Wednesday, August 25, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Dunia yang dekat dan Akhirat yang jauh..


Gambar ihsan dari teman zaman persekolahan yang pernah tinggal di Ashbagat, Turkmenistan selama 4 tahun semasa bertugas dengan sebuah syarikat minyak terkenal. Kini berpindah ke Abu Dhabi dan sedang menghabiskan cuti Aidilfitri bersama keluarga di Malaysia.
.
Bagaikan secebis bayangan pemandangan dari neraka yang mengerikan. Lalu terbit rasa keinsafan dan kebimbangan di manakah tempat kita di hari pembalasan nanti. Persediaan belum cukup, cinta dunia masih meluap-luap, menginginkan itu dan ini tak pernah padam...masyaAllah malunya aku pada Mu Ya Rabbi.
.
Aku tahu Ya Allah, penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke neraka. Penderitaan Neraka antaranya:
kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkuk dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia.
.
Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah aku larat..? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum iaitu bara api neraka. Apakah sanggup..? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam neraka, bagi orang Islam yang berbuat dosa, tidak kekal tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah kita larat...?
.
Jika dilihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untu memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Kita lebih mengambil berat tentang dunia.
.
Penderitaan dunia dan akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan akhirat..susah di dunia macam digigit nyamuk saja manakala di akhirat macam dibaham singa.
Sungguh penghidupan dan perjalanan hidup di dunia adalah jambatan ke akhirat.
.
Dengan itu tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Justeru, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.
.
"Ya Allah, kami mohon keampunan Mu. Kami mohon keberkatan Mu. Ya Allah, ketika Engkau memberikan rasa ni'mat, takut dan gentar kepada MU, jangan kau palingkan perasaan tersebut. Kami ingin beramal ibadat kepada Mu, ya Allah. Kau berilah kekuatan kepada kami. Kau lindungilah kami, ya Allah."

4 comments:

Mama said...

Salam Yati... takuuuut! T.kasih tolong mengingatkan.... dunia yg dekat akhirat yg jauh.

en_me said...

insaff kanns..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Zah.
Saling ingat mengingatkan...khusus memperingatkan diri sendiri. Iman kita turun naik, maklum insan biasa..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

em_me,
mudah2an kita selalu insaf dan memperbetulkan diri..insan biasa tak lepas dari salah dan silap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...