Friday, April 16, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Insaflah...bina hidup baru...

Anak dara aku pulang bercuti dari kampusnya ke rumah untuk seminggu kerana sekarang study week. Tiada kuliah bermakna boleh study di kampus atau di rumah. Nanti selesai final exam hujung bulan ini, insyallah boleh balik rumah untuk cuti semester.

Bila kakak ada di rumah pastinya riuh dan meriahlah rumah ni dengan gelak tawa, usik mengusik dan aneka ragam mereka bertiga. Walau anak tak ramai tapi kalau anak-anak hidup dalam harmoni dan kasih sayang, biasanya suasana dalam rumah terasa lapang dan bahagia. Biar tidak kaya raya, rumah seadanya dan makan minum semampunya namun rasa bahagia dan berlapang dada itu bukan semua orang boleh rasai. Bersyukur sebanyak-banyaknya kehadrat Illahi yang melimpahkan rasa ni'mat barkasih sayang kepada kita semua.

Pagi ni kakak dah bersiap-siap untuk ke Damansara bersama beberapa teman sekampus untuk ke majlis perkahwinan rakannya Z. Dalam n3 yang lepas, aku pernah menulis tentang dugaan hidup yang menimpa gadis ini. Bertapa kami simpati dan risau mengenangkan keadaan gadis itu yang sedang mengandung akibat terlanjur dengan kekasihnya. Kami bimbang akan keadaannya yang tertekan mengakibatkan dia akan bertindak di luar dugaan kerana keliru dan cemas.

Alhamdilillah, akhirnya dia mengambil jalan yang terbaik. Hari ini dia akan dinikahkan dengan kekasihnya yang bakal menjadi bapa kepada anak dalam kandungannya yang telahpun berusia 5 bulan. Syukur juga akhirnya ayah kandung gadis itu dapat dikesan dan bersetuju datang untuk mewalikan anaknya nanti.

Memang anak ini bersalah kerana terlanjur dalam usia mudanya. Akibat tekanan hidup dan tak berupaya meneruskan studynya lalu meninggalkan kampus dan bekerja meneruskan kelansungan hidup sendirian.

Tiada ibubapa disisi memberi nasihat dan kata-kata peransang, tiada sumber kewangan dan tempat tinggal yang sesuai dan selesa seperti yang anak-anak kita kecapi. Tidaklah mustahil jika dia menerima dan menumpang kasih pada yang sudi. Walaupun akhirnya dia mungkin tertipu dengan janji-janji manis dan akibatnya terbang iman dan melayangnya mahkota diri.

Siapalah kita kalau hanya pandai mencaci dan menjatuhkan hukum kepada kesemua mereka yang pernah terlanjur, termengandung dan sampai akhirnya akibat malu dan takut yang amat sangat lalu membuang bayi mereka. Sudahkah kita menyelami masalah dan tekanan hidup mereka. Selagi kita tidak berada di tempat mereka..jangan mudah-mudah kita membenci dan mencaci. Selagi kita sendiri belum Allah uji sedemikian peritnya erti sebuah kehidupan...simpanlah sedikit rasa simpati.

Ingat.. kita juga punya anak-anak. Jangan hanya anak-anak perempuan sahaja dipersalahkan tidak tahu menjaga maruah diri. Apa pula tugas anak-anak lelaki yang sepatutnya wajib menjaga iman di dada dan berusaha melindung maruah anak-anak gadis di sekeliling mereka. Khususnya kita yang beragama Islam ini.

Sekali lagi memang mereka bersalah melanggar syariat agama. Melanggar tata susila kehidupan. Demikianlah kita jadi manusia, tak lepas dari membuat salah dan dosa. Namun yakinlah bahawa Allah swt maha pengampun, pengasih dan penyayang.

Buat Z dan suami, setelah kalian dinikahkan pohonlah sebanyak banyak kesyukuran juga keampunan. Pohonlah rahmat dan petunjuk Allah swt sebanyak banyaknya. Bertaubat atas dosa besar kalian dan binalah hidup baru kalian dengan sabar dan tabah.

Hargailah bayi dalam perut isterimu walau ia terjadi atas hilangnya kewarasan dan iman kamu ketika itu. Dia bayi suci yang tidak bersalah. Tebus kesilapan kalian dengan memberinya kasih sayang dan didikan agama yang teguh. Jangan kamu persia-siakan dia dengan membencinya, membuangnya dan mendera mental dan fizikalnya. Jangan ditambah dosa yang lain seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini. Yakinlah,apabila dia membesar dengan sempurna menjadi anak yang soleh dan solehah....doa-doa suci darinya akan mengiring kalian masuk ke syurga, insyallah.

Untuk kakak dan teman-temanmu sekalian, raikanlah majlis perkahwinan Z dengan kata-kata peransang yang membina dan doakan mereka kekal bahagia hingga akhir hayat. Ingat anak-anakku, jadikan kisah ini pelajaran dan pengajaran. Sesungguhnya hidup ini sangat keras dan banyak sekali onak duri yang harus kamu tempuh.

Jaga agama, iman dan taqwa kalian pada yang Esa. Perhatikan pergaulan dan tingkahlaku mu. Pelihara maruah diri dan nama baik kedua orangtua kalian. Hormati dan sayangi kedua ibubapa. Kenanglah selalu akan susah payah kedua-duanya membesar dan mendidik kita. Hadiahkan mereka dengan kejayaan kalian dalam pelajaran. Persembahkan kejayaan kalian dengan menjadi anak-anak muda Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.

4 comments:

Ibu n Abah said...

yati,
Alhamdulillah...
segalanya dah berjalan dengan baik...
semuga rumahtangga Z yang baru ini akan dilayari dengan sebaik-baiknya...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Mah,
Dengar cerita anak, majlisnya sgt simple dan kecil-kecilan saja. Setakat akad nikah dan jamu jiran tetangga serta rakan terdekat. Syukurlah yg penting mereka tlh buat apa yg sepatutnya. Lebih bimbang klu si perempuan ditinggal begitu saja tanpa pembelaan dan rasa tanggungjwb pihak lelaki.

Mama said...

Salam Yati....ini Kak Zah...mama Ayim. Tumpang gembira pasangan itu sudah selamat dinikahkan. Kita mempunyai anak dara..bila mendengar cerita mcm ini amat menyentuh perasaan. Semoga dengan kasih sayang yg kita curahkan perkara seperti ini dijauhkan Allah...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.Zah, ngeri dgn masalah yg makin menjadi-jadi skrg ni. Masalahnya peratus menengandung luar nikah dan pembuangan bayi dijuarai oleh bangsa kita Melayu dan beragama Islam.

Hukuman dan amaran ape ye yg hendak Allah swt sampaikan pd kita. Sama-sama kita fikirkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...