Thursday, April 22, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Wah..! Pelangi la..

Pagi tadi selesai membaca al Mathurat, aku menuju ke pintu melihat cik abang start enjin kereta untuk bersiap ke tempat kerja. Cuaca selepas hujan subuh tadi membuatkan suasana di luar agak kekuningan tidak seperti selalu. Rupanya sang mentari yang mula menyinar membawa bersamanya sang pelangi yang berwarna warni.

Wah! Ada pelangi muncullah pagi ni.
Kami sama-sama teruja bagaikan tidak pernah melihat pelangi sebelum ini. Aku berlari masuk ke dalam mencapai kamera 'KAK ENON' lalu menyuruh suami tolong snapkan gambar pelangi yang cantik tu.


Sang pelangi berdiri megah betul-betul menghadap depan rumah dan di atas bumbung pusat kesihatan depan rumah aku. Bagaikan mau saja aku mempelawa dia masuk ke rumah. Mak ai..teruja macam bebudak tadika la pulak.


Bercakap pasal bebudak tadika, sesampai aku ke sekolah rasanya tak sabar-sabar aku nak tunjukkan apa yg aku bawa untuk mereka. Selesai berdoa, membaca hafazan ayat-ayat lazim serta yassin dan sebagainya kelaspun bermula.


Kebetulan tema untuk dua minggu ini ialah Nature. Para guru akan menerangkan dan berbincang tentang alam semulajadi dan fenomena yang berkaitan dengannya. Aku pun mulakan pelajaran dengan bertanyakan mereka, pernahkah melihat pelangi atau rainbow. Ada yang mengangkat tangan mengatakan pernah dan ada yang menggeleng kepala.


Jeng..jeng..jeng..aku pun keluarkan kamera dan menunjukkan kepada mereka bagaimana rupa pelangi yang sebenar. Wow...! Suara mereka bergema. Aku ke meja mereka dan menunjukkan seorang demi seorang, maklumlah melihat lalu kamera.. besar manalah boleh nampak. Pelangi tu pulak tidak keluar melengkung sepenuhnya.


Aku pun bercerita serba sedikit tentang fenomena kejadian pelangi, 7 warna yang terpancar dan bla..bla..bla..pot..pet..pot..pet. Dengan bebudak ni jangan nak cerita meleret-leret. Tak boleh juga terlalu saintifik dan sistematik. Yang penting buat dia ceria dan happy mendengar. Bila rasa dah melalut-lalut cepat-cepat behenti kalau tak nak tengok diaorang pulak jadi cikgu bersembang dengan member sebelah atau depan mereka. Mungkin ada yang conteng meja atau ketuk kepala kawan dia kalau dah boring.


Melihat wajah anak-anak yang suci dan ceria ini sebenarnya merupakan terapi dan elemen penghibur bagi aku. Tidak dinafikan ada kalanya darah tinggi aku boleh naik sampai aku rasa tak boleh drive kereta untuk ke sekolah dibuatnya.


Bila ke klinik berjumpa doktor, biasa sangat aku dapat komen campur pujian oleh para doktor tadi. Sabarnya puan/akak melayan karenah bebudak tu ye. Saya baru nak ajar anak-anak kenal ABC, 123 pun dah hangin satu badan.


Ya la doktor...agak-agak rasa nak demam atau nak pitam melayan perangai sesetengah anak-anak kecil yang agak berani lagi pandai mejawab mengalahkan guru dia, klinik doktorlah tempat mendapatkan penawar.


Ubat paling mujarab bagi cikgu cikgi ni ialah banyak-banyak bersabar dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Kuasailah kepandaian memujuk rayu dan bersifat keibuan. Tak kiralah samada cikgu tersebut masih anak dara atau memang seorang ibu sebenar bagi anak-anaknya di rumah.


SELAMAT HARI GURU bulan depan. Hargailah jasa para guru yang pernah mendidik kita dan anak-anak kita hingga menjadi orang yang berilmu.

11 comments:

ibundo said...

pelangi? apasal aku tak nampak...

Ibu n Abah said...

yati,
berani nak tunjuk tak?...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah,
pelangi pagi tu ditujukan khas buat Yati S dgn suami dia jer,jgn jeles k.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mah,
Metos masa kecik tu dah puas buat kita konfius. Bila dah berakal kita nak pastikan tak nak terikut-ikut tipu anak dan cucu cicit kita.
Lagipun bebudak skrg mesti gelak gila kalau kita takut-takutkan dia cam tu kan..he..

Dr Singa said...

aik!!!kat Akak kat sana pun cerita pelangi jugak!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Dr,
jgn mengata kita berdua yg dah senja ni jakun tengok pelangi ok. Kita terpesona jer...

Dr Singa said...

hehehe...
tak ngata...
bukan pelangi pada waktu yang sama kan??

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)
Kata org tua2 dulu..bila tgk pelangi tk boleh tunjuk guna jari telunjuk..nanti kudung jari!!!!!aduhaii...betul2 percaya dulu kakkkk...:):)heheh..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Tini,
Lama kita tak berbicara. Tini kena
cuba dulu..andaikata terkudung jarinya sila jumpa dr Singa.

tunbegia said...

sungguh cantek pelangi kanns,

salamm,

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam jua buat tunbegia,
Sedap nama..sedara dgn tunteja ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...