Sunday, November 8, 2009 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

HAK ORANG, HAK AKU.

Aku berfikir tentang benda ni dah lama. Sampai naik serba salah. Lagipun hal kecik jer... ala.. toksah pikir ar.. lupakan..buat tak reti jer. Halalkan. Tapi dalam aku cuba buat tak kisah, benda tu lalu juga dalam otak aku. Bayangannya singgah juga dalam pandangan aku. Ni yang leceh...

Aku rasa hal-hal dan peristiwa yang kita lalui sendiri pasti telah dilalui oleh orang lain di sekeliling kita. Cuma.. terpulang pada kita nak jadikan dia masalah besar atau kecik punya hal. Masalah aku sebenarnya...ish segan la nak citer. Small matter jer.. tapi.. nak cerita juga la.. al kisahnya;

Itu hari, lama dah masa bulan ramadhan, biasa la bulan posa kita digalakkan berbuat baik, bersedekah sesama jiran. Aku pun nak cari pahala konon nak jamahkan jiran tetangga puding roti yang aku buat untuk berbuka posa. Ala.. jiran sebelah kiri kanan jer, buat pun bukan banyak.

Suami aku punya la baik, siap tolong potongkan dan isi dalam pinggan cantik kesayangan aku. Ok la, cuma aku kata bubuh aje dalam bekas plastik biasa pakai buang, senang supaya taklah diaorang terasa cam nak kena balas pulak nanti. Maklum bila bagi guna bekas cantik-cantik, nak kena pulangkan balik. Kalau pulangkan bekas kosong jer terasa segan lak, nak la isikan ape-ape ke sebagai balasan. Biasa la orang pompuan, orang tak kata ape-ape lagi dia dah bayang kot-kot kena kutuk ke.

Bab orang nak balas ke tidak pemberian aku, memang aku tak kisah. Sebab tu la aku suka bagi pakai benda sempoi-sempoi jer supaya diaorang tah payah pening pikir nak pulang balik bekas aku tu. Tapi...masalahnya bekas piring/pinggan yang suami aku bubuh puding tadi benda kesayangan aku. Dahlah satu set, kalau-kalau orang tak pulang balik alangkah terkilannya aku hu..hu...hu....

Tapi suami berkeras suruh bagi jer pakai pinggan tu, nak kasi kat orang kena la pakai bekas cantik sikit sebagai tanda hormat, kata dia. Ok la, aku hormat cakap suami aku dan agak terpaksa juga la kiranya... Bingkisan bertukar tangan dengan ikhlasnya dan hatiku berbunga-bunga macam bunga kat pinggan tu sebab dapat buat pahala pada hari mulia di bulan posa la katakan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Tolong jangan salah faham. Aku sama sekali tidak mengharapkan dapat balasan ayam golek ke, puding diraja ke atau cokodok bilis sekali pun. Tapi.... tu pinggan aku yang sebijik tu! Tolong aaa...kang kurang sebijik tak cukup satu set 6 biji semuanya. Kalau ada jual kat pasar malam, dah lama aku ganti 10 biji lagi.

Sampai hari ni tak nampak gaya pun dia nak pulangkan. Padahal, hari-hari terserempak malah kalau sempat siap bertanya kabar dan berborak kejap. Yang peliknya, punyalah berat mulut aku nak bertanya pasal pinggan tu. Bimbang betul takut kalau aku bertanya nanti dia termalu atau tersinggung. Pelik bin ajaib, dia betul-betul terlupa atau buat-buat terlupa ek?
Jiran aku yang sebelah lagi tu bagus, memang orang berilmu patut la laki bini jadi pensyarah universiti. Awal-awal dia dah pulangkan pinggan aku tu siap dengan juadahnya sekali sebagai balasan. Terima kasih banyak-banyak.

Alahai tak pe la, janji niat baik kita dah terlaksana dan kita tambah lagi pahala dengan menghalalkan jer orang amik barang kesayangan kita. Think positif, mungkin dia minat sesangat kat koleksi kita tu dan nak tambah koleksi pinggan mangkuk dia yang pasti cantik-cantik belaka agaknya.

Jangan lupa jadikan la cerita-cerita cam ni sebagai teladan anak cucu kita. Kalau agak-agak berkenankan hak orang mintak la izin dulu. Tak kira la anak dara orang ke, bini orang ke atau harta benda orang. Pokoknya jangan main rembatnya macam lanun yang tak bertamaddun. Sama ada juga cara halus atau kasar.

Dalam kita hidup berjiran, berhati-hatilah. Seboleh mungkin jagalah hati jiran dengan menjaga tuturkata dan perbuatan kita. Banyak benda yang kita terlepas pandang. Bimbang dalam baik-baiknya kita masih juga ada hati yang terluka. Peringatan buat diri sendiri khususnya. Hilang barang boleh diganti, putus persaudaraan dan persahabatan merana diri.

2 comments:

ASH said...

Alahai kak...
buka jer mulut, tanya!!
Buat selamber dekk

Kalau ada bibik, tanya sama bibik dia.
Habis cerita..
Ni dok terkonang konang...

Buat cam gini:

" Adikkkk/kakakkkkkk..
hari tu saya rasa saya ada bagi pinggan berisi kuih kat adikkkkk/kakakkkk..Ada tak pinggan tu...rasa rasa laaaa?"

(buat buat lupa..berlakun la sikit)

"Ish..rasa macam ada bagi kat adik/akak ni sebab saya ni jenis terlupa la..."

eclispe said...

betul tu.. buat buat je tanya sal pinggan tu.. hehe.. xpe, kalau mak segan, meh akak yg tanyakan.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...