Tuesday, March 16, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Biar mati anak, jangan mati adat!

Suatu masa seorang kawan mempelawa aku pergi ziarah anak buah dia yang baru menimang cahayamata lelaki. Kebetulan hari tu hari bekerja. Kenalah call husband mintak izin. Petang tu aku free, dalam pukul 3.00 ptg dia jemput aku dengan kereta. Kami pun meluncurlah menuju ke Shah Alam.

Sesampainya kami di Shah Alam, terpaksa pulak menunggu di tepi jalan kerana kawan tadi tak tau jalan ke taman perumahan menuju ke rumah mertua anak buah lelakinya tadi. Dalam pada menunggu kemunculan anak buah beliau dia pun bercerita;

* Sebenarnya akak segan jugak ni nak tengok baby dia. Dalam rumah tu ada mak dan bapak mertua dan ipar duai dia.

# La... kalau akak segan saya lagi la. Kenapa segan silu pulak kak.

* Bukan segan apa, sepatututnya ikut adat kami kena bawak buah tangan.

# Biasa la kak, tengok new born baby...hadialah apa yang patut..janji ikhlas.

* Apa yang patut kau kata. Ikut adat kitaorang mesti bagi emas sebagai hadiah. Tak kiralah gelang ke, cincin ke, anting-anting ke, rantai ke. Janji emas!

# Wah! Bukan calang-calang tu, kira demand jugak ek. Kalau tak mampu cam mana?

* Sebolehnya usahakan la, kalau tak ada juga cam aku nih..kasi la duit banyak sikit...

Alamak! Habis la aku. Kalau akak tu cakap awal-awal, boleh jugak aku singgah Habib Jewels ke, Poh Kong ke... paling kopak aku boleh gak singgah kat Zhulian.

# Kak, kalau kita bagi barang kemas Zhulian boleh tak?

* Kah..kah..kah.., kau ni..ingat dia bodoh ker, kang pecah tembelang yang barang tu emas tipu, malu besar tau. Suku sakat kitaorang semua dah bagi..tinggal aku sorang jer tau.

# Alah kak, bagi jer apa-apa..janji kita ikhlas kerana Allah. Kalau bagi kerana terpaksa..for sure tak da makna, zero pahala..sia-sia jer.

* Tu la..memang leceh kena ikut adat ni, banyak lagi syarat yang menyusahkan.. kau tau tak. Ini baru beranak satu. Bab kawin mawin, kenduri kendara, jemput menjemput.. lagi pening!

Pendek cerita sampai la aku kat rumah teres dua tingkat. Ramai juga la suku sakat belah mertua anak buah lelaki kawan aku tu. Lepas minum teh dan makan biskut, kami pun menjenguk baby dalam bilik bersama ibu muda. Comelnya baby boy...dah namanya baby...semuanya comel kan..

Berbual begitu begini, sempat tumpang solat asar tibalah masa nak berangkat pulang. Aku macam biasa, tiada emas perak gangsa nak dipersembahkan. Harap sudi la terima sumbangan paling kecil paling ikhlas dari aku tu. Berserta doa semoga si ibu sihat semula dan baby menjadi anak yang soleh.

Mata nakal aku sempat lagi menjeling ke tubuh badan anak-anak kecil dalam rumah tu. Fulamak! Betul la... cuba tengok leher, tangan, jari , kaki.. penuh! Bukan penuh parut kena dera! Penuh dengan barang kemas dari emas tulin, tak kira anak lelaki ke pompuan.

Aduh..! Termalu jugak aku, eh.. tak kisah la.. aku orang luar kan, bukan makcik dia. Adat istiadat aku simpel jer. Janji ikhlas..

4 comments:

umi_e said...

Salam... biasanya ada kita memang bawa buah tangan TAPI adat yang diamalkan oleh kawan akak tu bukan ada umum tapi ada khusus dalam keluarga mereka... cubalah tanya adat Melayu secara umum, tidak menentukan pemberian emas/barang kemas kepada bayi yang baru lahir :D

* tidak semua ahli keluarga itu berkemampuan... teringat pula cerita AHMAD ALBAB :)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

nampaknya adat mereka memang special sikit, mulia tp kekadang agak membebankan. Sebolehnya apa saja adat kalau bercanggah dari syariat islam, timbang-timbanlah, nak pakai ke tidak..

Ibu n Abah said...

Yati,
kalau dah menyusahkan begitu, lama-lama jauhlah dengan saudara mara... bukan semuanya mampu nak melayan adat begitu.. habis yg tak mampu, tak payah datanglah nampaknya....
Lama-lama putus saudara...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Betul tu mah, harta benda bukan menjamin keintiman silaturrahim keluarga, silap haribulan pasal hartalah banyak keluarga berpecahbelah dan putus sedara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...