Tuesday, June 22, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

Si Harum Manis..buah hatiku.

Si Harum Manis...dibela sejak kecil, disiram dibaja...akhirnya tahu dia membalas budi. Dia serikan hari dengan bebunga kuningnya..kemudian berputik menyapa kami. Dari putik kecil mahu menjadi buah, dikau ditunggu dengan hati gembira bercampur gundah.


Kesabaran tuanmu menanti kamu. Mengharapkan si Harum Manis menyumbangkan hasil. Akhirnya penantian tidak di sia-sia. Si putik kecil yang kini menjadi buah. Berselindung malu di sebalik dedaun hijaumu...namun harummu tetap terserlah.


Aduhai si Harum Manis...saat kau menghijau dan akhirnya menguning...ada mata yang sedang menjeling. Sang tupai cilik berkejaran di pohon, mengintip peluang menumpang kenyang. Jangan bimbang..tuan tersayang bukan nak makan sorang. Ni'mat Allah..pasti untuk manusia dan juga binatang.

Ucapan syukur terucap di bibir. Mengenang ni'mat Allah yang Maha Pemberi. Dengan sebatang pohon didatangkan rezeki. Berbuah segar harum mewangi. Isinya manis tidak terperi. Maka Ayat Allah yang mana satukah hendak engkau dustai.
Allahuakbar, Alhamdulillah.




8 comments:

Mama said...

Salam Yati... meleleh air lior den.. bestnya.... berbudi dgn tanah, mesti ada hasilnya

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,
Bercucuk tanam ni ikut rezeki juga. Kengkadang pokok yg dibelai dibaja bertahun2 dia buat derk je. Berbunga tidak, berbuah tidak sampai kena ugut nak tebang baru dia berbuah.

ibundo said...

dahlah harum, manis pula. bak sebijik...hehe

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Insyallah, k.pah. Tunggu...
Klu k.pah sebut harum dan manis macam tuan dia...masa menunggu dipercepatkan..teehee..he..

ibundo said...

ti, tenkiu bagi mangga. memang manisssss....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

alhamdulillah..rezeki dari Allah. Mudah2an ia berbuah lebat lg dan dpt dikongsi dgn semua.

Dr Singa said...

tak nak makan sorang2...meh makan ramai2!!!!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Dr..meh makan reramai bwh pokok..tinggal lg dua tiga bijik jer nih..al maklum kebun kita luas..berekar-ekar..pokok sebatang jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...