Tuesday, July 13, 2010 By: DAMAI IMPIAN D'BANGI

PENCEROBOH..PENCURI..melawat rumah kita..?

11.00 pagi - aku di sekolah. Telefon dalam bag berbunyi. Terima panggilan dari Nadhirah. Dia tinggal sendiri di rumah setelah mak ayah pergi kerja dan abangnya ke sekolah.

Mak.., siapa kat depan gate kita ni mak. Ada orang lelaki asyik bunyikan loceng pintu.
Adik takut la..

Ha..! Jangan buka pintu..pastikan pintu dan grille berkunci..jangan keluar..duduk diam dalam rumah.
Adik kenal tak muka dia...jiran kita kot..ada hal penting agaknya..

Tak..adik tak kenal..orang lelaki naik motor merah..Honda Wave..
Mak.. dia buka pintu gate..dah masuk depan rumah kita..


Bunyi bising suara anak murid ditambah batteri telefon yang low..membuatkan suara Nadhirah tenggelam timbul. Telinga aku pun boleh tahan berkarat..


Adik..! Orang tu buat apa..

Mak...dia amik tangga ayah..bawak lari naik motor hala ke UKM sana..
Agaknya kawan ayah kot mak..mungkin ayah suruh pinjam tangga kat rumah kita..

Tak tau la..nanti mak call ayah. Ok.. adik hati-hati..jap lagi mak balik.


Talian telefon bersambung kepada suami pula..


Bang.., adik bagi tau ada orang lelaki tak dikenali datang rumah. Dia amik tangga abang bawak lari naik motor. Tak minta izin pun..abang ada suruh kawan datang amik tangga dari rumah kita ke..?

Tak ada..hem.. suruh adik keluar kunci pintu gate dengan mangga. Takut kalau-kalau dia datang balik..suruh dia masuk cepat dan kunci pintu..

Ok..


Selesai kelas dan uruskan murid.. aku bergegas pulang. Sampai rumah memang sah tangga kesayangan suami aku dah kena pinjam @ curi dengan seseorang yang berminat dengannya.

Aku tak marah pun sebab....:

a. Siapa suruh cuai tak amalkan kunci gate dengan mangga/padlock.

Setakat keluar dekat-dekat apalagi kalau ada orang dalam rumah kami main selak gitu jer pintu gate tanpa di mangga. [padan muka aku..]

b. Siapa suruh big boss degil tak nak dengar nasihat bini dia suruh simpan tangga dalam rumah.

Dah banyak kali sound tapi dia buat derk jer sebab malas nak usung keluar masuk bila nak pakai. Tangga tu berguna bila nak petik buah-buahan di kebun dia yang berekar-ekar tu. Bila buah-buah tu tinggi sangat kedudukannya maka tangga amat berguna untuk memungut hasil dan mencantas ranting/dahan. [padan muka kita juga a..klu kata muka dia kang takut tersinggug gitew..]

c. Jangan suka harap Pak Guard jaga rumah kita sebab dia mula kerja jam 8.00/9.00 malam hingga 6.00 pagi. Hari siang sila jaga sendiri harta benda benda anda.

Walaupun pondok Guard terconggok depan rumah kita bukan bermakna kita boleh santai-santai dan lepa. Malam hari bolehlah salahkan pak guard..siang hari salah diri sendiri ler..ngee..


Kepada si pencuri @ peminjam tangga, kalau tujuan nak guna silakan dan kalau-kalau dah bosan terasa nak pulangkan..hantar balik letak bawah pokok jambu ok.

Kepada adik yang tengok jer pakcik tu amik tangga ayah awak di sebalik sliding door tinted tu..apsal tak sergah je dia. Penyanggak tu bukan boleh masuk pun..(ye ker..?)
Mesti dia ingat rumah kita tak ada orang. Tadi dia acah-acah aje bunyikan loceng.. nak tau samada ada orang tak dalam rumah. (..salah aku gak suruh dia duduk diam-diam dalam rumah..).

Satu lagi kenapa adik tak catit nombor motor dia..dah kenal motor jenis apa dan warna dia..paling penting no plate motor tu..ingat tu dek..lainlah adik tengah panik.

Ini amaran untuk semua ahli keluarga kita. Keluar rumah, masuk rumah - kunci pintu dan grille sekali. Keluar dan masuk gate - selak dan mangga. (..malas nyer..)
Mak dah kata..kita sekarang hidup macam dalam penjara..hu..hu..kenalah terima hakikat. Nasib baik dia curi tangga aje, motor ayah yang tak bermangga elok jer berdiri sebelah tangga tadi..mujur dia tak kebas sekali..(..nauzubillah..)dan alhamdulillah..dia buat-buat tak perasan kot.

Pagi pagi makan pengat..sendiri mau ingat..!!

4 comments:

Ibu n Abah said...

salam yati...
memang menakutkan bila baca cerita yati ni... 'kurang ajar' betul penyangak tu.. main ambik ajer barang orang lain punya...
patutnya catit nombor, boleh hebahkan satu BBBangi.. tak heran kalau dia gunakan modus operandi yang sama di kawasan sekitar kejiranan kita..
Tapi, Alhamdulillahlah... anak yati tidak di apa-apakannya... biarlah hanya tangga yang dicurinya...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam Mah,
nampaknya sedikit pun kita tak boleh leka dan alpa..manusia yg suka ambil kesempatan ni ada di mana2 di sekeliling kita.

Walau waktu siang dan ramai org dekat klinik depan rmh saya ni..sikit pun dia tak heran. Jiran sebelah pun ada di rmh tgh bercuti.

Sebelah rmh saya ASP Polis pun nk diumpil pintunya padahal saya dan jiran sebelah satu lg ada di rmh. Mujur kami keluar dan mereka cabut lari dgn motor.

Mama said...

Salam Yati....
Risau sungguhlah... perkara ni semakin menjadi2.... harta org buat mcm harta sendiri... KZ dah kena 2 kali... mmg fobia

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,

Kakak saya di B.Pht pun 2 x rmhnya dimasuki perompak. Suami diikat leher dgn wayer telefon, kakak saya dan anak2 diugut dgn pisau Rembo. Tak berdaya nak melawan..biar aje mereka geledah dan amik apa saja barang2 yg dia berkenan. Janji nyawa tak melayang.

Balik bercuti di Kuantan sekali lg rmh lintang pukang diceroboh perompak. Report polis pun sampai skrg tak ada sbrg tangkapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...