Sunday, July 4, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

SI MERAH JAMBU...idaman kalbu..



Si merah jambu cantik berseri..tersenyum manis di waktu pagi..puas dipandang setiap hari..apakah malang tiada yang sudi...
Aku naik kesian juga dengan pokok jambu air yang lebat berbuah depan rumah. Tak mau kalah nak bersaing dengan pohon mempelam yang tak kurang menghasilkan buah yang agak lebat dan manis isinya.
Dulu tuan dia sibuk cari anak pokok jambu untuk ditanam supaya nanti boleh dijadikan tempat berteduh. Seandainya ia sudi berbuah dapat juga dimakan dan dijamahkan jiran tetangga. Paling tidak pun dapat bersedekah pada burung, tupai dan sang unggas yang keluar mencari rezeki.
Sebenarnya seperti dijanji tuan yang menjual benihnya dulu, si pohon jambu ini akan menghasilkan buah jambu yang besar, berwarna merah dan lemak manis rasanya seperti dijual di gerai buah dan pasaraya. Harganya pun boleh tahan.
Kini apabila ia mengeluarkan buah, hasilnya tidak seperti yang dijanjikan. Ternyata ia bukan dari jenis jambu yang dijanjikan. Mungkin dulu si penjual itu tersilap atau sekadar mahu melakukan jualannya.
Apapun kami tetap bersyukur..cuma seisi keluarga menunjukkan reaksi kurang minat dan kurang berselera untuk memakannya. Berbanding buah mempelam/mangga yang menjadi saingan hebat si merah jambu.
Bagi peminat jambu air...pantang jumpa, dicari kicap masin...digaul gula pasir malah ada yang dilenyek dengan cili api lalu dicecah dan dikunyah dengan berselera sekali. Mau meleleh air liur kita melihatnya.
Aduhai si merah jambu..terima kasih menyerikan hari kami dan menyumbang pahala pada tuanmu. Sekurang-kurangnya rasamu yang lemak manis itu masih ada teman-temanku yang sudi. Sang tupai dan beburung juga kenyang memperoleh rezeki di pagi hari. Pohonmu yang rendang juga jadi tempat berteduh kereta tuanmu dari sengatan panas terik matahari.
Syukur kepada Mu ya Allah...apa saja kurnia MU tidak akan pernah sia-sia melainkan ia pasti memberi manfaat kepada seisi dunia.

6 comments:

Mama said...

Salam Yati... mmg KZ pun terkena... beli anak jambu tu... org yg jual tu ckp jambu madu yg best giler dan mahal tu... tp bila berbuah... biasa je... frust jugak

Ibu n Abah said...

Yati...
boleh tak saya datang bawa kicap dan duduk bawah pokok jambu tu... boleh kita borak2 sambil makan jambu....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah.
bak kata pepatah petitih..padi yg ditanam..lalang yg tumbuh. Ape pun syukur..rasanya not bad. Nak ajak rahmah colet dgn kicap gula..he..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mah,
jom kita bentang tikar mengkuang, pakai kain batik tau.. mcm anak dara pingitan dolu-dolu. Sambil bersimpuh ala-ala penuh sopan.. kita pekena jambu colet kicap gula..hu..hu..barulah berselera bila ada gang..!

kakpah said...

wei.. dah jambu pulak. dah jadi kebun ke rumah ko ni hehehe....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

ye la tu k.pah..kebun Pak Malau..kebun tgh bandar..tanah sejengkal, bersaing plak dgn jiran sebelah yg minat tanam menanam ni. Nasib baik pokok2 tu menjadi hidupnya, bila berbuah dpt sama merasa dan menambah erat silaturahin sesama jiran wlupun jarang berjumpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...