2 yg bakal menduduki peperiksaan akan memperoleh kejayaan cemerlang, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...