Saturday, August 21, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Air Tangan ibu..paling best..!

"Emmmm....masakan mak memang the best in the world..!"
Pujian ikhlas dari anak-anak. Biar apapun yang dimasak ibu, hatta cuma sambal belacan, telur goreng berkuahkan kicap tetap sedap di tekak anak-anak. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama.

Biar pun mungkin si anak pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Kenapa ye...?

Kata orang, itulah penangan "air tangan ibu". Tangan ibu yang melakukan pelbagai proses memasak dari mula menyiang, membasuh, menggaul, menguli, menumis dan lain-lain aktiviti memasak tentunya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Air tangan ibu yang paling banyak "terlarut" bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan ibu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?
Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan "air tangan". Maka, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Bahawasanya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu apabila membuat sesuatu kerja, dia lakukan dengan bersungguh-sungguh dan memperelokkan kerjanya."

Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan suatu kerja dengan penuh kasih sayang, ikhlas, ceria dan bersungguh-sungguh pasti hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk "mendapat" tetapi untuk "memberi".

Seseorang ibu yang memasak adalah didorong untuk memberi kasih sayang kepada anaknya, berbanding seorang chef yang memasak atas dorongan ganjaran komersil.

Oleh itu, semakin ikhlas, ceria , tulus dan telus seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Sebaliknya apabila semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, "air tangan" bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, murid, imam, jurutera, peguam, dotor, jururawat sehingga seorang buruh kasar sekalipun.

Justeru, mari kita muhasabah diri dan renung-renungkan. Bagaimanakah kualiti kerja kita sepanjang berkhidmat kepada boss, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa juga kepada agama, bangsa dan negara.

Wallahualam.

8 comments:

Pn Kartini said...

salam my dear sis..:):)

Kdg2 bila masak tak setanding masakan mak..semmgnya masakan makbonda semua kena rasanya..:)

p/s: rehat jap kat sini..baru lepas masak!!hehe..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam sis tini,
Masak ape hari ni, tentu special utk anak2 dan suami tercintakan.
Masakan bonda tiada tandingannya dan kini hasil air tangan kita pula dikenang anak2.

Sebab tu kena rajin2 ke dapur, masakkan utk keluarga berencahkan kasih bersulam selawat dan tiupkan doa smg ikatan kasih sekeluarga sentiasa erat dan bahagia.

Ibu n Abah said...

Yati...
setuju benar saya....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Rindukan mah nak merasa masakan mak yg telah pergi meninggalkan kita. Lebih lagi di Ramadhan skrg ni, terbayang dan terkenang hidangan atas meja masa berbuka puasa..hu..hu..

al-lavendari said...

... Realitinya, "air tangan" bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan.

Saya rasa termasuklah kerja membuat entri untuk diposkan dalam blog kita. setuju tak ?

en_me said...

kaanns..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Tuan al-lavendari,
Setuju seratus peratus. T.kasih sudi singgah ke sini.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

gitewww la kaansss...kata nyer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...