Monday, July 19, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Kondomenium vs Rumah Teres







Balik dari majlis tahlil di rumah Julie di Seri Kembangan berdekatan South City Plaza, aku dan suami tumbang. Dgn keadaan masing-masing tak berapa sihat namun jemputan orang tak sampai hati nak dihampakan. Lebih-lebih lagi aku telah berjanji nak menghadiahkan kuih cara kegemaran mereka yang ditempah dari seorang teman.

Selepasa bacaan tahlil di rumah Julie di tingkat 8, kami diminta turun ke tingkat 5 untuk menjamu selera di dewan kondominium. Pemandangan indah berserta kolam renang yang membiru ditambah bau harum kambing panggang menggamit selera. Disertakan juga BBQ ayam, udang, sotong dan aneka jenis kuih, nasi lemak, bubur kacang durian dan buah-buahan.

Sayangnya tekak dan nafsu makan tidak mengizinkan sekadar menjamah mana yang perlu. Ditimpa hujan rintik yang romantik di sekitar kolam renang membuatkan badan yang terasa nak demam semakin parah. Sekitar 5.00 ptg kami berdua berangkat pulang.

Sungguh tinggal di kondominium mewah amat indah pemandangannya namun agak rimas dengan ciri-ciri keselamantannya yang agak ketat. Dari mula berjumpa guard bangsa asing di luar..mintak IC dan sain itu ini, tunggu guard buka gate di tingkat bawah untuk masuk ke lif, jumpa guard lagi untuk buka gate nak masuk ke kawasan kolam renang..hingga terdetik di hati apakah aku sedang melawat penjara Sg. Buloh.

Kini trend anak-anak muda yang berkemampuan mencari dan membeli kondo mewah. Bagi aku bagaikan tak berbaloi membeli rumah di kondo yang keluasannya tidak seberapa dengan harga RM248 ribu. Alangkah untung jika membeli rumah teres yang ada sedikit tanah dan tak payah turun naik mengambil barang yang tertinggal di kereta.

Namun lain orang lain citarasa. Ada dua orang lagi anak buah aku yang membeli Kondo mewah di Mutiara Damansara dan Sg. Buloh dengan harga RM500 ribu sebiji. Akhirnya kondo di Sg.Buloh itu ditinggal sepi apabila anak buah aku ke Perth, Australia untuk sambung bekerja di sana malah bercadang mungkin nak menetap di sana.

Nampaknya sebahagian kita sangat mementingkan ciri-ciri keselamatan seperti yang disediakan oleh kondomenium berbanding kita di kawasan perumahan teres ini. Akhirnya tepuk dada tanya hati dan poket kita.

14 comments:

Pn Kartini said...

salam sis yati..:)

kelebihannya ..mungkin dari segi keselamatannya kan..
Tapi bila tgk kondo yang tinggi2 tersergam tuu...aduhaii...takut juga!!aduhaii..:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam tini,

Akak memang rasa gayat bila melihat ke luar dari tingkat yg tinggi2 ni..tp pemandangan dan anginnya yang nyaman sangat mengujakan. Kemudahan kolam renang, gym, dewan dll tak kurang menariknya. Siapkan aje duit penyelengaraannya kan..

Ibu n Abah said...

salam yati...
kami pernah tinggal di quarters hospital serdang yg merupakan apartment. Walaupun tinggal di tingkat pertama, bila membeli barang2 bulanan... jenoh kami anak beranak mengangkut plastik barang2.. dari segi keselamatan memanglag bagus ada jaga.. tapi kebanyakkannya jaga yang sekongkol dgn penjenayah. Depa yg tahu rumah mana kosong pukul berapa.. tuan rumah balik pukul berapa....
Apapun selesa lagi rumah atas tanah ni... nak keluar masuk senang...

Mama said...

Salam Yati.... lain umur lain cita rasa... anak muda, keluar pagi balik lewat mlm.. rmh mcm hotel.. tentulah dia org lebih selesa tinggal di kondo & takde jiran nampak keluar masuk. Kita yg dah berusia lebih selesa 'berpijak di bumi nyata'... nak tanam pokok buah, serai, daun pandan...mcm2 serba sikit... nak kenal jiran... usia mengubah segalanya

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Mah,
Saya pun pernah tinggal di flat dan aparment. Paling menarik di UNITEN kerana aparmentnya baru, luas dan cantik.

Sukanya hanya utk beberapa bulan aje, bila rmh sendiri di Bangi siap tak sabar2 nk pindah rmh bawah.

Saya fobia naik lif bila bersendirian, bila dah naik atas malas nak turun bawah. Memang privacy tp saya lebih suka rmh ada tanah walau tak seluas mana.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah,
Betul kata k.zah, dah berumur mcm kita ni suka tinggal rmh ada tanah. Walau cuma sekangkang kera tp seronok bila melihat pokok serai, kari, pandan dan buah2an hidup subur.

Lgpun kudrat makin lama makin slow, tak larat nak turun naik walaupun ada lif. Hati dan perasaan kurang terpikat dgn suasana dan tempat tinggal begitu sebenarnya. Kalau dah terpaksa..lain cerita.

Dr Singa said...

500 ribu???
bapak banglo pun dapat!!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Ketiga2 anak buah saya ni perempuan. Biasa bekerja di luar negara Dubai, Qatar, Australia, Jakarta dll dgn pendapatan yg lumayan sbb tu tak heran nk beli kondo mewah.

Diaorg beli masa masih anak dara. Bila 2 org dah kawin yg untung suami dia ler cuci kaki hidup sebumbung suami isteri. Tak payah susah2..rmh, kereta, simpanan smua mereka dah siapkan. Tlg jadi teman serumah sehidup semati cukup. Setakat ni suami diaorg baik2 belaka..he..

Bahreyn said...

Dah tua...gayat kat tempat tinggi.

ibundo said...

orang cakap duduk kat kondo ni ada privacy.agaknya lah....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Bahreyn,

T.kasih menjenguk blog saya yg ntah ape2 ni..
Rasa gayat ni tua muda pun boleh kena. Elok la dah tua2 tinggal rmh bawah je..senang klu sakit pening dkt sikit menuju ke kereta atau ambulan..oops..! Tgh demam laki bini ni..dah 5 ari belum sihat betul.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah..privacy yg merimaskan. Tak caya gi la duduk kondo. Nak privacy mcm mana sgtlah kita ni. Perasaan org muda sama sekali berbeza dgn org tua.

Kondo mewah juga kebanyakan penghuninya org luar, nk jumpa org melayu boleh dikira. Sbb tu selalu kluar gossip para suami yg jadi sugar daddy suka simpan mak we dia di kondo atau aparment. Privacy katanya..ehem..ehem..

en_me said...

dok kondo xlah sampai orang pinjam @ curi tangga merah kita kannnns.. ihihi

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

en_me,

kita suka dok kondo masa jenjalan rmh diaorg jer. klu nak menetap kita suka duduk atas tanah tak mau di awang-awangan gitu..gayat. he..
tangga tu kira sedekah jer ler..mesti ada gunanya tu..jgn buat merompak rumah org sudah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...