Saturday, December 4, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

MAHA 2010 - jumpa lagi tahun depan...

Setahun sekali pergi MAHA, apa salahnya berduyun-duyun menempuh traffic jam (menguji kesabaran dan keimanan..hu..hu..). Selalunya hari Sabtu pergi MAEPS Serdang, tempat yang sama, ke pasar tani membeli ulam-ulaman dan barang basah untuk dimasak. Bersantai-santai beli sarapan dan makan sekeluarga di tepi tasik sekitar MARDI..seronoknya tak pernah sekali pun jalannya jam. Kalau dah jutaan manusia bertumpu nak ke MAHA mestilah kena sabar mengikut giliran ke parking lot.

Kalau malas pergi pasar beli sayur, cuba usahakan menanam sayur dengan cara praktikal macam ni. Jimat tempat, jimat air sebab di bawah pokok sayur tu ada kolam kecil untuk bela ikan..sekaligus hidangan makan tengahari dan malam kita lengkap. Bilalah aku nak buat projek ni ek..

Nombor wahid pergi MAHA kali kedua ni ialah nak ke Dewan D tempat terhidangnya beraneka jenis makanan pelbagai negeri. Bukan mengidam, cuma nak merasa...sedap tidaknya.


Kata nak pergi makan tak pasal-pasal terbeli sekaki payung, tergoda dengan warna pelanginya dan tak mahal cuma 15 hinggit jer..kebetulan dapat berlindung dari hujan..



Alahai nak cerita bab makan, muncul pulak tembikai empat segi ni..pernah tengok di TV macamana tembikai ni dibetuk. Bermula ia berbuah mereka bubuh acuan empat segi supaya bila buah membesar ia terpaksa ikut acuan dan tak boleh bulat atau membujur macan tembikai biasa. Kesian gak ek... tapi tembikai ni boleh berbangga sebab harga dia mahal dari biasa.


Aku memang jelous betul kalau tengoh buah ke, sayur ke boleh ditanam dalam ruang yang terhad...selalu tertanya-tanya, pegawai yang tayang benda-benda ni semua, diaorang praktikkan ke kat rumah sendiri...( tak baik sibukkan hal orang la makcik..kalau teringin belajor, tanya dan buat sendiri..jangan pandai cemburu jer..) Siapalah yang membebel tu ah..!


Geraaaam..segar-segar, rasa macam nak bawak balik semua...beli tak nak..bagi free nak ler...



Di sini rupanya makanan yang teringin aku rasa. Ini mee calong Beserah dari Kuantan, Pahang. Ala...rasanya macam bakso atau mee sup gitu..sedap-sedap biasa jerlah, harga RM4.00.
Merasa juga puding diraja dari Pekan, semangkuk RM5.00, tak boleh lawan kesedapannya semasa dihidang di majlis perkahwinan anak sedara aku di Kuantan dulu.
Tak puas hati betul bila makam roti kacang pool. Kita orang Johor, janganlah nak kelentong. Dengan harga mahal RM6.00 satu set, isinya cuma kuah kacang pool dan rotinya saja..mana pergi telor mata sebijik tu..janganlah kerana nak berjimat lalu kauorang kata memang set dia macam tu. Hoi...nasib anak aku dah terbeli, kalau aku tau sorry...baik aku buat sendiri.


Lompat lagi gambar2 ni..malas nak edit..lantak le... Ini foto aku dengan Hang Tuah dari Melaka kononnya. Sesaja dia buat-buat berdiri kejong macam patung nak tarik perhatian orang ramai agar datang ke booth Kopi Hang Tuah. Biasa gak minum kopi Hang Tuah ni rasanya boleh tahan. Hang Tuah dulu-dulu lagi dah pakai jam tangan Petaling Street tau tak..sapa kata dia kuno dan kolot..wakakaka..


Yang ni en asben jangan jelous...tak berniat nak menggatal atau memiangkan diri dengan pengacara terkenal Mat Cermin Aziz Desa. Ajak en asben bergambar sama malu-malu konon..


Ok le...sebenarnya ada banyak lagi foto nak ditayang tapi malas sebab lembab bebenor gambornya nak keluar..orang ada banyak kerja lain nak buat. Cukup-cukup le cerita bab MAHA ni...panjang umur tahun depan pergi lagi.












12 comments:

Anonymous said...

misai hang tuah tu betul ke aunty? hehe

Anonymous said...

Dah sampai MAHA tapi tak singgah...lepak kat Bangi D7 jerrr.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Anonymous,

misai Hang Tuah tu ori punyer..luper lak aunty nak tarik biar dia melompat bersilat kan..he..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

bahreyn.

Sek 7 di perumahan D7 tu, tempat saya lepak2 juga..jln jln cari makan selalu ke situ..ramai kengkawan dan kerabat tinggal di sana.. tak lalu sek 3 ke..

Ibu n Abah said...

Salam Yati...
rajinnya... dah masuk kali keberapa yati ke MAHA ni.. saya tak cukup kuat nak berjalan-jalan... lansung tak pergi.... bukan apa cuma takut bila penat dan panas2 tentunya rasa nak minum lebih lagi....

Pn Kartini said...

salam my dear sis..:)

mesti seronok kan..Yang paling seronok mesti bila jumpa Abg Aziz Desa kita...memang jeless..heheh

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mah,
mmg kena kuat stamina nak berjalan jauh keliling MAHA tu..saya pergi 2x jer..syukur sabtu haritu cuaca mendung, hujan renyai so nyaman sikit..kalau hari panas mmg mencabar sbb cepat letih dan dahaga.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Sis Tinie,
setahun sekali tinie..seronok jugak le cuci mata..akak mmg minat aziz desa ni sbg pengacara wpun kekadang dia cakap lepas masa on air..

Mama said...

Salam Yati

KZ pergi kat dalam dewan je... tak tahan panas... tengok payung Yati teringat KZ hilang payung masa di situ...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak zah,

Lama tak up date brmakna lama tak dpt kabor k.zah..akak ke MAHA juga rupanya..dpt cari durian belanda tak..saya tak perasan kelibat buah febret saya tu di sana..

Zaitun said...

Tahun ni kak Zai tak pergi pun malas rasanya tapi sebenarnya tak ada yang menemankan,kasihan...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam kak zai,

alahai k.zai..katanya dua thn lg baru ada MAHA dan pjg umur masa tu boleh la pergi..skrg ni pun terasa nak luruh tulang n kejang urat saraf bila balik meronda MAHA..akan dtg tatkala usia semakin meningkat entah saya terdaya ke tidak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...