Wednesday, February 17, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SAHABAT...pergaulan kita biarlah berkat.

Aduhai...peningnya kepala dan sakitnya telinga. Tak dilayan..bimbang mereka kecik hati. Bila dilayan mulalah meleret melalut entah ape-ape. Aduhai sahabat! Ingat-ingatlah, kita ini memang tidak pernah sempurna. Kita ini banyak sekali kekurangannya. Kenang-kenanglah dulu salah silap kita.. jangan asyik dicari dan dikorek kesilapan orang lain. Sampai bila-bilapun kita payah nak berubah kalau kerjanya nampak busuk orang dan melihat cantik moleknya kita.

Tolong!! Jangan ganggu aku dan jangan libatkan aku. Sudah aku tegur, puas aku nasihat. Hal yang kecil-kecil, usah diperbesarkan. Latihlah diri mudah memaafkan orang. Jangan disimpan jangan didendam. Jangan diungkit jangan diputarbelitkan. Jangan suka berburuk sangka dan jangan suka bermuka-muka. Nanti akhirnya, buruk padahnya.

Mari kita baca petikan daripada: KITAB BIMBINGAN MUKMIN-HUJJATUL ISLAM AL IMAM AL GHAZALI. KITAB ADAB PERGAULAN PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN.

Antaranya sebahagian;

* Hendaklah anda menyayangi sahabat itu sebagaimana anda mencintai diri sendiri.
* Jangan sekali-kali menyakiti mereka dengan perbuatan dan percakapan anda.
* Sentiasa merendah diri setiap kali bercakap dengan teman sejati , jangan sesekali menyombongkan diri terhadap mereka.
* Jangan sampai tidak bertegur sapa dengan mereka lebih dari tiga hari berturut-turut, walaupun perasaan marah terhadapnya membara.
* Hendaklah anda berusaha mendamaikan perselisihan faham antara sahabat jika ada peluang untuk mendamaikan mereka.
* Hendaklah anda menolong sahabat yang mempunyai hajat dan keperluan mereka. Jika anda tidak mampu maka perkenalkan kepada orang lain yang boleh memberi pertolongan kepada mereka. Cuba menolongnya dan memenuhi hajat serta keperluannya sekadar termampu.
* Hendaklah anda memulakan salam terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengajaknya berborak. Sesudah itu berjabat tangan sebelum mengundurkan diri.
* Jika anda diperlukan untuk memberi nasihat, berilah perhatian bersungguh-sungguh. Cubalah menggembirakan hatinya.
* Hendaklah anda menziarahi jika sahabat ditimpa kemalangan, dijangkiti penyakit dan ditimpa musibah. Doakan mereka cepat sembuh. Adab menziarah pesakit, pendekkan masa ziarah, kurangkan banyak pertanyaan, melahirkan rasa belas kasihan dan memalingkan pandangan dari melihat aurat pesakit.
* Selain menghormati mereka sebagai sahabat, anda perlu juga menghormat orang tua dan ahli keluarga mereka.
* Walau mereka sahabat baik kita tetapi apabila mahu memasuki ke dalam rumahnya perlulah meminta izin. Jangan terus masuk ke dalam rumah tanpa memberitahu mereka.
* Andai suatu masa sahabat kita terlebih dulu meninggalkan kita buat selama-lamanya, hendaklah kita menghantar dan menziarahi kubur-kubur mereka. Memohon doa bagi yang mati dan mengambil iktibar serta menginsafi diri.

Banyak lagi panduan yang boleh kita ikuti dan amalkan tidak tersenarai di sini. Malah dalam pergaulan kita sehari-hari, banyak sekali terkandung pelajaran dan pengajaran boleh kita perolehi secara tidak lansung.

Pokoknya jagalah lidah kerana ia lebih tajam dari sebilah pedang. Jagalah iman kerana ia boleh memperlihatkan siapa diri kita yang sebenar di mata orang lain.

" Wahai Tuhan kami, kami sudah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dalam kalangan orang yang rugi ." - AI A'raaf, 23.

3 comments:

umi_e said...

memang benar apa yang dicatatkan... semoga persahabatan itu akan terus diberkati...

ashley said...

Jeng jeng..sila sila baca! Kannnn.. he he he

Ibu n Abah said...

yati...
bimbingan mukminin tu pernah akak baca masa muda belia dahulu... memang suka membacanya...
dah lama dah sehinggalah lupa..
yati sebutkan semula...
kena cari dan dapatkan panduan2 yg memang banyak disitu...
sahabat umpama saudara sendiri.. akak pernah merasainya...
indah sekali hidup jika punya sahabat yg boleh dipercayai...
sahabat yang baik memang kurniaan Illahi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...