Friday, May 27, 2011 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Bila sudah ajal...

Foto terakhir beberapa minit sebelum Tatam pergi meninggalkan kami...

Al kisahnya, aku sekeluarga masih bengkak2 mata kesedihan di atas kematian TATAM kucing kesayangan kami. Petang semalam lebih kurang pukul 4.00 ptg, aku dan Nur Sakinah keluar membeli barang keperluan di Giant, Bangi. Dalam perjalanan balik kira-kira jam hampir 6.00 ptg, suami telefon mengatakan Tatam dah terbaring mati di atas rumput di hadapan rumah tempat aku parking kereta.

Masyallah.. sebelum memulakan perjalanan tadi aku dan kakak sempat bermain2 dan mendukung Tatam sambil kami snap beberapa keping gambar. Oleh kerana Tatam dan Tom suka bermain di bawah kereta, maka setiap kali sebelum memulakan perjalanan kami akan pastikan mereka berada di tempat yang selamat.

Sakinah telah pasti Tatam dan Tom berada di dalam pagar di halaman rumah, baru kami mulakan perjalanan. Kami bergerak tanpa merasa dan mendengar sebarang perkara yang tidak diingini. Kami begitu yakin bahawa Tatam sedang bermain dengan Tom di dalam halaman rumah. Apakan daya...sesungguhnya Allah swt jua yang memegang nyawa setiap makhluk.

Tiba-tiba dengan sekelip mata, aku menerima panggilan suami Tatam telah tiada. Dalam telefon suami berkali-kali bertanya adakah aku yang terlanggar Tatam tadi. Aku tau dia tersangat sayangkan Tatam. Tatam juga memang teramat manja dengan dia. Kedua-dua ekor kucing begitu rapat dengan suami. Setiap kali mendengar bunyi kereta dan motor suami yang baru pulang dari tempat kerja atau surau/masjid, pasti kedua-duanya akan berlari-lari menyambut tuannya.

Aku tidaklah terlalu terkesan sekiranya benar aku yang terlanggar Tatam sebab aku sedikitpun tidah perasan akannya. Seandainya pada ketika itu aku terasa dan terdengar bunyi aku sedang terlenyek Tatam, lalu dengan cemas keluar dari kereta melihat dia cedera parah dan mati di depan mata... pasti perasaan menjadi teramat pilu ditambah dengan rasa bersalah sampai bila-bila.


Lihatlah Tatam yang comel, manja dan cerdik. Bukan mudah melupakan kenangan bersama dia..

Tom memandang pilu jasad Tatam yang ditutup akhbar, saat ini suami masih tidak sanggup hendak menggali tanah dan mengabdikan jasadnya. Suami mahu menunggu adik pulang dari sekolah untuk menatap buat kali terakhir jasad Tatam... Akhirnya setelah kembali berjemaah maghrib di surau, barulah datang kekuatan bagi menanam jasad Tatam. Kebetulan lubang sudah sedia digali beberapa hari untuk suami menanam pohon kuini atau gajus yang dibelinya. Rupanya perancangan Allah termakbul dahulu. Lubang digali rupanya untuk menempatkan kucing kesayangnya buat selama-lamanya.

Masakan boleh melupakan Tatam begitu mudah, setelah melihat dia lahir ke dunia di depan mata. Menjaga dan memelihara semasa sakit dan sihatnya. Bermain, bergurau dan bermanja dengannya adalah memori paling indah....

Pagi selepas solat Subuh, aku masih sempat bermain dan mengambil gambarnya yang sibuk hendak menangkap tali kamera... Selamat tinggal Tatam 26.11.10 - 27.5 11.

Kelihatan Tatam yang sedang melunjurkan kaki. Saat-saat manis mereka berkumpul anak beranak. Akhirnya hanya Tatam dan Tom yang kami pelihara. Dua lagi adik beradiknya kami beri kepada tuan baru dan begitu juga dengan ibunya yang sarat bunting kali kedua.

Duhai Tatam yang kami kasihi... Allah lebih menyanyangi kamu.. syukur masih ada Tom buat pengubat rindu dan Tom juga kelihatan tercari-cari kerana dia pasti sunyi tanpa Tatam tempat bergurau, bergumpal dan berkejar-kejaran sepanjang hari...

Angah yang juga sangat memanjakan Tatam dan Tom pasti sedih dan terkilan tidak dapat bersama Tatam sejak dia berada di UiTM, Jengka. Angah sangat perihatin dan paling rajin ke kedai membelikan makanan Tom dan Tatam. Dia belum dikhabarkan akan kematian Tatam.

