Tuesday, June 15, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

JALAN JALAN BALIK KAMPUNG.

PERKAMPUNGAN NELAYAN DI PARIT JAWA, MUAR JOHOR. Saat yang ditunggu telah tiba. Saat perut berkeroncong minta diisi..inilah tempat dicari. Nak test asam pedas gerai ni..boleh lawan tak asam pedas dari air tangan kita.

Jom kita cuba...

Amboi..! Berselera nampak boss kita. Biar dia makan habis dulu...nanti kita tanya. Kalau dia kata asam pedas yg kita masak lagi sedap....memang dia suami mithali.


SEAFOOD COMBO - ada lokan, kerang, lala dan kupang direbus jer. Rasa ok tapi cara masak tak berapa ok sebab kurang jaga kebersihan. Suami jeling2 diaorang masak tapi tak sampai hati nak tegur.... Akibatnya, sampai rumah aku jadi mangsa. Sakit perut dan muntah berlelah. Dah tau alergik seafood..lapar punya pasal, ikut nafsu...telan jer..


Singgah pulak gerai durian. Katanya durian di Koris, Bt Pahat cantik buahnya dan sedap isinya. Suami pantang jumpa durian...mesti nak merasa, tak singgah kang terkilan..teringat-ingat jer..

Buruk benar rupa masa tengah makan durian. Mulut penuh pun nak bercakap juga. Silap hari bulan mau tertelan biji durian.... erm...yummy..tak rugi singgah..berbaloi.



Dah puas jalan sana sini, baru sampai kampung suami di Rengit, Bt Pahat Johor. Seronok dapat lepas rindu bertemu orang tua dan sanak saudara.


Pilu rasanya hati seorang ibu tua...hendak melepaskan anak bongsunya, menantu dan cucunda pulang semula ke ibu kota. Tak puas beramah mesra, bergurau senda dan bercerita.



Adik terasa berat hati sebenarnya nak berangkat pulang. Dia sangat sukakan suasana kampung.


Ada-ada saja ole-ole yang nak dibawa. Apa saja pokok yang tumbuh di sekeliling rumah teringin dibawa balik untuk ditanam. Maklum tanah kat Bangi berekar-ekar. Ngee...





Tinggal seorang lagi cucu atuk dari Bangi tak dapat ikut balik kampung. Angah ada kelas tambahan di sekolah sebab SPM dah tak lama lagi. Angah cuma kirim salam sayang dan rindu buat atok. Mohon doakan kejayaan dan kesejahteraan untuk angah ye tok...











8 comments:

kakpah said...

ko ada gak balik kampung. aku langsung tak jalan memana. ish..ish.. tension gak ni.

Ibu n Abah said...

yati...
balik kampong adalah suatu 'acara' yg paling menyeronokkan.. ek?...
dapat pulak atok dan opah yg akan menyediakan segala juadah kegemaran anak cucu... memang 'bahagia'... terasa nak nyanyi lagu p.ramlee dan saloma kuat2....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Alahai k.Pah..kg k.pah ngan ustaz tu dekat jer...jalan kaki pun sampai. Atuk pun ada depan mata.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Ye la Mah... kg mah dan suami pun dekat juga. Sambil naik kereta , sembang-sembang, nyanyi pulak lagu P.Ramlee dgn Saloma kuat-kuat...ting! Tau tau dah ada depan pintu rumah atok nenek nyer kan.

DrSinga said...

haihhhh.....
duk Muar punnnnn kita tak pernah sampai situ...
tempat tu kat mana pun kita tak tau....
hehehe....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Alahai org Muor..
TV3, TV9, 10, 11,....semua dah sampai. Kat Parit Jawa jer.. sebelah Parit Melayu..nasib ikan-ikan dia fresh. Rasa Asam pedas dia boleh la. Lapar punya pasal licin tp asam pedas kita lg kow, best in the world..kata laki kite ler...

Nak warning, bebaik termasuk gerai asam pedas tokey Cina punya. Org Cina pun pandai masak dan makan asam pedas u..klu halal dan tekak boleh telan silakan..

Mama said...

Salam Yati.... seronok balik kg ada org tua yg menyambut ketibaan. KZ ada kg.. tp rumah kosong.. 2 jenis T yg menunggu (cik Tikus & cik Tupai).

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,
Sementara ada org tua ni meriahlah lg rutin balik kg ni. Esok2 tak taulah, tanpa org tua bagaikan tiada seri.

Kg(tp tgh bandar)saya sunyi sepi tanpa org tua lg. Begitu juga masa H.Raya tak meriah langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...