Thursday, August 5, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Baju Raya paling glamour...

Jangan salah faham. Hanya persediaan. Suatu masa nanti saat yang pasti. Hidup lawannya mati. Sabda Rasulullah saw: Orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling tekun melakukan persediaan untuknya, merekalah orang yang paling cerdik. Mereka pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah n Abid Dunya)
Semalam aku menerima kunjungan mengejut Datin Yus sewaktu bersiap-siap untuk pulang dari sekolah. Apakah gerangan dia tiba-tiba muncul tanpa memberitahu terlebih dulu.
.
.
Assalamualaikum, apa kabar Yati. Saya ada bawa barang untuk awak.
.
.
Walaikumusalam..eh ..Kak Yus..lama tak jumpa..tiba-tiba muncul, barang apa yang akak bawak ni..
.
.
Sorry la..saya ni sibuk sikit..ini pun baru balik dari Turki, nanti Ramadhan saya nak buat umrah pulak..tu yang nak cepat cari awak nak sampaikan pesanan awak dulu..
.
.
Saya pesan ape ye kak.. (sambil berjalan berdua menuju ke MPV dia..)
.
.
Ala..dulu kan awak suruh order benda ni.. (bukak pintu keluarkan sebungkus plastik merah besar..)
.
.
O..ye..masyallah..dah lama sampai terlupa..alamak..saya tak bawa cukup duit nak bayar hari ni..
.
.
Alahai..yang tu jangan risau, bila-bila senang boleh bayar. Semua tempahan orang lain pun saya dah bayarkan dulu. Yang penting awak amik dulu barang ni..
.
.
Ok la kak..terima kasih, insyallah nanti nak bayar saya call akak ok..
.
.
It's ok, no problem..bila-bila nanti. Saya tengah sibuk sekarang..selalu tak ada kat rumah. Kita jumpa lagi.. Yati, saya mohon ampun maaf zahir batin..(tergesa-gesa masuk ke kereta dan start engine..)
.
.
Ye..ye..kak, saya pun gitu jugak..maaf zahir batin..(tak sempat ngobrol panjang dia dah meluncur pulang selepas bersalaman..)
.
.
Aku bawak masuk bungkusan plastik besar warna merah dengan sekeping tikar plastik yang masih dalam sampulnya ke ofis.
.
.
Eh..apa bendanya ni Ti. Baju raya ke..
.
.
A..ah..baju raya..meh kita tengok.
.
.
Terkebil-kebil mata dua orang sahabat aku bila aku tunjukkan baju raya aku yang putih melepak siap dengan segala aksesorinya.
.
.
Baju raya fesyen apanya ni Ti..macam rupa kain kapan adalah...
.
.
Ha..pandai pun semua..dulu saya pernah order masa kursus pengurusan jenazah dengan Ustazah Arbiyah. Tak mahal..cuma RM200 aje satu set.
.
.
Memandangkan Ramadhan pun dah hampir dan Aidilfitri bakal menjelang, kebanyakan orang sibuk menempah dan membeli baju baru untuk persediaan Hari Raya nanti. Sehingga ke hari ini, aku secara peribadi belum menempah dan membeli barang sehelai pun baju raya. Belum ada mood raya langsung.
.
.
Entah kerana umur dah meningkat atau mengenangkan berderet-deret baju tergantung dalam almari tak habis pakai sehingga aku merasakan semacam aku sedang membazir. Bukannya aku tak meninjau-ninjau jualan baju raya beraneka gaya dan warna sekarang ini, tapi..ternyata belum ada minat nak beli walaupun ongkosnya mengizinkan. Esok lusa kalau mood raya dah meluap-luap tak berani nak cakap.
.
.
Oleh itu buat masa dan ketika ini..masih malas nak cakap pasal kuih raya, baju raya, langsir raya, karpet raya, perabut raya, jalan raya, pilihan raya, balai raya, hantu raya..ooops!
.
.
Mak..! Apasal mak beli benda ni..tak sesuai..kenapa..why..?
.
.
Abang Ngah macam nak terjerit bila tengok aku bawa benda tu balik rumah. Nasib adik dia coool jer..sikit tak kecoh.
.
.
Angah..! nak simpan kat mana ni ek. Ini kena sembunyikan dari ayah..sebab dia mesti 2x5 dengan angah. Tak berapa setuju, rasa pelik, jengkel dan mungkin banyak soal walaupun dia lebih dari faham maksud mak..isteri dia ni..
.
.
Mak..! yang pasti jangan sesekali simpan kat bilik angah ok, tolonglah..tak rela..angah rasa semacam.. seram..takut..
.
.
Hoi..! Nak takut apa. Esok-esok kalau kita mati..inilah pakaian kita tau angah. Tinggallah semua baju lawa kita yang mahal lagi glamour tu.
.
.
Angah tau la mak..tapi...simpan kat bilik mak tau..baik-baik jangan sampai ayah nampak..
.
.
Alamak..angah...ayah dah balik...cepat-cepat bawak naik atas..sembunyikan kat mana-mana..
.
.
Ok..ok.. (tergesa-gesa berlari anak menaiki tangga sambil menjenjet bungkusan tadi berserta tikar plastik menujuk ke bilik atas)
.
.
Semasa minum petang, aku sempat berbisik pada angah...
.
.
Pssst..mana angah simpan bungkusan tadi dengan tikarnya...?
.
.
Pssst...ada kat bilik angah atas katil..biarlah simpan kat bilik angah..ayah tak jumpa punya..
.
.
Ahaks..! Sampai tersedak goreng pisang di tekak aku..mujur tak tersembur milo yang tengah aku hirup..
.
.
Psssst...angah tak takut ker...?
.
.
Tu..aa.. demi mak..angah sanggup berkorban..hu..hu..
.
.
Nak tergelak aku dibuatnya. Shiaaaan..angah..terharu mak. Sayang..angah!
.
.
Nanti pelan-pelan..mak slow talk dengan ayah pasal benda ni. Taulah mak nak goda ayah macam mana..don't worry. Mak tau perasaan ayah..bab-bab berkaitan kematian ni hal sensetif..

2 comments:

Mama said...

Salam Yati.... KZ pun mcm angah.. tak setuju nak simpan baju yg satu ni... bukan takut tp kita tak tau bila nak guna.... takut nnt bila tiba masanya dia dh bertukar warna kena beli yg lain jugak.... atau pun Yati niat utk disedekahkan? Kalau nak disedekahkan... bagus jugak ye... dpt pahala

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Betul kata k.zah, kita tak tau bila nak guna. Zaman ni mudah siapkan duit, sampai masa kita nanti diaorg siapkanlah utk kita.

T.kasih atas cadangan, mmg ada terniat juga utk disedekahkan kpd sesiapa..tunggulah nanti samada ianya rezeki kita atau dah tertulis hak org lain. Mudah2an ada munafaatnya nanti, insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...