Wednesday, May 19, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Sabarkah aku, seorang guru...

Selepas waktu rehat, aku memandang ke luar kelas. Terlihat sepasang suami isteri yang aku rasa ibubapa kepada anak murid dari kelas aku. Mereka mundar mandir membuatkan aku membuka pintu dan bertanyakan samada mereka hendak menjemput anak lelakinya pulang awal. Dijawab si isteri, tidak.


Anak lelaki sulungnya pula sudah tak tentu hala duduknya apabila melihat kedua ibubapanya berada di luar. Tak sabar-sabar dia keluar menuju ke arah mereka. Peliknya, tidak pula dibawa anaknya pulang malah disuruh masuk semula ke kelas.


Aku sedikit bingung, adakah mereka mahu bertemu dengan aku kerana melihatkan di tangan si bapa memegang sebuah buku Mental Arithmetic yang telah disiap dibuat dan dibawa pulang oleh anaknya ke rumah. Anak inilah satu-satunya yang setiap hari memujuk aku menanda bukunya daengan segera kerana mungkin excited mahu menunjukkan kepada ibubapanya betapa dia sudah pandai membuat matematik dengan jayanya. Anak-anak yang lain walaupun telah selesai menjawabnya masih dalam semakan aku.


Sibuk melayan karenah anak-anak yang akan bersurai sebentar lagi, mata memandang ke luar dan terpandang mereka menuju ke pejabat kerana aku pasti dia sedang menuju ke arah seorang guru lain yang kebetulan berada di pintu pejabat.


Aku bergegas berlari anak ke ofis dan benar tekaan aku mereka sedang menunjukkan buku tadi kepada guru tersebut. Aku terus mencelah dan bertanyakan apakah ada masalah yang boleh aku bantu. Lagipun anaknya dari kelas aku memang sepatutnyalah aku yang paling layak untuk ditanya.


Langsung mereka berpaling ke arah aku dan menunjukkan masalah yang dihadapi. Aku menjemput mereka duduk di kerusi ofis sedangkan si ibu tak sabar-sabar nak menunjukkan masalah yang dihadapi. Sambil aku dan dia berdiri, si ibu menerangkan masalah "besar" yang telah aku lakukan.


Aku mendengar luahan tidak puas hati mereka. Rupanya aku telah tertandakan betul pada beberapa soalan matematik anaknya sedangkan jawapannya adalah salah. Aku terus mohon maaf kerana tersilap pandang atau tersalah kira lalu menandakan betul pada jawapan yang salah. Bayangkan dari beratus-ratus soalan hanya berlaku kesilapan tak sampai sepuluh soalan ayahnya dah jadi hangin semacam. Apatah lagi kiranya aku tertanda salah pada jawapan anaknya yang betul. Mau ditumbuknya muka aku.


Belum sempat aku menjelaskan selanjutnya, si ayah yang sedang duduk menyandar di kerusi telah menyampuk dengan suara yang agak kasar menyatakan kenapa boleh silap. Katanya perkara ini tak sepatutunya berlaku kerana ia akan merosakkan masa depan anaknya kerana anaknya akan keliru dan sebagainya. Dia terus membebel dengan mengatakan itu dan ini yang bagi aku macam tak masuk akal. Mereka juga paling bimbang kerana ujian penggal pertama akan berlangsung minggu depan. Risaunya mengalahkan anaknya nak ambil SPM!


Customer is always right. Datang tak memberi salam apatah lagi nak mengucapkan selamat hari guru. Tidak aku harapkan dia mengucapkan terima kasih kerana telah mendidik anaknya yang asal nya agak pelik-pelik. Kuat termenung dan berkhayal di kelas. Setiap masa aku kena kejutkan dia dari khayalannya sebab apabila kita bercakap dan mengajar, dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Tak payah aku bercerita banyak akan kelemahan anaknya. Adakala guru lebih dulu mengesan beberapa tingkahlaku pelik si anak berbanding kedua ibubapanya yang selalu sibuk.


Kini dari anak yang tidak tau apa-apa, dia sudah boleh menulis, membaca dan mengira sehingga boleh menjawab soalan matematik yang susah-susah seperti 25+21-10 atau 34+35-22 dan banyak lagi. Aku juga telah mengajar anaknya mengaji Iqra sehingga buku 5. Tidakkah dia teringin untuk berterima kasih.


Bertimbang rasalah kerana guru bukan hanya menjaga seorang murid di sekolah. Bermacam perkara hendak dikerjakan dan difikirkan. Kita bukan insan yang sempurna segalanya.


Dipendekkan cerita, setelah aku biarkan si bapa meluahkan rasa tidak puas hatinya tadi dan setelah dia seolah-olah tak dapat terima sebarang alasan dari aku, lantas aku bertanya;


Baiklah, macamana kita nak selesaikan masalah ini. (mereka terdiam..)

