Tuesday, March 16, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Tengok Wayang...

Anak teruna aku mohon kebenaran nak tengok wayang dengan kengkawan dia. Dah aku pastikan kat mana, dengan siapa, naik apa, berapa lama, begitu begini soalan mengalahkan polis pencen, akhirnya diluluskan.

Kesian pulak, sesekali nak rehatkan minda. Dia pun boring juga oleh kerana mak ayah dia kalau soal; dah belajar? dah buat latihtubi? dah buat homework? ada tuisyen hari ni? Study hard, SPM dah dekat. Huh..! Seronoknya soalan tu..boring giler! Pulak tu baru selesai program motivasi di Bukit Unggul, kena asak minda lagi. Letih..

Setahu aku sepanjang hidup dia, tak sampai lima kali dia tengok wayang, kakak dia pun begitu lebihkurang, adik dia yang form one ni lagi la tak pernah. Mak ayah dia tak kesian pun..malah lansung tak galakkan. Sebabnya....

Mak ayah dia tak minat tengok wayang. Lagi pelik kami memang tak pernah tengok wayang berdua samasekali. Seingat aku, last sekali aku tengok wayang masa aku form one atau form two kalau tak silap. Itu pun sebab kena paksa dengan kengkawan.

Terkenang semasa budak-budak dulu, aruah mak dan makcik pernah bawak aku tengok wayang cerita hindustan Bobby, lima enam kali pulak tu..nasib baik filem tu best..sangat. Lagi.. ajak tengok cerita Jaws dan beberapa lagi. Kebanyakannya aku tak ingat, sebab aku tak minat.

Panggung wayang Cathay, Rex pada masa tu seingat aku entah apa-apa. Aku tak suka bau hancing, kotor..ada lipas dan tikus, sound dia pekakkan telinga, panas lemas bau asap rokok, ada couple ringan-ringan, sakit leher mendongak bila kena baris depan dan..paling sakit hati ,masa anak dara dulu.. bila keluar dan masuk panggung ada gangguan seksual..jantan miang garpu berjalan. Pokoknya bagi aku menonton wayang lansung tak menyeronokkan, buang masa, sakit hati dan menyampah. Pada aku lah..

Panggung wayang sekarang, dengar cerita anak aku canggih, menarik, sound sistem class, ada aircond dan boleh makan popcorn. Ye la tu.. ingat mak heran ke, tengok filem lalu CD dasn VCD kat rumah pun aku tak minat, sampai player cuma jadi hiasan jer. Dengar cerita juga harga tiket campur beli air dan popcorn boleh tahan juga mahalnya.

Yang sebenarnya...aku teringin juga nak cuba pergi menonton wayang zaman moden ni. Kekadang tu keluar pulak soalan bodoh, segan tak kalau orang tua cam aku pergi tengok wayang? Kalau tak try dari sekarang bila lagi. Malu pulak kalau orang tanya, aku satu habuk pun tak ada eksperian.

Malu gak kalau ketinggalan zaman. Puas anak-anak cuba ajak aku join diaorang tengok wayang kat Alamanda, The Mines, Mid Valley atau kat Warta Bangi. Teringin.. tapi semua planning tak pernah jadi. Pernah cuba-cuba ngorat ayah dia ajak tengok wayang berdua, jawapannya hampeh! Awak pergi la sorang-sorang, saya tak minat..berdosa. Hu..hu..berdosa pulak kata dia, sampai hati...

Sudahnya sampai setua ini aku belum pernah jejak di sebarang panggung wayang dalam Malaysia ni. Teringin nyer nak tengok cerita hantu kat wayang, mesti cam rialkan. Takpun tengok cerita Hindustan cam dulu-dulu, sure syok punya.
Agak-agaknya bilalah aku diizinkan Allah berpeluang ke pawagam yang serba canggih dan serba moden tu agaknya. At list, teringin gak sekali....he..he...

6 comments:

Ibu n Abah said...

salam yati,
hmmm... saya ni bertentangan pulak dengan cerita yati tu. Anak2 saya memang ayah depa suka bawak tengok wayang esp. macam cerita kartun dan science fiction. Mcm Harry Potter saya tak bagi dan anak-anak tak dapat tgk...
Saya dan suami pula suka pergi merehatkan minda tengok cerita yang macam 2010, Avatar..
Rasa saya sekadar menghilangkan penat bekerja dan memikirkan segala macam masalah... berbaloi juga tengak wayang. Sekarang dah ada panggung mewah. Tiket sampai RM60 seorang. Kerusinya kerusi mewah dan menjamin keselesaan. Ikut pada kita, rasanya selagi kita tahu yg mana realiti dan fantasi... okaylah kut tgk wayang. Wallahualam....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mah ada masa jom teman saya menonton wayang, dulu berkobar-kobar sgt nak tengok 2012 tu dekat pawagam, sekali anak-anak ajak tengok lalu komputer lansung hilang semangat,bila dah tau jln cerita... saya tengok separuh jln jer sebab cepat jemu. Mungkin suasana tak sama kalau di pawagam. Debarannya lain macam sebab macam rial kan..

kakpah said...

jom tengok alice in wonderland..hehe..

DrSinga said...

tengok wayang sambil makan koci kan masa dolu2 tu...
:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah, sebenarnya saya lg suka tengok cerita bertema keanak-anakan cam tu, rasa happy jer. Terkenang zaman kanak-kanak kita,teruja sgt membaca story book sampai termimpi-mimpi..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Dr Singa, (terasa cam ada lion tengah merenung tengkuk kita). Tak balik Muor cuti sek ni? Sebut pasal koci, dah lama benor tak mengunyah dan mengopek koci. Dah tua-tua ni, tak larat nak mengopek kulit koci, mata plak dah rabun..dibimbangi putus nyawa tertelan kulit koci..bahaya! makan isi koci yg siap kopek tu, gemor ler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...