Friday, April 9, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

KASUT SEKOLAH PALING POWER!!










Mak, kasut sekolah angah dah koyak.

Aik! Koyak lagi..rasanya baru jer beli hari tu.

Mesti aa..tiap-tiap hari angah jalan kaki balik sekolah ape, mesti cepat koyak.

Tu la..mak ajak balik naik kereta tak mau, nak jalan kaki. Konon nak eksesais.
Tengok kulit angah dah hitam legam.

Angah suka jalan kaki, angah tak banyak masa nak eksesais. Walaupun jalan kaki penat..
tapi seronok. Angah tak nak gemuk, bila jalan kaki..keluar banyak peluh, badan sihat.


Boleh caya ke alasan bebudak ni. Diam diam aku beberapa kali skodeng dia dan tunggu tepi jalan. Sesaja nak spot chek kot kot dia menyinggah tempat lain atau jalan dengan mak we. Setakat ni dia budak baik..singgah pun cuma beli air tepi jalan. Bila terserempak dengan aku terpaksalah dia naik kereta.


Lain kali mak jangan tunggu angah cam ni tau..angah tak nak naik kereta.
Angah suka jalan kaki...mak jangan bimbang,bila angah haus angah beli lah air tepi jalan tu.


Aduhai..pelik betul hobi anak jantan aku sorang ni..


Mak tak sampai hati tengok angah penat. Nak tuisyen lagi..nanti cam mana nak study kalau badan dah lepak.


No hal lah, mak jangan risau.


Ok, petang ni kita gi beli kasut baru.


Petang aku ajak angah ke kedai kasut kat Billion PKNS, Bangi. Kalau cari saiz sebut jer yang paling besar. Kakinya kan main panjang lebar macam tongkang. Tinggi mengalah menonjang. Setakat kasut ayah dia..kirim salam..tak kan muatnya.Puas cari kasut hitam yang sesuai, jumpa yang berkenan..saiz kecik pulak.


Sebagai pengawas sekolah dia boleh pakai kasut jenis apa pun asal warna hitam. Tunjuk yang berkilat dia tak mau, kasut kulit tak berkenan dan jenis kain tak ada saiz.


Akhirnya salesgirl ala-ala tomboy tapi cute kat kedai tu bagi cadangan..
(angah sempat menjeling pesen rambut dia yang stylo macam hero dalam feveret komik dia)


Dik, cuba kasut ni, rasanya saiz dengan kaki adik tu.


Angah pun cuba, aku siap suruh dia jadi model kejap berjalan ke depan ke belakang.


Ha..! Ini selesa mak..walau berat sikit. Tapi sesuailah dengan misi angah untuk jalan kaki sambil bereksesais. Bila berat..kena guna banyak tenaga dan lagi banyak keluar peluh.

A..ah..pandailah kau ngah, kang kalau kau terpengsan tengah jalan kepenatan..jangan salahkan mak, pagi pagi makan pengat sendiri mau ingat!


Tapi dik..tak ada orang beli kasut ni untuk bawak pergi sekolah.


Aku pandang angah, angah pandang aku. Apa ke hal pulak...kasut ni ok apa, nampak kukuh dan tahan lasak. Bawah tapak kasut tu siap tertulis oil and asid resistant lagi.


Acik tengok ok jer..harga RM50 berpatutan, ingatkan mahal sangat tadi.


Harga asal seratus lebih nih, tapi ini offer dan satu satunya yang tinggal. Kalau adik dah berkenan tak kisah sebab ini sebenarnya safety shoes..depan dia siap ada besi lagi.


Ha..! Elok la tu ngah. Kalau ada anjing kejar...kau bagi penyepak sekali dengan kasut besi kau ni..mau jalan anjing tu. Safety la tu..kah..kah..kah! Mak suka....sangat.
(terbayang safety shoes ayah dia yang selalu dipakai pergi site di tempat kerjanya)


Safety shoes pun tak per..angah no hal, janji ada kasut lasak dan tak mudah koyak. Cepat bayar mak. Lepas ni belanja angah makan pizza Pah.







Angah ni memang selamba dan tak banyak karenah. Tak cantik tak per janji selesa.
Besar harapan aku semoga kasut sekolah angah kali ini akan kekal tak koyak-koyak sampai dia habis exam SPM hujung tahun ni, insyallah. Belajar rajin-rajin abang ngah...ada duit sendiri sok belilah kasut mahal mana pun yang angah berkenan. Jangan lupakan mak sudah. Sa..yang Angah.

9 comments:

kakpah said...

wakaka...kalau kasut ada besi alamat sampai tahun depan pun boleh pakai lagi ngah. Masuk universiti bawak sekali...

ei la... kalaulah anak aku yang montel tu nak berjalan kaki balik sekolah, mau agaknya turun 10 kilo..

fo said...

haha nice...kasut spm ye...slmt brjya

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Tu la k.pah, ingat nak ikut cam angah..pergi balik Aulad jalan kaki. Raya ni sure body cam miss universe. Ramai lak yg jeles kang,he..he..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

fo,
kita look and see, berapa lama angah boleh bertahan tak nak naik kereta dan pastikan kasut dia tak koyak, jeng..jeng..jeng

nurul izzaty [nizaty] said...

so0 sweet... he3

Ibu n Abah said...

Yati,
Macam itulah anak2 kan.. bila kita kena cari sesuatu barang mereka, cari sampai dapat...
Nampak dari cerita yati, kasut tu memang sesuai untuk dipakai sehinggalah Angah habis SPM...
Jalan kaki memang best tapi mestilah kalau berkawan... tapi bila umur dah tak muda ni... tak larat dah... ini cerita masa muda2 dulu....

DrSinga said...

berat tu!!!!
mau 5 kg!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Gitulah mah,jadiibu melayan karenah anak anak. Selagi termampu layanlah mereka dgn baik. Bila dia org dah besar..tentu dia terkenang saat manis mereka bersama kita.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Dr,
Angah bukan main sayang kasut dia tu. Dia kata, angah jaga kasut tu baik-baik tau mak takut calar. Kelakar campur kesian kita dibuatnya, ketawakan dia dlm hati jer..kih..kih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...