Monday, January 24, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Mengintai Januari 2011 yang sudah di penghujung..

Lama juga rasanya aku biarkan blog ini bersawang. Sejak PC kesayangan ni buat hal, dihantar berubat dan masuk wad, aku lama tak mengetuk keyboard. Apabila lama sangat terbiar, semangat menulis pun luntur..jadi malas dan hilang gian nak berblog.

Malam ini aku seperti jadi orang baru yang mencuba-cuba nak menulis, seakan kekok dan kelu nak mengukir kata. Sungguh ia mengambil masa dan aku bagaikan tersepit anatara dua rasa. Sebenarnya ada banyak kerja yang patut aku laksanakan dan akibat menyinggah ke depan PC ini lalu bagaikan banyak sekali masa aku terbuang begitu saja.

Ada hati kecil berkata-kata, alah...sekali sekala, kan dah lama tak berbicara...

Oklah. Tahun baru bulan terawal Januari sudah hampir ke penghujung. Melalui Januari 2011 banyak sekali terakam pelbagai perkara menarik pembuka tirai buat bulan-bulan seterusnya.

11.1.11 - mak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 14 buat adik, mak dah doakan yang baik-baik untuk adik.
12.1.11 - ucapan selamat ulangtahun kelahiran ke 49 pula untuk suami tercinta...pasti doaku buat suami juga yang terbaik dan mudah-mudahan kita sekeluarga sentiasa dilimpahkan dengan kesejateraan, keselamatan dan keberkatan dunia akhirat.

1.1.11 - Menghantar kakak kembali menyambung semester terakhirnya ke UITM Segamat juga sangat menarik. Teruja sungguh bila inilah pertama kali dia merasa duduk menyewa bersama lima orang lagi teman sepengajian.

Alhamdulillah, syukur dia mendapat kediaman teres 3 bilik yang luas dan selesa. Lengkap dengan segala kemudahan asas. Tuan rumah telah menyediakan dapur memasak, peti ais dan mesen basuh. Keperluan lain sudah kami dan teman-teman serumah kakak bawa dari rumah seperi TV, microwave oven, kipas tambahan dan aneka keperluan hinggakan sebiji kereta juga dibawa oleh teman sepengajian kakak bagi kemudahan pengangkutan untuk ke kuliah dan sebagainya.

Beruntung sungguh anak zaman ini. Seberapa boleh ibu bapa masing-masing hendak melengkapkan segala keperluan agar anak mereka tidak terlalu bersusah payah menanggung kesulitan. Seharusnya kalian bersyukur dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan berusaha untuk mencapai keputusan terbaik final semester ini, insyallah. Kutiplah pengalaman suka duka tinggal di luar kampus ini sebagai suatu pengalaman terindah untuk kalian menempuh masa yang akan datang.

Angah yang sedang menanti keputusan SPMnya dan panggilan ke PLKN tidak membiarkan masa terluangnya habis dengan sia-sia. Buat masa ini Angah rajin menjalankan tugasnya sebagai kakitangan petrol pam di Petronas berhampiran rumah. Bersemangat nampaknya dia dalam menjalankan tugas yang diberi.

Bertugas mengikut shif siang malam menjadi juruwang di kaunter dan mengendalikan NGV untuk diisi ke kereta pelanggan, benar-benar memberikan Angah suatu pengalaman baru yang menarik dan mencabar. Berkobar-kobar dia apabila sesetengah pelanggan mengucap tahniah dan meniupkan kata-kata semangat kepada pelajar lepasan sekolah sepertinya yang sanggup menghabiskan masa menimba pengalaman sambil mengumpul wang.

Rasa simpati seorang ibu pada mulanya kini bertukar gembira dan bersyukur. Biarlah Angah belajar erti susah payah mencari rezeki. Biar dia belajar makna tanggungjawab terhadap tugas dan diri sendiri. Biar dia merasa rezeki dari titikpeluh dia sendiri. Kesemua pengalaman ini akan menjadi memori terindah buatnya nanti.

Di samping bertugas mencari rezeki, Angah sempat belajar memandu kereta-motor. Semoga Angah lulus dalam ujian memandunya tidak lama lagi, insyallah. Doa mak ayah mudah-mudahan anak-anak tersayang akan berjaya meniti kehidupan dunia dan akhirat.

Kepada ayah dan adik yang tengah diuji Allah dengan demam, batuk dan selsema..semoga cepat sembuh hendaknya. Mak pun dan mula sakit tekak dan bersin-bersin ni, harap tak berjangkitlah ye.. Tugas di sekolah dan di rumah sentiasa menanti. Kalau mem dah tumbang, takut banyak kerja terbengkalai nanti.




9 comments:

Zaitun said...

Masih belum terlewat agaknya.Kak Zai ucapkan selamat ulang tahun buat adik dan hubby semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Buat kakak selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar yang cuba hidup berdikari.

Dan buat angah mudah2an lulus dalam ujian pemanduan.Bekerjalah dengan hati yang tulus ikhlas,insyAllah akan di berkati.

aliaaroslan said...

kakak dah final sem? lepas ni sambung lagi tak?

good luck angah dengan driving test.

Mama said...

Salam Yati

Lama betul Yati cuti... apa2pun KZ doakan semoga semua urusan keluarga berjalan lancar.

WONG KHOO LAI said...

Semoga tahun 2011 akan mendapat lebih keberkatan dan kesejahteraan diri dan keluarga dariNya.
Jangan jemu berblog.

WONG KHOO LAI said...

Agaknya May dah bersalin kot...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak Zai,
Terima kasih atas ucapan, semoga k.zai sekeluarga juga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sentiasa, amin..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam di kejauhan Aliaa,
apa kabar sekeluarga di sana,selamat tahun baru dan semoga kejayaan dan kebahagiaan mengiringi kalian.

Insyalah kakak akan sambung degree in Islamic Bangking nanti.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Kak Zah,

Memang lama bercuti sampai naik malas nak menekan keyboard. Tunggu mood nak menulis tak datang-datang.

Doa saya semoga KZ sekeluarga dalam rahmat Allah sentiasa, amin..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Cikgu Bahreyn,

Selamat menenpuh cabaran dan hari2 indah tahun baru 2011. Semoga terus berjaya dalam menjalankan tugas seorang guru besar yang berwibawa dan dedikasi.

Mendoakan juga semoga cikgu sekeluarga dirahmati Allah sentiasa hendaknya.

Insyallah masih tidak jemu berblog. May selamat melahirkan 4 ekor anak2 yg comel, 2 jantan dan satu betina..hu..hu..melayan bebudak berbulu ni pun cabaran jugk nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...