Monday, January 31, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

dan SEGAMAT pun banjir lagi..

Maaak!!! Habislah barang-barang akak...buku-buku, kain baju, tilam bio-ion Zhulian mak, mesti semuanya dah tenggelam dalam air.

Tidaaaak!!! Itu reaksi pertama mak dia. Macamana ni kak...apasal tak letak kat tempat tinggi.

Ala... mana nak tau Segamat nak banjir lagi.

Masyallah, demikianlah selalunya reaksi kita bila ditimpa musibah. Sebelum kita redha, kita terlebih dulu dilanda rasa kesal, mengeluh dan menyalahkan keadaan. Kemudian bila telah reda rasa terkejut dan gelabah, akhirnya kita akan berkata..begitulah kalau sudah ketentuan Allah swt. Tiada daya upaya kita nak menghalangnya.

Sejak kakak pulang ke Bangi untuk bercuti mid sem Sabtu lalu, telah ada riak kebimbangan di wajah kakak. Dia sudah mula bercerita tentang air telah mula naik melanda kampung-kampung sepanjang perjalanan pergi balik ke UITM Segamat. Hujan juga sentiasa turun setiap hari. Namun di minda masing-masing belum terfikir akan berlaku banjir besar seperti tahun 2006 dulu.

Rumah sewa kakak dan kawan-kawan terletak betul-betul di tengah bandar Segamat. Bila Labis yang sibuk dengan pilihanraya dilanda kehadiran orang ramai untuk mengundi, rupa-rupanya ia diiringi sekali dengan turunnya hujan lebat yang berpanjangan. Hujan lebat melanda bukan sahaja di Segamat malah seluruh negeri Johor. Ibu mertua di Batu Pahat juga sudah menelefon kami memeberitahu bahawa rumah di kampung juga sudah mula dinaiki air.

Kebimbangan kakak dan keseluruhan teman-teman sepengajian di UITM Segamat memang berasas. Baru sebentar tadi kakak menghubungi salah seorang pensyarahnya yang tinggal berdekatan dengan rumah sewa kakak. Teruja sungguh dia nak tahu bagaimana agaknya keadaan sebenar yang berlaku di tempat tinggal mereka sekarang.

Seperti yang diharapkan ianya tidak berlaku namu ujian Allah mendahului segalanya. Ustaz K memberitahu rumah teres dua tingkatnya sudah dinaiki air separas pinggang. Mereka sekeluarga terpaksa tinggal di tingkat atas rumah. Mereka juga tidak dapat keluar ke mana-mana kerana kesemua jalan terputus hubungan. Bayangkan bagaimana keadaan rumah sewa kakak yang cuma teres setingkat dan terletak di kawasan belakang rumah Ustaz K. Aduh...! Kakak hanya dapat menutup muka dan telinga dengan jari sepuluh mengambarkan kengeriannya mendengar khabar tersebut.

Pertama kali duduk menyewa di luar kampus. Sering bercerita akan keseronokan tinggal bagai di rumah sendiri tiba-tiba diuji dengan peristiwa banjir ini. Dalam keadaan masing-masing seronok menghabiskan cuti mid sem di samping keluarga tercinta akhirnya terpaksa memikirkan bagaimanalah agaknya keadaan rumah sewa berserta barang-barang peribadi yang ditinggalkan di sana.

Buat kakak dan teman-teman senasib dinasihatkan pertama-tamanya hendaklah mengucap syukur setinggi-tingginya terhadap Allah swt. Kakak serta teman-teman seperjuangan semuanya selamat di samping keluarga.

Tentang barang-barang penting yang basah, rosak dan musnah, usah dibimbangkan. Insyallah ia boleh diganti baru. Kata ustaz K, berkemungkinan cuti mid sem ini akak dilanjutkan sedikit akibat banjir ini, maklumlah ramai pensyarah, kakitangan dan pelajar UITM yang tinggal di sekitar Segamat pasti mengalami nasib yang sama.

Sama-samalah kita berdoa agar hujan cepat reda dan banjir yang melanda kembali pulih seperti sediakala. Nanti kita sama-sama usahakan apa yang perlu bila kakak kembali semula ke Segamat, insyallah.

2 comments:

Zaitun said...

Kat Kl pun kalau hujan aje pasti banjir.

Harap2 barang2 kakak tak ada yang rosak.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

kak Zai,

Banjir di KL selalunya banjir kilat..kalau sampai masuk ke dalam rumah suspen jugak kan..

Bab barang2 kakak yg rosak memang dah tak boleh dielak sebb air naik separas pinggang, bayangkan barang penting dan harian yang terendam lama dlm air, hu..hu..

Insyallah bila jln terputus sudah boleh dilalui, kami akan ke sana utk meninjau segala kerosakan dan membantu apa yg patut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...