Saturday, April 3, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Kawin..kawin..kawin..nikah dan kawin...

SELAMAT PENGANTIN BARU....buat anak saudaraku
Juliana Abd. Jalil dengang pasangannya Hamdan Muhammad pada hari Sabtu 27 Mac 2010 di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian, Jln Kuchai Lama, K.Lumpur.
Hari ini majlis sebelah pengantin lelaki di Tmn Samudera, Bt Caves, Selangor.



Selamat berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.







Walaupun tidak disaksikan oleh kedua ibubapa Julie yang telah kembali ke rahmatullah, namun majlis berjalan lancar dan meriah.










Alhamdulillah, seperti selalunya berkumpullah sanak saudara dan kaum keluarga bagi meraikan majlis. Yang jauh dan dekat, bertemu dan bermesra. Ikatan persaudaraan bertambah erat, silatulrahim bertambah kuat.
Aku sebagai adik dan anak paling bongsu, ada waktu masih komfius nak mengingat turutan usia mereka. Maklum kebanyakan kami dah berusia.


Kak Jamaliah, kakak aku yang punya kembar seirasnya kak Juriah.

Kak Juriah tinggal di JB, tak dapat hadir.


Abang Rahman, abang aku tinggal di Felda Sg. Koyan, Raub.. berjiran dengan mak ayah Chef Wan.




Datin Khasidah, kakak aku dari Kuantan dan

Abang Bakar, abang aku dari Petaling Jaya.







Abang Rahman dan aku...terkenang makan burung merpati goreng

rumah abg Man dulu..yummy! Bawak balik Bangi, rambutan berguni-guni. Apa kabar pokok cengkih, pokok kulit kayu manis abang, tentu subur-subur belaka...

Abang Hamzah, abang aku dari Kg. Pandan. Selera sungguh dia

malam tu. Hidangan nasi beriani, dalca, acar buah, daging dendeng, sambal sotong, ayam goreng, udang,bubur kacang durian dan buah-buahan memang terangkat.




Abang Zulkifli, abang aku dari Felda Lui Muda, Bahau.

Paling rajin mencari saudara mara dgn tujuan mengeratkan silaturahim. Wah..baru pulang dari Jakarta ya pak. 2 minggu di sana...t.kasih atas ole-olenya tempohari.
Entah bila aku berpeluang menjenguk saudara mara di Jakarta, Tanjung Balai dan sekitar Riau, Indonesia.
Kepada Kak Sharila, Kak Nordina dan Kak Juriah di Johor yang tak dapat hadir, bila agaknya kita dapat berjumpa. Khas buat Abang Jalil dan kak Pon yang telah mendahului kita kembali menemui Illahi...al Fatihah semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat hendaknya. Al Fatihah jua buat kedua ibu bapa kita.

4 comments:

Ibu n Abah said...

yati,
lebih seronok bertemu saudara mara sewaktu majlis perkahwinan drp sewaktu bertemu saudara mara ketika waktu ada kematian... kan...

kakpah said...

ti, yang kecik membesar. Dah besar, kawin. Dah kawin beranak pinak. Dah beranak pinak maknanya bercucu dan bercicit la pulak.
.
.
aku tiap pagi bangun tido asek teringat berapa lama lagi aku boleh bernapas.

Camana semalam.. Lepek ke tak!!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Mah,
Selagi hidup hargailah tali persaudaraan dan kasih sayang yg terjalin. Masa gembira..kita gelak ketawa bersama, nanti bila ada di antara kita yg telah tiada semuanya...akan jadi kenangan abadi.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Sukan semalam best, enjoy! Naik no utk cabutan bertuah lagi! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sowy a..kena balik cepat sbb nak gi majlis kawin belah lelaki kt Bt Caves. Tak sempat mintak izin k.pah tp sempat bgtau ustaz masa terserempak dia tgh khusyuk makan nasi lomak sensorang kt tangga.

Ye la k.pah,bab umur hanya Allah yg tahu. Tugas kita sebarkan dan pelihara silaturahim. Baik dgn adik beradik, sedara mara dan rakan taulan. Insyaallah hidup dan mati kita berkat..dunia akhirat selamat..amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...