Wednesday, May 5, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

KEJAM !! LELAKI, SUAMI DAN dot..dot..dot

Aku tengah sibuk betul di dapur. Pegang beras nak tanak nasi. Pegang ayam nak digoreng masak kicap. Pegang kangkung untuk digoreng dgn bilis. Kepala berligar-ligar. Kejap lagi boss nak balik ofis.

Kalau dia dah kenyang sebab makan dalam kursus di tempat kerjanya hari ni, legalah. Dibuatnya balik nanti perutnya keroncong, rasa bersalah pulak. Walau dia tak marah tapi kita yang jadi isteri ni ada rasa tak kena semacam. Dah maklum dia suka makan nasi dan lauk panas-panas. Biar lauknya simpel-simpel aje, janji berasap. Makan bersama pulak alangkah ni'mat....



Dengar salam sayup-sayup. Tau-tau dah ada di belakang kita memberi salam sekali lagi.



Assalamualaikum....
Sedapnya bau.. awak tengah masak ape ni?



Tak sempat aku jawab pertanyaan, dia dah sambung...



Ti, kesianlah pompuan tu. Ada ke patut laki dia pangkat sarjan rodok private part wife dia dengan pisau. Kerja gila! Kesian betullah. Pompuan tu tengah terbongkok-bongkok sebiji macam awak ni.



Kebetulan memang aku tengah terbongkok-bongkok menjenguk gas bawah kabinet dapur. Nampak gaya gas dah nak habis sebab api dah makin kecik dan perlahan.

Suami ingat aku tak tau cerita tu sedangkan aku dah baca dalam Metro hari ni.



Cuba awak bayangkan, dia rodok dari belakang..tentulah pisau tu masuk terus ke dalam. Kalau dari depan lain juga. Kesian betul kan...



Ha..a kesiaaan, tapi tak payahlah cerita detail sangat..ngeri dengar. Orang lelaki, cemburu tak tentu pasal. Suruh dengar cakap isteri..takut dayus. Dengar cakap jin..ikut pulak. Tak beriman!



Kesian la Tie...sampai hati dia toreh anu bini dia (surat kabor yg tulis ok). Tak sayang bini apa. Bini dia cedera parah sampai masuk hospital..mujur tak mati.



Tu la...ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Puasa memanjang la jawabnya suami dia kan bang...
Orang guna tenaga jantan pada tempatnya..ini dia tunjuk jantan rodok isteri pakai pisau.
Mental ape..



Sibuk tangan kanan dia nak pegang sudip tolong aku kacau sayur dalam kuali. Tangan kiri pegang bahu aku pulak. Che wah..tunjuk romantis kat bini dia yang bau bawang dengan belacan nih.



Lain kali sayang bini betul-betul. Jadi suami mithali. Jangan cemburu buta tak tentu pasal. Dah dah...pergi mandi dan solat Asar. Nanti kita makan sama-sama.


Awak dah solat Asar ke, kalau belum jom saing..kita jemaah.


Saya awal waktu tadi dah solat bang oii...





Apelah mamat askar pangkat sarjan tu. Pengecut betul. Orang peluk isteri tanda sayang..dia pulak peluk bini dari belakang sambil dirodoknya tempat sulit isteri dengan pisau.

KEJAM! Sangat tak berhati perut. Tergamak merodok isteri di depan anak mereka yang berusia 4 tahun.

Alasan si suami, terdengar bisikan jin dalam rumah yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Si isteri, seorang jururawat yang cedera parah dan kesakitan amat sangat masih mampu menalipon ambulan di Hospital Melaka untuk mendapakan rawatan kecemasan.

Kenyataan di akhbar, si isteri mengesan sikap pelik suami apabila pernah 2 kali mencekiknya menyebabkan timbul persoalan kemungkinan suaminya mengalami tekanan.

Mulianya hati seorang isteri apabila dia berkata ;

" Namun, saya masih sayang padanya dan sudah mamaafkan perbuatannya."

Aku, terharu.....


6 comments:

Ibu n Abah said...

yati..
bila kita di paparkan kekejaman lelaki yang bernama suami seperti menyimbah asid, membunuh isteri dan segala macam penyiksaan, memang kita bersyukur sangat bila suami kita tidak begitu. Syukur Alhamdulillah.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Alhamdulillah..amin
Semoga terus menjadi suami yg baik dulu, kini dan selamanya...

Ibu n Abah said...

yati..
sekali lagi ada perubahan..
kali ini blog saya tak akan ada gambar sekeluarga..hanya gambar makanan dan pemandangan...
temui saya di
http://akakjua.blogspot.com

Pn Kartini said...

Salam my lovely sis yati..:)

bila tiadanya pegangan iman di dada..pasti mudah dikuasai bisiakn syaitan..menggugat kewarasan minda..terzahir sikap tercela!!!

.....aduhaiii...sedih kan sis..:(

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam sis Tini,

Amat sedih dan pedih...
Kita ni bila ditegur suami secara lisan utk dinasihati pun sudah boleh terasa hati, inikan pula dicederakan dgn kejam.

Syurga buat si isteri kerana masih sudi memaafkan.


Salam Mah,
Nanti akan menjengah, blog baru ke..pastikan meriah mcm selalu.

Mama said...

Salam Yati... suami macam ni tak perlu dimaafkan... sumbat je dlm penjara seumur hidup.

Syukurlah suami kita tak melayan bisikan syaitan tapi masih setia melayan kerenah kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...