Friday, August 6, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

RAMADHAN DATANG LAGI...

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...!

Andaikata Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita, moga ia menjadi pembela kita di akhirat kelak. Gunakan peluang yang terbuka luas ini untuk bertaubat dan kembali kepada fitrah kerana manusia tidak pernah terlepas daripada membuat dosa.

Inilah masa jika kita mahu melipat ganda pahala dengan bersedekah, bertadarus al-Quran, solat Tarawih, beriktikaf, mengawal nafsu serta perangai, menghidupkan ibadah dengan bertahajud serta berzikir dan menjaga pancaindera daripada melakukan maksiat. Laksanakan dan kekalkan amalan mulia ini bagi menjaga hati supaya jangan mati.

Namun perlu diingat, hubungan kita dengan Allah bukan hanya dijaga pada bulan Ramadhan saja. Jangan jadikan Ramadhan sekadar bulan 'mencuci dosa' sedangkan di bulan yang lain kita kembali bergelumang dosa.

"Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada aroma kasturi." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibadah puasa diwajibkan kepada manusia supaya mereka dapat mengawal nafsu daripada makan, minum dan bersetubuh di siang hari selain bagi tujuan kerehatan. Hikmahnya adalah untuk mendidik rohani, jasmani, budi pekerti dan nafsu. Ramadhan juga adalah proses penilaian diri yang selama ini hanya banyak memikirkan kesibukan dunia.

Kesan nafsu tidak terkawal, pasti mempengaruhui roh kita samada berbentuk harta benda, kekuasaan, pangkat, pengikut yang ramai serta ingin menjadi ternama. Apabila nafsu dibiarkan tanpa didikan, ia akan menghasut manusia memusuhi larangan Allah dan melakukan maksiat. Justeru, apakah persiapan kita menghadapi Ramadhan? Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi secara terang melakukan maksiat..!

Kepada mereka yang belum langsai mengqadakan puasa yang tertinggal tahun lepas kerana uzur, sakit atau sengaja... ayuh segera diqadakan kerana ramadhan sudah terlalu dekat. Lebih sensetif bagi mereka yang pernah membatalkan puasa akibat bersetubuh di siang hari wajib qada puasa dan kifarat dengan melakukan salah satu peringkat kifarat ini iaitu:

1. memerdekakan hamba, sekiranya tiada atau tak mampu..
2. berpuasa 2 bulan berturut-turut dan sekiranya tak mampu juga..
3. memberi sebanyak 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang.

Satu daripada kifarat ini tetap perlu ditunaikan apabila mampu. Alasan membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum bersetubuh tidak menghalang dikenakan kifarah kerana beliau sebenarnya menceroboh kesucian bulan Ramadhan.

Demikianlah betapa godaan nafsu tidak pernah berhenti biarpun di bulan Ramadhan. Perbanyakkan memohon keampunan Allah dan memohon diperkuatkan iman kerana diri kita sangat lemah berbanding generasi terdahulu.

Lihat peristiwa pelbagai peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan, di mana ia menggambarkan betapa kuat dan teguhnya semangat dan iman pejuang Islam dalam memartabatkan agama kita yang suci.

Peristiwa penting sepanjang Ramadhan bermula dari zaman Nabi Muhammad pada 611 masihi hingga zaman moden ketika tercetusnya perang Arab-Israel pada Oktober 1973.

Peristiwa paling agung ialah turunnya kitab suci al-Quran ketika masyarakat Arab dalam kegelapan (jahiliyah).

Pada bulan mulia ini berlakunya Perang Badar, persiapan Perang Khandaq, pembebasan kota Makkah, penghancuran patung sembahan, perjalanan ke Tabuk, Perang Qadisiyah Parsi, pembebasan Andalus, Perang Salib (pembebasan Palestin) dan Perang Ain Jalut.

Kemenangan demi kemengangan yang diraih menyingkap kekuatan sebenar umat Islam yang menghadapinya dalam keadaan sedang lapar dan dahaga.

Justeru, sebaiknya kita umat Islam kini mengambil iktibar dan berusaha dengan gigih membuktikan umat Islam adalah umat terbaik dan terbilang.

"Ya Rabbi..kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi."

"Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa-dosaku dan berikan rahmat kepadaku. Sersungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyanyang."

"Ya Allah wahai Tuhan kami, kami berlindung dengan-Mu daripada syak dan keraguan dan menyegutukan-Mu. Kami berlindung dengan-Mu daripada kufur dan beriman dengan pura-pura, dan kami mohom perlindungan-Mu darpada kejahatan akhlak, dan pandangn yang buruk, dan kesudahan yang buruk pada harta-harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami sekelian."

"Wahai Tuhan kami, ampunilah segala dosa kami dan dosa kesalah ibu bapa kami serta kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan jangalah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Semoga Allah cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan seluruh keluarga dan para sahabat baginda. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."

Ameen..ya Rabbalalamin..


10 comments:

ibundo said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

sama-sama k.pah, mudah2an kita terus istiqamah memperbaiki diri dan mencari keredhaanNya.

en_me said...

salam ramadhan akak yatie itewww..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam ramadhan jugak buat en_em yg itewww.. sekeluarga..jgn ponteng posa ok.

Bahreyn Omar said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Ramadhan buat Bahreyn sekeluarga. Masanya telah tiba. Jom berbuat ibadah sebanyaknya. Tarawih malam ni..ayuh berpesta ibadah..!

Mama said...

Salam Yati... t.kasih tolong mengingatkan.

Selamat menyambut ramadhan utk Yati sekeluarga

Dr Singa said...

dah masuk 2 hari berpuasa hari ini..
InsyaAllah...
Salam Ramadhan Kak!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah,
Sambil-sambil tlg mengingatkan diri sendiri sebenarnya..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Ramadhan Dr..
Dah 3 hari pun..masa berjalan laju jer ni, mudah2an kita semua sihat menjalani Ramadhan kali ini, insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...