Wednesday, February 2, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Banjir dan jemputan kawin...


Pasal banjir di Segamat, katanya air dah mulai surut cuma menanti jalan menuju ke Segamat yang terputus kembali pulih. Tiada aral, insyallah Sabtu ini akan ke sana menghantar kakak pulang. Tak sampai hati membiarkan dia pulang sendiri dan menghadap segala kemusnahan dan kerosakan seorang diri walaupun ditemani rakan serumah. Akan kami tinjau segala yang perlu dan membantu apa yang patut. Seperti dinyatakan dalam FB, ibubapa teman-teman serumah kakak pun akan berbuat perkara yang sama.

Memandangkan cuti panjang Tahun Baharu Cina, banyak sekali jemputan walimatulurus anak kawan aku dan suami serta saudara mara yang kami kena hadir hingga ke JB sana. Khusus pada majlis kawin yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini. Terpaksalah dikorbankan jika keadaan tidak mengizinkan.

Bercakap pasal majlis kawin ni, ada teman yang masih bertanya agak-agak berapa jumlah salam keruk (loghat Johor) yang patut disalam ke tangan mak ayah pengantin. Memandangkan harga barang dan sewa khemah, dewan dan katering sudah melambung naik, mereka bimbang salam keruk pun pasti kena bubuh tinggi dari dulu.

Masyallah...bagi aku terpulanglah ikut sejauh mana ikhlas sipemberi dan ikut juga kemampuan. Ada sesetengah mengukur paras ukuran bergantung pada siapa dan taraf tuan rumah yang menjemput. VIP, VVIP, orang berada, pertengahan atau marhaen yang biasa-biasa macam aku. Paling dibimbangi andai sesetengah negeri dan daerah yang masih mengamalkan mencatit jumlah wang dan apa barang yang diberi.

Kawan aku sebenarnya suspen sebab ada seorang mak pengantin ni, semasa majlis walimah anak sulungnya pernah terlepas cakap. Dia bantai mengutuk teman sendiri yang hadir ke majlisnya itu kedekut nauzubillah. Aku yang kebetulan ada sama turut mendengar dan terngiang-ngiang di telinga sampai kini (apsal la aku ada sama masa tu ek..nyesal..tapi aku hanya mendengar dan tak menyampuk sebab terkedu..hu..hu..).

" Kau tau si anu tu, ada ke patut dia bagi lima hinggit jer..kedekut nak mampus..!"

Masyallah, dalam hati aku berkata..suka hati orang tu la nak bagi berapa, janji ikhlas. Sepatutnya kita yang jadi mak bapak pengantin janganlah nak mengharap duit orang. Kita jemput orang datang majlis kawin anak kita tentulah seikhlas hati agar majlis anak kita meriah, diberkati dan didoakan oleh mereka yang hadir agar selamat dunia akhirat. Kalau niat kita semoga orang ramai berduyun-duyun datang dan menyumbang sebanyak mungkin, itu sudah silap. Mengharap agar mudah-mudahan segala perbelanjaan yang telah kita labur dan leburkan balik modal, aku kira belum cukup ikhlas.

Andai sampai masa aku pula bermenantu, ku mohon ya Allah Engkau pelihara hati dan niat ikhlas kami. Jangan sampai pahala yang dicari, dosa pula yang jadi. Seharusnya kita berdoa semoga jodoh anak-anak kita berpanjangan dan hidup aman damai, majlis kita diberkati Allah dan para jemputan dapat hadir dengan selesa menjamu selera. Soal salam keruk tu terpulanglah, orang memberi kita menerima seikhlas hati. Lain kali bagi si pemberi sumbangan, jangan rajin sangat menulis nama anda atas sampul duit tu, tak pasal-pasal tuan rumah tau berapa jumlah isinya. Kalau banyak bolehlah berbangga tapi kalau ciput tak pasal-pasal kita kena malu bila disebut-sebut dek mak ayah pengantin.

Selalu kena ingat lain padang lain belalangnya, lain orang lain ragamnya. Rambut sama hitam hati lain-lain.


4 comments:

Mama said...

Salam Yati

Mmg betul tu Yati.. bila kita buat kenduri kahwin, kawan2 sudi dtg pun dah 1000 kali syukur... buatnya takde org dtg.... masyaallah... KZ setiap kali kenduri itulah yg dirisaukan... kalau2 org tak sudi dtg... tengok org dtg dh happy... hadiah/sumbangan tak penting

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Setuju dengan KZ, bersyukurlah jika tetamu yg dijemput sudi datang ke majlis kita. Besar pahala menjamu org makan. Kalau berkira sgt nanti hati tak tenang, fikiran tak lapang..apa lagi kalau banyak berhutang.

Zaitun said...

Bab salam keruk kalau boleh jangan dipersoalkan sebab niat kita jemput orang nak memeriahkan majlis,bukan nak mengharapkan pemberian.Harap2 janganlah hati kita macam yang Yati ceritakan.

Jiran adik kak Zai tak terima sebarang duit masa majlis anaknya kawin,mulia betul hati mak ayah pengantin tu.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mulia sungguh hati jiran adik k.zai tu, tapi kalau dah orang bersalam sambil menyelitkah sampul duit ke tapak tangan kita sebaiknya kita terima dengan sangkaan baik tentu mereka ikhlas memberi dan kita ikhlas menerima. Kedua-dua pihak dapat pahala.

Lagipun dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita, seandainya pergi jemputan kawin dengan tangan kosong terasa segan pulak sedangkan tuan rumah tak pernah meminta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...