Saya akan memberikan satu buku baru yang sama dan encik berdua pantau sendiri di rumah semasa anak encik menjawabnya. Kemudian terpulanglah samada hendakkan saya atau encik berdua yang mahu menandanya.(si isteri pandang suami, suami pandang isteri..)


Akhirnya si isteri (sedari awal bersuara agak lembut dan kelihatan takut akan suaminya) menyatakan setuju dan meminta pula aku tolong senaraikan nama-nama buku yang boleh dia beli untuk bacaan anaknya di rumah.


Aku jawab, carilah sendiri di kedai buku kerana terdapat terlalu banyak bahan yang boleh membantu anaknya membaca lebih lancar dan sebagainya. Berpesan lagi itu ini dan supaya menjaga dan mengajar anaknya dengan lebih tekun dan perihatin. Seolah-olah anak lelakinya yang baru berusia 6 tahun itu yang selama ini duduk betul-betul begitu dekat di hadapan aku telah diabaikan.


Bagaimanalah nanti tatkala anaknya telah bersekolah rendah dan menengah. Apabila melihat begitu banyak buku-buku kerja yang tidak sempat ditanda dan disemak oleh para guru kerana guru terlalu terbeban dengan ramainya anak murid dan terlalu banyak buku yang perlu diperiksa. Apakah dia mahu mengamuk dan menyaman guru.


Akhirnya, si ibu yang selalu pulang malam atas urusan kerja itu telah memohon maaf dan meminta diri. Si ayah yang agak panas baran orangnya juga selalu sibuk dan pulang lewat ke rumah telah lama keluar tanpa sebarang kata terima kasih atau permohonan maaf. Sedangkan aku sedari awal tidak berhenti memohon ampun dan maaf di atas salah silapku.


Aku seorang guru, dihargai atau tidak biar Allah swt yang menilainya. Tugas aku mengajar semampuku dan mendoakan agar kesemua anak murid di sekolah ini akan menjadi manusia yang bijak pandai dan dapat membahagiakan ibu dan ayah. Di mana akhirnya mereka jua suatu hari nanti membesar menjadi insan berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada agama, bangsa dan negaranya. Amin.....

6 comments:

Ibu n Abah said...

Yati,
pendapat saya pula begini..
keluarga tersebut memang dari keluarga yang bermasaalah...
hal sekecil itu pun boleh datang 'menyerang' cikgu... kan boleh di selesaikan dengan cara paling baik...
contoh.. panggil cikgu dan anak itu dan mereka juga betulkan kesilapan itu bersama anak itu. terangkan kesalahan/kesilapan yg terdapat pada jawapan tersebut. sama-sama terangkan.. payah ker?.. hidup berlagak, macam tulah cara mereka menyelesaikan perkara yg sekecil itu..
apapun... yati dah menjalankan tanggungjawap sebagai guru.. janganlah hal sekecil itu dijadikan perghanlang buat yati untuk terus berbakti buat anak2 yg lebih memerlukan.... manusia bermasalah akan memberikan masalah pada semua orang....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Mah,
Dah lama mengajar mah, dah lali. Saya tak pernah patah semangat malah menjadi cabaran paling menarik dan pembakar semangat.
Kita dah tua, bukan guru muda nak mengelabah dgn hal sekecil ini.

Parents tu pun masih muda, tak banyak pengalaman dgn anak-anak. Lgpun dia anak org kaya, rmh banglo atas bukit..tinggi sikit dri rmh saya nih. Kerja dgn bapak dia yg ada company security. Anak datuk la katakan..

Dia tak tau mak dia datin tu kenal baik dgn saya, sekampung lagi laki bini. Kalau mak dia tau mesti dia segan dgn sikap anak dia. Dulu datuk tu pangkat besor dlm army, kira darah pahlawan le kononnya...

ibundo said...

adei... ni semalam dorang datang lepas aku balik la kot. Aku pun tak sehat semacam je lepas rehat semalam.

kita ni kadang2 bila menanda buku esp maths.. mata tu bepinau. kadang2 yang salah tertanda betul. Biasalah.. kita ni manusia biasa je.

aku malas tul lah melayan orang belagak ni. Boleh je setel bebaik. Dia ni tak pandang ke yang anak dulu tak kenal huruf sekarang dah boleh buat matematik campur tolak macam tu punya susah. Budak drjh satu pun belum gerenti boleh buat.

adei...

ibundo said...

Lupa nak komen. Bila buat rumah baru ni...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Manusia panas baran ni biasa dah bising memekak baru nyesal. Suatu masa dia akan menilai sendiri. Manusia spesis ni, tinggi egonya. Bangsa nampak salah org jer, dia semua betul belaka. Smg dia belajar sst dri peristiwa ni.

Rmh baru ni kerja bebudak, nak upah kontraktor tak mampu. Pandai2 le ikut nasib..

Dr Singa said...

err..
kita kurang sabar..
sebab tu tak boleh jadik cikgu..
*tetiba je *
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...