Aku tak mahu berlarut dalam kesedihan, nak happykan hati dan perasaan.. Kematian memang suatu peringatan bagi kita.. kematian haiwan kesayangan pun kita bersedih, inikan pula perginya orang tersayang di sekeliling kita. Sungguh.. kematian adalah perkara paling hampir dengan kita. Sangat hampir... dan akan tiba bila-bila.


Berita gembira bila pertama kali mendengar suara Angah di telefon. Suara girang berbaur sebak bila dia dapat bercakap dengan ibunya. Kata Angah dia sihat dan merasa seronok menjalani minggu mesra siswa di kampus. Kesemua siniors baik-baik, rakan sebilik ok, makan sedap, tidur nyenyak walaupun program sangat padat. Bangun 4.30 pagi dan selesai jam 1.00 malam. Seronok katanya dapat solat berjemaah setiap waktu dan akan cuba kekalkan seperti yang maknya pesan. Alhamdulillah....setiap waktu mak ayahnya mendoakan yang terbaik untuknya. Nanti ada cuti panjang dia akan pulang ke rumah dan tak sabar menanti saat itu.



Di hari pendaftaran... berdebar-debar akan menempuh hidup baru di kampus dan suspen bakal ditinggalkan mak, ayah dan kakak untuk pulang semula ke Bangi, hu..hu..

Lagi khabar gembira.. syukur kakak Kina telah menerima keputusan final exam diploma dia dengan cemerlang.. fiying colours and dean least.. alhamdulillah. Sedang berdebar-debar juga menunggu di mana dia akan di tempatkan untuk menyambung degreenya nanti. Harap-harap janglah jauh-jauh sangat... 4 kampus dia bakal ditempatkan, sama ada di Shah Alam, Segamat kampus lamanya, Sg Petani atau Terengganu.

Walau di manapun nanti, mak ayah tetap bersyukur. Paling penting kakak gembira meneruskan pengajian dengan semangat membara dan berusaha bersungguh-sungguh selama 2 tahun saja lagi bagi mencapai cita-citanya menggenggam ijazah dengan jayanya, insyaAllah.

7 comments:

Pn Kartini said...

assalamualaikum kak Yatie tersayang

Sabar yaa sis..
Memang betul kata akak..sesungguhnya Dia Maha memegang nyawa setiap makhlukNya...sampai saat dan tikanya..pasti ia pergi jua..sebegitulah juga dengan kita kan kak....

sedih membaca rentetan kisahnya...:(

Mama said...

Salam Yati

Kematian Tatam... KZ ucapkan takziah.

Nasib baik ada berita gembira dari anak2.... alhamdulillah. Tahniah kpd kakak.

Lega ye bila mendengar Angah dpt menyesuaikan diri di tempat baru... berbanyak2 syukur

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

wa'alaikumussalam Tinie,

alahai cuma kematian seekor kucing, namun setiap kematian dan kehilangan kucing2 yg kami pelihara tetap menimbulkan rasa hiba kerana mereka begitu dekat dihati...

saat kita bertemu Illahi entah bila kan Tinie, smg kematian kita nanti dlm iman dan rahmatNya.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,

T.kasih KZ, sebenarnya suamilah yg paling terasa sebab Tatam terlalu manja dengan dia..

Betul KZ lega bila Angah happy di sana dan tak sabar katanya nak mulakan kelas.

Alhamdulillah, syukur atas apa saja rezeki kurniaan Illahi, baik dalam susah mahupun senang.

Anonymous said...

salam...

saya juga sedang mengalami saat kesedihan sekarang ni.. Kucing kesayangan (Blacky) yg saya bela dari kecil telah mati pada 3/6/2011 yg lalu akibat dari makanan yg tdk berkhasiat. Dia mengalami kencing berdarah dan batu karang dn menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi..
apa pun biarpun kehadiran cuma seketika (feb 10 - jun 11)dia telah menceriakan kami sekeluarga dgn telatahnya & manjanya hingga nk tido, mandi, solat sume dia nk ikut.

Blacky we love u so much...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Anonymous,

T.kasih menjenguk ke sini.. sedihkan tatam dan blacky sudah tiada di samping kita. Saya seklrga sentiasa merinduinya, terasa2 kehadirannya, terbayang2 keletahnya.. selalu tersilap memanggil Tom terpanggil Tatam.

Syukur Allah sempat pinjamkan Blacky maupun Tatam kpd kita. Sempat kita mencurah kasih sayang dan menerima kemanjaan dari mereka. Insyallah kamu akan mendapat ganti yg lebih dari Blacky nanti.

Anonymous said...

insyaallah..
sama2 la kita berdoa ye..sesungguhnya Tatam mahupun blacky adalah mahkluk bernyawa ciptaan Tuhan.
Setiap yg hidup akan mati..
Yg pergi akan berganti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...