Tuesday, August 24, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Yummy..! Asam laksa dan lomang lipan.



Eeeee...geli! Memang aku geli binatang merayap, meliak lintuk macam cacing, ulat, ular, belut dan yang sesepisis dengannya. Tengok pun dah geli geleman apatah lagi nak disentuh pegang, minta ampun..!
.
Tengok dalam FB, kawan anak dara aku sedang makan laksa asam yang dibeli sekitar kampusnya. Bukan main sedap menikmati hidangan..tetiba dekat nak habis semangkuk baru terjumpa perencah tambahan. Patutlah sedap semacam... rupanya ada binatang kaki banyak merayap masuk dalam kuah laksa. Memang bertuahlah tuan punya badan dapat rezeki istimewa. Mujur bukan aku, kalau tak mau pengsan seminggu dibuatnya.
.
Teringat suatu masa dulu ketika balik kampung nak menyambut Aidilfitri. Kami singgah gerai menjual lemang di tepi jalan dekat Melaka. Tapau 6 batang lemang untuk dibawa pulang menjamu keluarga di hari raya. Malam raya semua tak sabar nak merasa lemang dengan rendang, maklum kat Johor payah nak jumpa orang bakar lemang..bukan tradisi Johor.
.
Allahyarham bapa mertua tukang belah lemang. Bukak jer sebatang lemang, kami ditayangkan pemandangan yang sungguh berseni. Melengkar cantik biru kehijauan seekor lipan besar lagi panjang yang dah kejung dilapik luar daun pisang dalam lemang.
.
Mak aii..! Spoil betul lipan tu, mematahkan selera orang ramai terutamanya aku. Langsung aku tak berani nak makan tapi ahli keluarga yang lain bukan main berselera. Nasib cuma itulah satu-satunya lemang berlipan, yang lain ok..cantik! Taubat sampai sekarang aku tak singgah lagi gerai tu. Tuan punya gerai lemang tu tak bersalah, bukan dia sengaja bubuh lipan untuk bagi sedap lemang dia. Dah lipan tu nak tumpang rehat kat buluh lemang dia. Nasib tak baik kena bakar sekali.
.
Pengalaman satu lagi masa duduk Port Dickson. Sati hari pergi jenjalan Pesta PD. Perut lapar kami anak beranak singgah gerai nasi campur. Aku dah cuak semacam jer tengok kurang pekanya tuan punya gerai-gerai di situ menjaga kebersihan. Dah rezeki kita nak makan kat situ..apa nak kata.
.
Order nasi, sayur dan lauk ayam sambal. Aku dan suami dapat ayam yang belah atas ada isi tapi belah belakangnya macam tulang selangka..kosong. Puas makan isi di atas, pusing bahagian belakangnya pulak. Masyallah..! Mujur aku dan suami tak kena heart attack. Di ruangan kosong ketul ayam tu bersarang ulat-ulat putih mengemit-ngemit. Aduaii.. kami kena sudah. Pasti sang lalat ke, langau ke dan bertelur di situ..sampai jadi ulat lagi. Hu..hu..nak nangis aku dibuatnya.
.
Apalagi, suamipun berkobar-kobar nak pergi komplen tokey gerai tu. Aku sabarkan suami suruh dia cakap bebaik, berbudi bahasa amalan kita. Alhamdulillah..dia dengar kata. Aku takut dia bagi penumbuk atau dia terbalikkan kerusi meja gerai tu ker. Tapi..aku kenal asben aku dia bukan panas baran punya kaki macam gangster.
.
Akhirnya, dek sopan santunnya suami aku buat komplen ayam dia berulat...dibaginya kami potongan 50 peratus. What..! Kena bayor juga ker, tak patut. Yang patutnya FREE jer, al maklum dibuatnya aku anak beranak kend food poisoning kang..sapa nak tolong! Aku marah kat belakang jer..asben aku yang baik hati tetap melunaskan harga makanan yang marveles tadi.
.
Tengoklah, betapa dahsyatnya makanan di Malaysia negaraku Merdeka. Masih ramai lagi penjual yang pengotor, tak perhatin dan mengejar untung. Bagi yang beragama Islam, macam tak ada iman buat-buat tak faham hukum hakam agama. Itu belum kira makanan yang bercampur baur dengan benda haram..alkohol, babi, ayam tak betul disembelih, daging import belum sah halal dan seribu satu macam masalah tersembunyi yang tak habis dirungkai.
.
Nak salahkan siapa..? Pagi pagi makan pengat..sendiri mau hingat..!

14 comments:

Mama said...

Salam Yati... KZ pun hairan kat Msia ni masih susah kita nak jumpa kedai makan betul2 bersih dari depan sampai ke dapur. Yg mereka jaga penampilan depan je... kat dapur tu?... itu pun kadang2 meja melekit.... nak buat camno melainkan kita 'bertahan' tak makan di luar... boleh ke?....hmmm mmg susah

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah,
Betul cakap kz tu tp makan di luar tak boleh elak, sesekali nak pekena gak. Tu belum masuk cara diaorang melayan kita yg kadangkala tak mesra alam.

en_me said...

sodapnyerr .. ahaha

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

en_me pernah kena ke..? Sodap..kaaans..

Dr Singa said...

eiiiiiiii!!!!
bukan setakat telur...siap dah menetas lagi....
eiiiiiiiiiiiiiii lagi!!!!

Ibu n Abah said...

Yati..
bak kata aisyah..
sungguh menakutkan..
siap jumpa lipan dalam makanan.. aduh.. mau fengsan dibuatnya kalau kena gigit...

Pn Kartini said...

salam my dear sis yati:)

aduhaii...sebut pasal lemang..teringat lakk masa dulu2..
di dalam buluh lemang ada lakk interfrem si katakkkkk!!!aduhaiii...


Selamat berbuka sis:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Dr S,
Dah rezeki kita dihadapkan telur lalat yg dah jadi ulat. Mujur baru makan sikit kalau tak penuh perut jadi sarang lalat.

Sejak tu kita cukup hati2 pilih gerai makan, tak bersih no way. Seeloknya order makanan panas atau yg baru dimasak.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Yelah Mah, betul kata Aisyah tu..takut dan geli geleman dibuatnya. Tak fengsan tp rasa nak pitam gak sekejap. Kalau kena gigit terus masuk icu gamaknya.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Sis Tini,
Alamak..tambah lagi satu spisis pulak. Katak pun akak geli.. nampak gaya terbantut selera nak makan lomang raya ni.

Baru ni beli lemang dah siap potong makan dgn serunding daging, hemmm..nikmatnya buat berbuka puasa. Janji tak kena belah buluh lemang sudah.. dibimbangi terjumpa macam2 benda yg tak sepatutnya lagi.

ASH said...

Tengahari tidur lena,
Walau beringat tetap terkena!

umi_e said...

Salam... kembang tekak baca n3 kali ni :p

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Ashley,
Biasanya bila dah terkena baru nak beringat..dah beringat terkena juga bermakna memang dah tertulis rezeki kita..cobaan..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam umi_e,
Hati2 menjamu selera di hari raya nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...