Monday, May 10, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

JOM RONDA ZOO NEGARA..!!

Separuh hari Sabtu diluangkan menemani anak-anak didik melawat zoo negara. Seronok....sebab dah lama tak pergi Zoo Negara. Kalau tak ikut rombongan sekolah ni..jangan harap saja-saja nak pergi. Balik dari zoo, badan yang memang terasa nak demam bercampur sakit tekak mula mainkan peranan. Jawabnya kita kena rihatkan diri pada hari Isnin..cuti.
Sabar jer kuda yg comel ni bila rambutnya dimain dek bebudak tadika. Dah nasib badan jadi pameran dan tontonan.

Badak air ni 24 jam kerjanya berendam aje dalam air. Tau la cuaca panas..tak kan tak ada kerja lain nak buat kot.
Gajah ni nampak jinak, asyik menghulurkan belalai dia nak mintak makan. Ramai yang baik hati belikan dia tebu sebatang RM 3.00. Sekali hadap jer tebu sebatang dah hilang masuk perut.

Zirafah..sakit tengkuk nak tengok muka dia. Bukan main tinggi lampai tapi cute sangat bila dia senyum..
Penat tapi berbaloi...terima kasih le K.Pah ajak kita jenjalan. Lain kali kita gi Night Safari kat zoo Taiping nak. He..larat sangat ler tu..




8 comments:

ASH said...

Naik gajah atau zirafah tak???
hehehehe..
kat Zoo Melaka boleh tunggang gajah!!

ibundo said...

aku balik ingat nak tidur2 sampai asar. Bukak tv3 ada pulak cerita Maan. Aku kalau tengok cerita ni empat lima kali pun nangis lagi..

Tapi tengok separuh jalan astro takde siaran sebab ujan kehkeh..

Dr Singa said...

nyanyi2 'dalammmm airrr..ku terpandang wajahhhhh....' tak??
kat tepi tasik...
ala2 p ramlee...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Ashley,
Baru aku teringat yg kau tiada di hari nan indah itu. Kalau tak pasti di atas gajah ada dikau dan di bawah zirafah...ada dikau la jugak! Keh..keh..keh..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Fu yoo..peminat hindustan boss kiter. Patut la kalangkabut naik bas nak balik umah.

Org lum abis pusing zoo nak tengok gajah sama zirafah dia dah ada atas bas nak balik Bangi.

Nahi, nahi..putus stim tengah layan filem Maan bila ujan, kasi saman sama itu Astro..ngee..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Dr Singa,
Mohon maaf la yer..sbb bila kita nampak lion kan..kita pun terbayang Dr Singa. Cam mana rupa dia yg sebenor ek.

Kita tak feeling nyanyi kat tasek zoo sbb khayal tengok badak berendam. Terbayang akan diri klu berendam lelama dlm air cam tu tentu kembang dan kembung serupa can hippoo tu kannns. Nahi..nahi!

tunbegia said...

sungguh sonok gi zoo kanns,

salamm,

FaAtip said...

salam singgah dari rumah Akak.

Kita pun nak pegi zoo lah! Last pegi masa bujang.....pegi dating kat situ. Hehehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...